Followers

Suka Saya

Saturday, May 18, 2013

Bila Perempuan Bangun Lambat





Assalamualaikum

Fuhhh inilah kehidupan student, sabtu dan ahad masih ada kelas ganti lagi.. alahai penatnya. Hehehe tak pe minggu depan cuti 1 week . Hurey !!!. Ahh Hari ini acik nak buat entry bersantai saje bukan yang complicated dan buat kamu semua berfikir susah susah . Dan ada seseorang perlukan pertolongan kita, kalau ada tips boleh berkongsi dengan bersama.


Ini kes Teha yang katanya susah bangun pagi, ermm pada aciklah tak manis anak dara lewat bangun. Kan elok bangun pagi, solat subuh dan tolong mak pagi pagi siapkan sarapan , barulah  anak solehah dan praktis untuk menjadi isteri. Mak membebel sebab sayang kat kita, untunglah ada mak nak kejut. Cuba lihat orang yang ada ibu semuanya dia kena buat sendiri ,tak ada orang nak ingatkan dia dan rindu akan bebelan mak yang dah lama tak dengar.

Siapa kata lelaki kalau bangun lambat tak kena marah ??? ishhh dusta belaka. Contoh terdekatlah , masa kecil kecil dulu kalau lewat bangun dan tak solat subuh .Comfirm kena marah dan dengar bebelan mak. Tapi bila teringat balik buat acik rasa tersenyum. Alhamdulilah sekarang mampu bangun pagi.

Mak mana tak sayang anak dia ? ahhh itu tanggungjawab mereka selagi mereka bernyawa. Nanti di padang masyar nanti di soal oleh Allah, kenapa tak didik anak kamu untuk bangun pagi dan solat subuh ? ahh guane ??

ok ini tip yang acik amal sejak dulu lagi

Sebelum tidur  baca 3 kul tepuk bantal 3 kali dan cakap "aku bangun pukul enam pagi'.InsyaALLAH akan bangun.

Sebab apa? sebab kita dan set kan otak kita untuk bagun pagi , maka akan bangun.

Dan jangan tidur lewat sangat, pukul 12 dah boleh tidur, kalau nak berfb, twitter and berblog sambung esok yer.


oklah sampai di sini dulu yer , lain kali bersua lagi .. bye bye ..adios :)

Friday, May 17, 2013

Macam Mana Kita Nak Pilih Seseorang Yang Terbaik Sebagai Orang Paling Kita Sayang Dan Jodoh Berkekalan ?.



Assalamaualaikum

Baru sempat update blog, abis kelas terus bergegas mengadap laptop. Bukan apa semalam terlalu banyak rakan rakan blogger remaja yang minta acik kongsikan tentang cinta. Wahh cinta lagi ? itulah yang di perlukan anak muda kita, cinta cinta dan cinta. Tak pelah tak jadi masalah pon ,so jom bace sedikit kisah pengajaran ini :)

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka dengan itu terimalah seserang itu seadanya dan hargainya. Jangan dah tak ada baru nak tercari cari. Cinta itu perlu ada "give and take" bukan hanya sekadar dari sebelah pihak saje.Ikhlaslah mencintai seseorang itu kerana Allah taala.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...