Pengikut

Rabu, 12 Februari 2014

Cerita Di Sebalik Gaya Hidup Bebas Remaja

remaja
gambar dari cerita nur kasih

Assalamualaikum

Setiap manusia ada kehidupannya tersendiri, di sebalik tawa dan manisnya muka tersimpan seribu hal yang kita tak ketahui. Ketika berada dalam masalah, siapa yang mahu jadi pendengar masalah ? siapa yang selalu yang ada di sisi ? itulah persoalan yang selalu di lontarkan remaja pada masa kini. Mereka inginkan kebebasan bagaikan burung berterbangan di awan yang tinggi.

Bila melihat remaja melepak sana sini, mulalah ada mulut sumbang katakan " ahh itulah remaja yang tak bermoral ,tak ada wawasan , dan tak ada masa depan".. Mudahnya berkata tanpa meneliti setiap perihal hidup mereka, mengapa mereka jadi seperti itu ?

Untuk mencari jawapan itu ,semalam acik nekad untuk pergi ke ibu kota untuk merasai apa yang di katakan tentang "kebebasan" remaja dan memahami apa yang mereka rasa. Melihat gelagat remaja yang masing-masing mencari cara untuk menjadi tumpuan umum. Nasiblah pergi tidak keseorangan , di temani sahabat rapat juga yang ingin tahu tentang kehidupan mereka. Pada masa yang sama acik juga mengajak "shark" rakan semasa kerja dahulu untuk di perkenalkan kepada rakan-rakannya. Setelah mereka boleh terima keberadaan kami di situ ,acik beri tanyakan soalan.

Acik : bro boleh tanya beberapa soalan tak ? saje nak minta pendapat 
Lelaki A : alamak der berborak kosang tak seronok ler der, apa kata lu belanja wa rokok, baru ada feel.
Acik : Kejap nah ,ambik duit nie nanti bro beli r rokok.
Lelaki A : ok der kejap wa beli rokok dulu.

Beberapa minit kemudian,

Lelaki A : ok der tadi kata nak tanya pendapat, ok tanyalah.
Acik : okey bro, bro baru 17 tahun kiranya still bawah umur, mak ayah tak risau ke ?
Lelaki A : nak hidup der, pandai-pandailah, aku keluar senyap-senyap ler, mereka tu tahu nak membebel dan marah-marah aku aje, tapi mereka tak pernah nak faham aku. 

Acik :  Yelah maknanya dia sayang kat bro lah tu sebab itu dia marah , that mean dia ambik peduli.
Lelaki A : Ye der aku tahu dia sayang aku, tapi bukan itu caranya, mereka tak pernah faham aku, balik-balik rumah ,dia tension kat kerja, aku kat rumah nie dia lepaskan. Kalau nak cakap dengan dyeorang bukan main susah, kena hal yang penting-penting. Jiwa aku memberontak der, mereka tak pernah faham aku, tak pernah ambil tahu pasal aku.

Azman :  Jadi dengan lepak kat sini, dapat release kan tension ?
Lelaki A : Mestilah der, kat sini mereka faham aku, pekara yang remeh temeh pun mereka layan aku. Kat sini we like brothers and sisters. 
Acik : Tapi macam mana pun mereka mesti risaukan bro kan
Lelaki A : Tak pernah pun der, mula-mula tu marah ,aku dah besar aku boleh buat keputusan aku sendiri. Mereka pun bukan betul sangat, mak bapak aku dah bercerai, j*ntan tak guna tu ada "pucuk muda" memang lah, abang aku penagih dadah, kakak aku jangan di tanya, dulu hidup aku tak jadi seperti ini, sejak mak bapak aku bercerai , semuanya teruk, mak aku kemurungan dan aku dengan adik-adik aku jadi mangsa keadaan. Tekanan der, orang tahu mengutuk tapi tak pernah nak memahami hidup aku!!

Itulah sedikit sahaja perbualan kami sebenarnya panjang lebar dan pelbagai pekara yang acik tanyakan pada dia. Dia memberi respond yang baik sekali, apa yang acik ingin tekankan adalah pentingnya peranan kekeluargaan. Sebab itulah jika perlu mencari jodoh yang baik, pasangan yang baik dan sesuai dengan kita agar kita dapat membentuk keluarga yang sakinah dan anak-anak yang kualiti. Bukanlah mahu bersikap prajudis , memang jodoh itu rahsia Allah tetapi kita mempunyai ruang dan pilihan untuk memilih corak hidup kita.Sebab itu bentengilah diri dengan agama yang kukuh dan membuat persediaan sebelum berkahwin.


Kes perceraian di Malaysia

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, dalam tempoh antara Januari hingga Jun lalu, sebanyak 22,306 kes perceraian direkodkan Jabatan Pendaftaran Negara.“Daripada 22,306 kes perceraian itu, 22,165 kes merupakan perceraian kalangan pasangan yang beragama Islam.Statistik tahunan pula kata Rohani didapati terus meningkat dari tahun ke tahun.Pada 2012, jumlah kes perceraian adalah sebanyak 47, 779 kes, 43,137 kes (2011) dan 38,000 kes pada 2010. Sumber

Umumnya sedia maklum mengetahui bahawa sekiranya perceraian berlaku dalam sesebuah rumahtangga pastinya kesan di rasai oleh anak-anak. Antara berlakunya masalah sosial di kalangan remaja adalah berpunca dari ketidakstabilan hubungan kekeluargaan.

Jika di bahas terdapat banyak faktor yang menyebabkan perceraian , menurut Datuk Seri Rohani  terdapat pelbagai punca kepada kes perceraian dan antara yang paling ketara ialah tiada kesefahaman, tidak bertanggungjawab, curang, campur tangan keluarga mentua juga faktor kahwin muda dan enggan dimadukan suami.Tekanan hidup yang semakin menghimpit masyarakat kini juga dilihat menjadi faktor kepada peningkatan kes penceraian. 
  
Sudah tentu sukar untuk menemui jawapan yang tepat kerana setiap perceraian mempunyai alasan yang tersendiri tapi pada acik ianya perlu di ambil perhatian agar ianya dapat di kurangkan. Mak selalu pesan kepada acik, perkahwinan itu bukan pekara main-main, bukan untuk satu dua hari tetapi mungkin ianya untuk satu jangka panjang. Jangan hal-hal yang kecil kita jadikan isu dan boleh merosakkan rumahtangga. 

Paling kesian adalah anak-anak kehidupan mereka terabai, emosi tergangu dan mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan serta anak-anak memberontak. Acik pun masih belum berkahwin, tetapi acik juga menaip ini untuk mengingatkan diri ini agar "menjaga masjid" yang akan di bina. 

Anak-anak tidak boleh sepenuhnya menyalahkan ibu bapa dan jangan jadinya sebagai alasan, mereka juga perlu mengambil inisetif diri sendiri untuk mengharungi. Banyak lagi cara yang boleh di lakukan selain dari memberontak, ikut kata hati mati, ikut kata badan binasa , ikutlah kata iman. 

Setiap masalah pastinya ada penyelesaian masalah,carilah jalan bersama dengan penuh kesungguhan ,kerana bukan ia dapat menyelamatkan orang yang kita sayang. Jangan terlalu mencari titik perbezaan dan carilah titik persamaan, mana yang boleh lebih kurang dan boleh di tolak ansur fikir-fikirkanlah. Cakap memang mudah tapi untuk melaksanakan itu terpulang pada individu, acik dah lihat sendiri dengan mata kepala ini keburukan perceraian. Jadi sama-sama kita muhasabah diri. 

entri ini bukanlah merangkumi semua kehidupan remaja tetapi segelintir, tetapi lebih kepada pemahaman terhadap remaja dari kesan perceraian ibu bapa.Dan dapatkan kami menasihati mereka sedap upaya dan memberi semangat untuk sambung pelajaran dan mengubah masa depan mereka. Hanya mereka yang mampu mengubah masa depan mereka dengan berusaha. Behenti menyalahkan ibu bapa, persiapkan diri agar nanti kita tak jadi seperti mereka, moga lebih baik.

Share This!


49 ulasan:

  1. cara individu itu sendiri handle masalah yang menentukan

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat betul tu, bagaimana dia menagani masalah itu memberi haluan dalam hidupnya

      Padam
  2. Jika dilihat secara kasar...majoriti masalah remaja ini berpunca dari didikan dan istitusi keluarga yang bermasalah. Oleh itu ianya harus dibendung bermula dari sebelumnya perkahwinan berlaku. Ilmu dan didikan agama yg selengkapnya pasti akan dapat mengurangkan masalah ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat betul BM... ilmu dan didikan agama penting sebagai benteng diri ..

      Padam
    2. yumida pun sokong kata2 BM..tu yg nak cakap...
      semuanya bermula dri umah..
      moga kita sendiri juga bijak berfikir n menilai mana yg baik n buruk

      Padam
  3. sebagai anak mangsa cerai... janganlah gunakan alasan ibu bapa sebagai jawapan penyelamat diri.. kita dikurniakan akal .. boleh fikir baik n buruk.. kita kene pastikan kita x senasib dgn ibu bapa kita yg dh bpisah, maka daripada muda remaja harus perbaiki diri agar jd insan yg baik dan berjaya... sbb kita xnak anak kita nnti rasa apa yg kita rasa. dekatkan diri dgn Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat betul sekali... seharusnya kita lebih buat persediaandirikita.. jangan menyalah ibu bapa sahaja.. sebaik-baiknya dekatkan diri kepadaNya

      Padam
  4. Jgn jadikan alasan ibu bapa bercerai utk menghalalkan perbuatan. Takde ibu bapa yg tak sayangkan anak cuma mungkin cara yg ditunjukkan berbeza. Sbg anak, jgn hny harap ibu bapa utk fhm kita sebaliknya kita pun kena berusaha utk memahami mereka. Allah kurniakan akal utk berfikir dgm sewarasnya bukan utk cari penyelesaian ringkas begini. Pokok pangkalnya, tepuk dada tny iman. Kwn yg sebegitu takkan bawa kita ke syurga ttp doa ibu bapa yg mampu bawa kita ke syurga. Wallahualam

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat betul kak amin.. setuju dengan kak anim

      Padam
  5. bersyukur di lahir kan dalam keluarga yang tiada masalah seperti ini. ibu bapa pulak sering ambil berat ..

    BalasPadam
  6. remaja sekarang boleh berfikir sendiri mana yang baik dan buruk.Nak melepak rasanya tak salah..tapi kena tahu batasannya..

    BalasPadam
  7. Anak juga mempunyai tanggungjawabnya sendiri, 17tahun bukanlah satu umur yang tidak bole menilai yang mana baik dan sebaliknya. Tidak terselitkah perasan simpati kepada ibu?

    BalasPadam
  8. Sama2 kita renungkan.. Ambil iktibar . Terima kasih atas perkongsian :)

    BalasPadam
  9. Akak tak pernah menyalahkan siapa dalam hidup akak.
    Sejarah lampau akak memg memberi kesan yg amat negetif kat akak.
    Tapi akak tak pernah beralah dalam setiap apa yg berlaku.
    Menangisi memg ada sebab akak pun insan biasa.
    Takdir ALLAH kita tak boleh menindak.
    Terima selapang dengan hati terbuka.

    BalasPadam
  10. rasanya tak boleh nak salahkan sesiapa,,pokonya dari pemikiran diri sndiri.

    BalasPadam
  11. thanks for sharing this article..membuka minda..manusia..selalu salahkan sesuatu xnak salahkan diri sendiri..yela..kalau ibu bapa caring..katenye mengongkong..tp kalau ibu bapa buat tak kisah..katanye dorang terbiar..

    BalasPadam
  12. boleh dijadikan iktibar..tapi bg saya..kita sendiri bleh fkir mana yg baik mana yg buruk..cuma kadang2 bimbingan dri org yg bpngalman memang dperlukan..

    BalasPadam
  13. syukur masih ada keluarga yang sayang...:)

    BalasPadam
  14. Jiwa remaja ni mmg masih lembut walaupun jasmaninya nampak kuat & bertenaga. Sbb tu remaja mudah rebel.. tambahan klu didikan keluarga longgar.. didikan agama dari asas kekeluargaan tu amat penting.. mmg penting. Semoga menjadi iktibar & renungan buat kita semua.. t kasih diatas perkongsian Acik..

    BalasPadam
  15. Betul. Kadang2 mereka yg kat luar tue bukan nak sangat pilih jalan macam tu. Tapi disebabkan faktor pesekitaran yg memaksa mreka pilih jalan macam tue. Kita xtau kalau kita xmerasanya sendiri :)

    BalasPadam
  16. apapun setiap individu perlu keluar dari gejala negative dan bertukar kepada kehidupan yang lebih positive..tidak perlu salahkan pihak lain sebab kalau ikutkan tak semua manusia nak benda yang tak elok berlaku..

    BalasPadam
  17. cabaran ibu bapa zaman sekarang sangat mencabar kan... perlu sabar dan banyak main psikologi untuk mendidik mereka.. semoga apa yang acik kongsikan jadi iktibar bagi mereka yang membaca entri ini...

    BalasPadam
  18. doa untuk mereka yang menjadi mangsa keadaan..doa semoga mereka dilindungi Allah selalu.

    BalasPadam
  19. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    BalasPadam
  20. kita tidak berada ditempat mereka justeru jangan menghukum mereka sewenangnya.. semoga kita semua dilindungi ...

    BalasPadam
  21. mmg bnyk gol remaja rasa terabai skrg ni sbb mak bapa tak cukup masa dgn mrk...

    BalasPadam
  22. Masalah remaja memang never ending story kan acik..dari dulu hingga sekarang. Yang berbeza remaja dulu tak expose sangat so cabaran tu kurang sikit..sekarang banyak option. I thot the parents nowadays kena belajar psychology..kalau tak memang susah sikitkan..

    BalasPadam
  23. semuanya bermula dari rumah.. jika keluarga pincang pasti anak-anak pun akan rosak.. tak boleh juga nak salahkan remaja yang bermasalah tu 100%..

    BalasPadam
  24. kesiankan acik. kat sekolah kak ni, anak2 kecil pun dah pandai luahkan perasaan walaupun kita tak bertanya. macam2 perangai moody ditunjukkan semata2 nakkan perhatian guru. kat rumah tak dapat..kat sekolah buat hal. selalunya murid bermasalah di sekolah, puncanya di rumah ada masalah

    BalasPadam
  25. Assalammualaikum...achik,

    bagi mselim3 masalah remaja yang bermasalah adalah berpunca gak daripada institut keluarga yang lemah dan ibu bapa yang bercerai dan pengaruh rakan sebaya.. nak kata cikgu salah tidak , ini kerana ibu bapa lah yang membentuk anak2 ..

    mselim3

    pls: ... pape ibu bapa kan. ..yg mencorakkannya.anak2 itu sendiri..

    BalasPadam
  26. Betul lah.x boleh nak harapkan 1 pihak je,smua kena mainkan peranan kan.

    BalasPadam
  27. Jarang ada anak dapat memahami dan berdikari bila mak ayah bercerai.. jiwa yang memberontak akhirnya merosakkan diri sendiri.

    BalasPadam
  28. Kebebasan tu mmg penting tapi mestilah ada batasannya. Taknaklah jadik macam sweden, budak2 takleh ditegur nnti kene tangkap.

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum acik.. hmm risaunya nak besarkan anak.. harap2 bertabah jiwa kami (",)

    BalasPadam
  30. Allahu Rabbi..remaja memang zaman yang penuh dengan cabaran dan mehnah.. krisis identiti yang berterusan..sama2 ambil iktibar,,., In Shaa Allah...

    BalasPadam
  31. pada pendapat aku laa yang memang membesar kat KL nie, kebanyakkan masalah remaja nie boleh dibendung kalau ibu bapa mengawal aktiviti anak2 mereka..disamping tu remaja itu sendiri harus bertanggungjawab atas setiap perkara yang mereka lakukan..dan dari pandangan mata kasar aku, sikap ingin mencuba dan juga pengaruh kawan2 laa antara gejala tidak sihat remaja makin lama makin teruk..tapi ini pendapat peribadi aku jer laa..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  32. Wahh...acik berpeluang FTF dgn remaja...mmg satu usaha yg sangat baik.
    Apapun, institusi keluarga yg baik mmg perlu diwujudkan utk mengelakkan gejala sosial berlaku kerana kebanyakkan remaja lebih suka ambil jalan mudah utk selesaikan masalah.

    BalasPadam
  33. kesian nyee adik tuu . memang betul , kepincangan keluarga buat anak-anak kena tempias . Alhamdulillah , deeya lahir dlm keluarga sakinah . tx acik . rajin acik buat research (y)

    BalasPadam
  34. remaja yang tak matang je yang selalu buat kesilapan diluar kotak kak abg acik. hehe

    BalasPadam
  35. Hmmm...sebagai ibu bapa jgn abaikan didikan agama terhadap anak mereka.jika anak itu mempunyai didikan agama mungkin mereka mampu menerima apa yang berlaku pada ibu bapa mereka adalah takdir Allah.

    BalasPadam
  36. Acik, nanti ada masa singgah baca entry ni ya. tq

    http://myblogsantai.blogspot.com/2014/02/penyumbang-trafik-ke-blog-santai-12-feb.html

    BalasPadam
  37. Kembali kepada fitrah asal..hidup kerana Allah..ibu bapa perbetulkan diri terlebih dulu kemudian anak anak bakal mencontohinya..amin.

    BalasPadam
  38. perbualan acik tu, jadi satu pengajaran kat akak ni...jaga anak bebaik dan kurangkan membebel

    BalasPadam
  39. betul ..tapi anak2 ni kita kena berlembut..hati mereka kan menggelodak.. :)

    BalasPadam
  40. Seharusnya institusi keluarga haruslah mantap. Masing-masing tahu peranan masing-masing. Tidaklah di belakang hari menuding jari sana sini.

    BalasPadam
  41. bila penceraian berlaku, lazimnya ia sangat memberi kesan kpd wanita dan anak-anak. dari segi ekonomi dan undang-undang. bukan nak kata lelaki puncanya, tapi kalau ada rasa tanggungjawab, perkara mcm ni tak mungkin boleh berlaku. sudahnya, anak-anak juga yg jadi mangsa.

    BalasPadam
  42. penting didikan dr ibu bapa ntuk lahirkn anak2 yg bkualiti..dan nmpk jelas kat sni betapa perlu nya ilmu agama yg kukuh di kalangan ibu bapa ntuk mgelakkn isu pceraian ni. dlm mdidik anak, ada sepruh ibu bapa mharapkn didikn tu dr pihak skola.. itu lah kesilapan yg jelas. alasan ny ..sbuk ngan kerja. mana yg lbh pntg, kerja atau keluarga kan acik ? mmg kerja tu pntg ntuk myara kluarga tp utamakan laa keluarga dahulu sblm mmulakan stiap lgkh kita ni.. ada pulak anak2 yg tlalu mgikut kawan dr mgikut kata ayah ibu mereka.. ntuk mgelakkn ni..ayah dan ibu perlu bjaga2 dr awal dalam pgaulan anak2 spya mereka xtjerumus ngan kawan2 yg mbawa pgaruh negatif. sbaik nya isu pceraian ni, elakkn laa dalam institusi kkeluargaan.. kesian pada anak2 yg mningkat dewasa apatah lg kalo yg masih bayi.. xmgerti apa2..

    BalasPadam
  43. mak dan ayah tuh la memainkan peranan penting.kekadang stress bwk blk ke uma..dilepaskan ke anak..mcm mane anak xjadi mcm tuh?

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails