Pengikut

Selasa, 10 Januari 2012

Bila Hati Berkata Aku Sunyi


Assalamualaikum

Setiap hari kaki melangkah untuk maju ke hadapan dan kadang-kadang terjatuh dan melihat kembali tapak yang yang telah kita tinggalkan.Begitulah hidup bagaikan medan perjuangan untuk kita sebagai manusia yang tak mampu menentukan, menjangkakan dan mengaturnya.Dalam setiap hari kita akan merasakan pelbagai perasaan dan perasaan yang datang bersilih ganti.Adakalanya kita gembira, adakala kita sedih. Itulah uniknya manusia, yang mampu adaptasikan keadaan di sekeliling kita.

Ada yang bertanya pernah ke acik rasa sunyi ???

Sebagai manusia biasa itu adalah fitrah kita mempunyai perasaan yang semua orang akan rasakan dan acik akui acik pernah merasakan perasaan itu . Perasaan yang sangat terasa hati. Acik bukanlah segah apa yang mereka sangkakan.Perasaan ini muncul dikala acik dalam sendirian, mulalah rasa diri sunyi dan bertukar jadi sedih. Kadang-Kadang rasa dunia macam tak de apa-apa untuk kita. Yelah bukan semua orang boleh luangkan masa bersama kita ,mereka pon ada kehidupan mereka.

Dan acik rasa perasaan yang sunyi hadir tanpa dijangka ..sebenarnya kadang kala kita jer yang syok sendiri ,padahal jika diingatkan bila masa bergembira tak pernah pulak nak rasa sunyi..itulah kita ada perasaan tamak untuk selalu rasa kebahgiaan. Kadangkala acik sendiri tidak mampu menafsirkan perasaan itu. Ia hadir dan berlalu pergi. Alhamdulillah tidak kronik.Bila sunyi inilah, acik mula rindu gelak tawa keluarga, adik-adik saya bahkan teman-teman rapat acik.

Rasa sunyi ini orang selalu kaitkan dengan perasaan bila putus cinta.. Tapi betul kew ?? tapi mungkin juga..yelah orang kata cinta ini selalunya indah ..selalu berjumpa,makan bersama,"dating" dan semuanyalah. Rasa semua orang pernah alaminya.Mane taknye dulu ada orang amik kisah pasal makan minum kita,kesihatan kita,selalu call,selalu mesej dan online bersama-sama .Sekarang ini semuanya hilang kerana perpisahan.
kenapa Allah ciptakan rasa "sunyi" dan 'sedih' tu & kenapa Dia ciptakan jugak 'airmata'? kamu boleh check pasal hikmah penciptaan setiap sesuatu yang ada kat dunia ni kalau kamu berminat nak tau la kan. meh sini acik habaq.. airmata tu (menangis), boleh dijadikan medium untuk kamu luahkan perasaan. cuba kalau kamu menangis, kamu akan rasa sedikit lega, kan? macam ada suatu beban yg kamu rasa kat dada kamu mungkin akan ringan sedikit jugak. menangis ni bukannya tanda kamu seorang yg lemah. tapi kalau terlalu banyak menangis sehingga ke tahap meratap berguling-guling kat atas lantai atau tergolek-golek kat atas katil sambil menggigit hujung selimut/bucu bantal, tu memang ada something wrong la kan.

kadang-kadang, memang Allah akan uji kita dengan kesedihan. ataupun rasa kecewa. ataupun rasa kesunyian. tapi camne kamu nak atasi kesedihan tu? camne kamu nak tangani daripada kekecewaan tu? camne kamu nak keluar daripada kesunyian tu? ada orang yg berjaya atasi/tangani/keluar, ada orang yg tak berjaya... & ada pulak orang yg memilih untuk kekal di situ. semua ni... pilihan kita sendiri jugak, kan. Dia takkan ubah kita kalau kita tak ubah diri sendiri. kalau Dia berikan cahaya hidayah sekalipun, kalau kamu tetap tak nak berubah, maka macam tu la kamu sampai bila-bila.



kalau pandang dari sudut yg lain... kesedihan, kekecewaan & kesunyian ni macam satu 'peluang' jugak. peluang untuk kita dekatkan diri padaNya. mungkin la selama ni kita lalai ke, alpa ke. tapi, mungkin la ada sesetengah orang yg bila sedih je baru nak cari sejadah. bila kecewa je, baru la nak mengaji al Quran. bila down je baru sibuk2 nak mengadu & menangis, berdoa kepadaNya. aiiii tak malukah? (kalau sebelum tu jenis orang yg lalai). tapi yelah... ambil peluang ni untuk dekatkan diri padaNya. Dia adalah sebaik2 tempat kita mengadu & meminta. setitis air mata yg kita alirkan untukNya/keranaNya adalah lebih bernilai daripada selautan air mata yg kita tangiskan untuk/kerana manusia. fikirkan la.


Wokey sebelum tu acik berikan beberapa tips macam mane nak menagani perasaan sunyi..


1. Duduklah tempat yang tenang supaya kita dapat muhsabah diri kita ..cari dimana kelemahan yang kita perbaiki,, berjumpa dan mengadulah pada ALLAH yang untuk kita.


2. Berjumpa dengan kawan-kawan yang kamu percaya dan selalu berkomunikasi


3.Sekarangkan dunia moden,gunakanlah medium laman sosial seperti skype ,facebook ,octove dan sebagainya untuk hilangkan perasaan sunyi.


4. Kalau acik bila sunyi nie tengok la movie dan karaoke heehehe(just for fun) but jangan berlebihan


5. Bila time sunyi acik suka dengar lagu-lagi yang mendamaikan supaya kita dapat kekuatan dan dapat menghadapi bila terjadi lagi.


6 .Kalau sunyi jangan lupa bace novel.


as for me, i am always kaber line.. hehe. takdenya nak tunjuk sedih-sedih nih kat orang.. lama-lama recover lah.. buat-buat sibuk.. sapu sampah ke.. sembang isu2 ringan degan jiran ke..
janganlah memerap memendam perasaan sorang-sorang dlm bilik..kang kena kemurungan plak..


Wokey niat sebenar acik menaip tentang sunyi kerana bila sebut pasal sunyi orang selalu rasakan bagaikan kehidupan sudah berakhir dan kita keseorangan .Sebenarnya kita silap ,kerana ALLAH berikan kita rasa sunyi adalah beri kita masa untuk kita fikir tentang diri kita...wokey kalau kamu sunyi pulak macam mane ??? meh kongsi-kongsi ..adios..!!!

Share This!


9 ulasan:

  1. Sunyi.. kadang2 beri ketenangan, kadang2 beri kepiluan, kadang2 beri kebosanan, kadang2 beri ketakutan.

    Kalau tak keberatan, singgah la sini hehehe
    http://awieomar.blogspot.com/2011/02/memori-daun-pisang.html

    BalasPadam
  2. ermm thank u ..akan singgh punye

    BalasPadam
  3. perghh.. jiwang.. nice entri.. >_<

    BalasPadam
  4. rasa sunyi datang biasanya bila rasa kecewa muncul.... isilah jiwa dan hati dengan zikrullah, bila sunyi, pasti kita akan rasa kehadiran peneman yg hebat iaitu Allah swt....

    BalasPadam
  5. sunyi...mmg pon..hawiz sunyi campur hepi..cmner tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu bermakne bagus ..sebb ada jugak happynye

      Padam
  6. kesunyian = kesakitan = kesedaran = kepasrahan = keredhaan

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails