Pengikut

Sabtu, 18 Januari 2014

Dugaan Dan Ujian : Sehari Lagi Perkahwinan Bakal Pengantin Meninggal Dunia

lelaki kematian bakal isteri

Assalamualaikum

Dalam hidup ini kita di uji dengan pelbagai cabaran yang kadang kala di luar batas pemikiran kita. Yang selalu menjadi isu adakah aku mampu untuk hadapinya ? Kenapa aku di uji sebergini ? 

Itulah persoalan yang selalu bermain di fikiran ,jiwa menjadi gelora, umpama badan ini hilang semangat untuk kembali. Tetapi kita silap rupanya dugaan yang mendatang itu membuatkan kita lebih tabah dan kuat semangat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Mungkin diri ini tidak merasai dan melalui sebagaimana seperti seorang rakan kenalan acik di mana sehari lagi hari perkahwinan tetapi di uji dimana bakal pengantin meninggal dunia. Dia kemurungan dan tertekan, sehingga satu ketika dia rasa menyerah. Tetapi alhamdulilah hasil dorongan rakan-rakan dan keluarga dia terima ianya sebagai ujian dari Allah.

Kata-kata rakan acik yang acik tak akan lupakan

"memang sukar untuk aku menerima apa yang berlaku, tetapi siapalah aku untuk menghalang dan menidakkan kekuasaanNya. Mungkin ada hikmah yang tak pernah aku jangka berlaku dalam hidup aku. Aku rasa diri aku di uji dengan berat sekali tetapi aku lupa bahawa ada orang lain di uji lebih berat dari aku seperti kematian kedua ibu bapa mereka sejak kecil lagi dan macam-macam lagi."

Ketika kemuncak kejayaan dalam dunia sukan tiba-tiba kemalangan yang menimpa dan pelbagai lagi yang kadang kala di luar jangkaan kita. Kita selalu merungut bila di uji, kita selalu mengalah saat Allah menghantarkan secebis dugaan.

Dan kita lupa diri saat Allah berikan nikmat dalam hidup kita, kita tak pernah mengangkat sepuluh tangan kita untuk merafakkan kesyukuran, tetapi bila musibah mendatang kita terus menyalahkan pada maha pencipta. Kesusahan dan kepayahan hidup itu adalah ujian dari Allah. Kekayaan dan kenikmatan itu juga merupakan ujian dari Allah. Banyak hal yang terjadi dalam hidup ini, dulunya aku sendiri selalu meruntun dalam hati, kenapa aku harus hadapi segala ini ? 

”Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35] 

Dan kini aku sendiri telah mendapatkan jawapan yang setelah lama aku cari. Betullah orang kata guru terbaik dalam hidup kita adalah pengalaman. Ianya tiada tolak ganti dan tak dapat di beli. Dulunya siapa yang kenal aku iaitu acik seorang yang pendiam, pernah di hina, di caci dan tak mahu siapa pun mendekat tetapi Allah itu Maha adil di berikan nikmat yang di mana tanpa aku sedarinya ia mengubah hidupku sehingga aku berada apa yang aku sekarang ini. Air mata yang selama ini mengalir memberi aku pengertian untuk terus hidup. 

Ketika kamu sedang putus harapan kerana hidup di uji dengan pelbagai perasan dan cabaran, renungilah dirimu bahawa ada orang lain yang sedang di uji dengan penuh kehebatan dugaannya. 

”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286] 

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaannya.

Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;

”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.” [al-Ankabut: 2-3] 

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatkan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;’Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.“ [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Aku sedar dari apa yang terjadi dalam hidup ini, ianya ada hikmah walaupun lambat di ketahui dan kadang kala hanya kita yang tak mahu mengakui hikmahnya. Yang kini apabila aku di uji , aku mampu tersenyum kerana Allah masih sayang dan ingat padaku. Terima Kasih Ya Allah. 

Share This!


26 ulasan:

  1. Setuju acik!! Seronok baca entry acik ari2,.byk ilmu bole dpt kat sini,tq acik.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...

    Berat sungguh dugaan rakan acik tu. Al-Fatihah utk arwah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman. Betul tu, setiap insan diuji dgn pelbagai cara dan terpulang kepada kita bagaimana utk hadapinya. Sy juga penah kehilangan tunang tersayang dan sy sgt faham perasaan rakan acik tu. Moga beliau terus tabah utk meneruskan hidup di alam fana ni. Ada hikmah yg tersembunyi disebalik kejadian ini. Sampaikan salam takziah pada rakan acik ye..
    p/s: maaf, terpanjang pulak komen =)

    BalasPadam
  3. al-fatihah untuk arwah.. semoga kawan acik terus tabah menghadapi ujian.. ujian itu bukti kasih sayang Allah kepada kita..

    BalasPadam
  4. hidup mmg akan sentiasa diujikan.. :)

    BalasPadam
  5. Alfatihah untuk arwah..Bila Allah uji kita tandanya dia sayangkan kitakan acik..dan yang pasti setiap ujian datang sesuai dengan kemampuan kita. Allah tau kita mampu untuk mengatasinya...dan mungkin itu yang terbaik untuk kita...

    BalasPadam
  6. Dugaan... Tp sebrpa berat manapun ujian, kita perlu ingat smua itu diberikan mengikut kesanggupana kita...

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum... achik,

    Terima kasih... tersentuh mselim3 surah al-baqarah 286.. Allah memberi dugaan sesuai dengan kemampuan hambaNya menghadapi sesuatu dugaan itu..kekadang kita tidak sabar menghadapi dugaan itu..

    mselim3

    BalasPadam
  8. Allah tak akan uji hambaNYA pada perkara yg kita tak mampu.....

    BalasPadam
  9. kesian dia.. smoga dia sntiasa tabah..

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah rakan acik tu kuat dan sentiasa ingat bahawa Allah menguji kerana sayangkan hambaNYA

    BalasPadam
  11. Hidup ni macam roda kan acik.
    Kita tak tahu bila kita akan ada di bawah, bila juga kita akan naik ke atas.
    Apa pon yang berlaku teruslah ke hadapan.
    Hurm.. kawan acik kuat, sebab tu dia terpilih menghadapi ujian ini.
    Kalau seperti saya, mungkin saja tak mampu..

    BalasPadam
  12. salam pagi...ujian Allah tidak pernah habis selagi kita hidup...

    BalasPadam
  13. alfatihah..tuk kawan bro..hidup perlu diteruskan..ujian yang datang..tanda kasih Allah kepada kita ...

    BalasPadam
  14. kita diuji dgn cara berbeza..moga kita tabah menghadapinya...

    BalasPadam
  15. Mmg berat ujian spt itu.. Allahuakbar.. semoga diberi ketabahan Allah dlm menghadapi situasi spt ini.. Al Fatihah.. aamiin..

    BalasPadam
  16. berat sungguh ujian yg rakan acik terima..setiap dugaan ujian pasti ada hikmahnya yg tersembunyi

    BalasPadam
  17. sentiasa akan ada ujian mendatangi hidup kita seharian, kuncinya adalah kesabaran... Al fatihah buat arwah..

    BalasPadam
  18. berat betul dugaan tu..gua dulu dlm 5 hari sebelum kahwin..kereta gua eksiden..nasib baik xde apa-apa

    BalasPadam
  19. Assalammualaikum acik..Al Fatihah untuk arwah..yup dugaan itu guru terbaik untuk kita.,, sememangnya sakit,pedih,derita,sengsara..tidak dinafikan..namun ianya mendidik kita supaya sentiasa bersabar,bertawakkal..sebak dan sebunya dada..namun Allah tahu bila masa yang terbaik untuk DIA tunjuk hikmahnya..yang penting kita redha..yakin..sepenuh jiwa raga..

    BalasPadam
  20. kita matang bersama pengalaman . perjalanan hidup tak de yang mudah . Ujian itu untuk menguji iman , menjadikan hati kita kian teguh dan tak mudah mengalah dengan masalah ...

    BalasPadam
  21. Perpisahan dgn kematian mgkin lebih mudh diterima berbnding kecurangan kan... Sbb kwn suami sehari sebelum khwin, tunangnya bgtau dh terlnjur dgn bkas kekasih lama... Lagi paraah...

    BalasPadam
  22. Allahu Akbar.. dugaan kpada hambaNya.. In Shaa Allah.. pasti pnuh dgn hikmah..

    BalasPadam
  23. Penarik perkongsian nie Acik.. Hebat sungguh ujian Allah terhadapnya.. :(

    BalasPadam
  24. dugaan yang sangat dahsyat...Allah...berat tapi harap mampu tabah...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails