Ticker

6/recent/ticker-posts

Yakinlah pasangan kita itu adalah yang terbaik buat kita dan tiada orang lain yang lebih baik daripadanya

pasangan romantis
ehsan google
Assalamualaikum

Kita selalu merungut apabila sesuatu kita rancang itu tidak seperti apa yang kita mahukan. Kita pilih dia di jadikan pasangan kita. 2 tahun berkenalan, 8 tahun bercinta dan kita tahu dia bagaimana tetapi kita tetap mahukan kesempurnaan dari pihak dia dan agar dia selalu mengerti apa yang kita inginkan. 


Memang sukar untuk meramal apa yang berlaku di masa akan datang. 

Selalunya apabila tatkala kita berada di persimpangan untuk memilih sesuatu yang terbaik , kita sering kali memejamkan mata dan terus melangkah dan meletakkan sepenuh harapan bahawa dialah yang terbaik untuk kita. 

Ermm betul ke tindakan kita ? 

Sama ada itu yang terbaik atau sebaliknya , itu adalah satu ketentuan dan yang pasti kita harus meneruskan dengan pilihan dan keputusan kita. Memang sukar untuk berpatah balik dengan keputusan kita. 

Sekali melangkah dengan keputusan kita, mengapa perlu was-was ? 

Mengapa kita perlu berpatah balik jika itu langkah yang kita lakukan kita yakini bahawa ianya paling tepat untuk kita ? 

Kadang kala apabila melihat pasangan lain, jika jadi sedih kerana pasangan kita tidak seperti itu. Melihat rakan-rakan post di laman sosial dia bersama pasangannya saling mengerti dan berkongsi minat yang sama. Kita merenungi diri kita , tak dapat seperti itu.

Kita selalu mengharapkan kesempurnaan dari pasangan kita sehingga melihat kekurangan dia sebagai suatu kecelaan.Kita membandingkan dirinya dengan yang lain. 

"Awak tak macam laki si Semah , sporting pergi shopping sama-sama siap baju sedondon "
" Tengok bini Zainal kemain pandai menjahit, awak apa boleh buat ? masak pun tak sedap !!" 

Siapapun di dunia ini pastinya tidak mahu dirinya di bandingkan dengan orang lain. Mahukan mereka menerima diri kita seadanya diri kita. 

Mulai ragu, adakah benar dia layak untuk kita dan kita tidak lakukan pilihan yang salah ? 

Jika kamu telah mengambil seseorang untuk dijadikan pasangan hidup, setelah kamu membuat pilihan dan merasmikan pilihan kamu itu melalui ijab dan kabul, kamu tidak boleh berpatah balik.
o    Mengapa mesti berpatah balik dengan keputusan sendiri?
o    Mengapa mesti menoleh-noleh dan berasa sangsi dengan pilihan kita itu?
o    Mengapa tidak meneruskan sahaja dan mendapat kebahagiaan di situ?


Demikian juga jika kamu seorang wanita yang telah membuat keputusan memilih seorang suami. Mengapa setelah membuat keputusan dan menerimanya sebagai suami kamu masih berdolak–dalik dengan mengatakan kamu telah tersilap pilih?
Mengapa harus sangsi, mengapa harus membuat pertikaian keputusan yang telah dibuat?
Rasa sangsi atau was-was apakah pilihan kita itu terbaik atau tidak akan hanya menyebabkan hati kamu dipermain-mainkan oleh syaitan.
Syaitan memang mencari peluang menusuk jarum hasutannya supaya rumah tangga kamu goyah kerana kamu tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pasangan hidup kita itu.
Kebahagiaan 100% yang sepatutnya kamu nikmati tidak dapat kamu kecapi sebab ada sangsi, was-was dan merasakan ada pilihan yang lebih baik diluar sana daripada pilihan yang telah dibuat.
Mengapa begitu? Mengapa kamu tidak menetapkan hati dan terus membina kebahagiaan hidup berumah tangga bersama si dia yang telah kamu pilih?
Yakinlah pasangan kita itu adalah yang terbaik buat kita dan tiada orang lain yang lebih baik daripadanya.

Kerana apa ? 

Kerana kita telah memilih dia atas nama cinta bersandarkan cinta kepada Allah. Jangan terlalu mengimpikan seperti apa di paparkan di televisyen itu hanya lakonan dan semunya mengikut skrip yang telah di tetapkan oleh penulis. 

Semua babak indah itu hanya lakonan, berbadan sado , perempuan seksi , rambut ikal mayang, hidung mancung , bibir merah semerah mawar itu hanya watak yang di hiasi dengan lakonan yang berulang kali. 

Realitinya tidak seperti itu, realitinya apa yang kamu lalui sekarang ini,Tumpukan sepenuh perhatian terhadapnya, berikan kasih sayang sepenuhnya kepada dia.Jika pasangan kamu juga demikian, tidakkah kebahagiaan adalah jawapan kepada kehidupan kamu nanti?

Malangnya, kalau kita jengok-jengok sejenak keadaan di sekeliling kita, kita akan melihat, mendengar atau terjebak dengan situasi kalut, di mana seorang isteri menyangka ada ramai lagi lelaki diluar sana yang lebih baik daripada suaminya.
Atau menyangka ramai lagi lelaki yang masih tertarik kepadanya. Kalaulah dia memilih si fulan si fulan, alangkah baiknya.
Demikian juga seorang suami yang  merasakan dia telah membuat pilihan yang salah kerana masih ramai wanita yang sedia memberikan layanan yang lebih baik daripada yang diterimanya kini.
Sampai bila hendak mengangan-angankan sesuatu yang diluar jangkauan, sedangkan yang sudah pasti sedia di sisi? Alangkah baiknya mengganggap pilihan yang asal itulah yang terbaik dan membina kebahagiaan.
Maka hargailah pasangan kamu.

Terimalah kekurangannya sepertimana kamu terima kelebihan dia. Kamulah pelengkap kepada kekurangan itu. Tiada siapa yang sempurna dalam dunia ini tetapi jika ada bahagia kenapa perlu sempurna ? 
Yakinilah dia insan terbaik yang telah ditentukan buat kamu. Selalu doa pada Allah agar kamu di beri kebahgian dengan pilihan kamu keranaNya. Senantiasa perbaiki diri dan toleransi dalam perhubungan.Binalah kebahagiaan melalui dia di sisi. Bantulah minda kita membina imaginasi yang adil dan tenang.

Catat Ulasan

15 Ulasan

Puteri Kenari berkata…
betul sangat-sangat tu.Di awal perkahwinan, mungkin sukar bagi kita kerana kejutan budaya yang berbeza diantara dua keluarga.Tapi bila semuanya sudah menjadi biasa, kita pasti akan rasa satu kebahagiaan yang luar biasa.insyaallah...setia itu anugerah terindah dari Allah.
pasangan yang berjodoh adalah saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain... terima kekurangan di antara satu sama lain... :)
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

mselim3 setuju dengan pandangan achik nie... terima seadanya dan pasangan kita itu adalah yang terbaik untuk kita yang Allah temukan untuk kita. Itulah perancangan Allah untuk kita... bertemu dengan orang yang "right person" yang sesuai dengan kita... Rancangan Allah adalah yang TERBAIK untuk hamba2 nya.

mselim3

pls: sorry achik dalam lama mselim3 tak visit achik... sibuk sikit kebelakangan nie...
Julia Johari berkata…
Serius akak suka entry acik kali ini...sebab kena dengan tema entry akak esok sempena ulang tahun pekahwinan akak yg ke empat tahun...keep it up acik
miss yatie berkata…
setuju sangat, apa pun percaya dan yakin jodoh yg telah di tetapkan, walau sejauh mana pun seseorang tu, pasti akan datang pada kita,..kalau itu memang jodoh kita
Inani Hazwani berkata…
setujuu sangat acik. yakin Dia dah aturkan untuk kita yang terbaik
Papaglamz berkata…
Suami isteri saling melengkapi kan acik. Lagi pun lelaki yang baik tu utk wanita yg baik. Nak yang terbaik.. Kena la jadi yang terbaik..
iryantyismail berkata…
Setuju ...alhamdulilah..yan dapat jodoh yang terbaik dunia dan akhirat
paridah berkata…
wah panjang n3 kali ni acik tapi amat bagus sekali..jodoh kita ketentuan Allah bermakna itulah pasangan kita yg sempurna sedanya perlu reda..
Sue Izza berkata…
semoga pasangan yang ada terus jadi yang terbaik hingga ke syurga...
arzmoha berkata…
Perlu bersyukur dengan pasangan yang telah pun tertulis u tuk kita. Jika tidak rasa puas hati luahkan sebab kita sedang berkongsi hidup.

Semah dan zainal contoh yang baik
nurul aqidah azahar berkata…
sgt setuju...pasangan perlu terima kekurangn psgn masing2...
Oshin berkata…
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Perkahwinan itu adalah saling melengkapi.

Tiada siapa yang suka dibanding-bandingkan.
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
Setiap kali membaca entry acik, pasti akan ade rasa terkesan dalam diri. Dan, kali ini tajuk entry hampir sama dengan nisa punye latest entry. Yes, terimalah si dia seadanya. Jangan cuba mencari kesempurnaan kerana kita semua hamba Allah yang penuh khilaf dan bukan selalu benar. Ada salah juga kadang2.