Pengikut

Sabtu, 2 Januari 2016

Jangan Terlalu Tertekan Dan Tergesa-gesa Kejar Jodoh

gambar hiasan ehsan dari google

Assalamualaikum

Menjadi masalah setiap kali jumpa kenalan dan rakan-rakan. Di usiaku sekarang ramai kenalanku sudah mendirikan rumah tangga begitu juga junior ku masa di Politeknik.

Stress !! Stress

Setiap kali orang bertanya aku hanya tersenyum dan inshaAllah.

Tetapi di hati siapa yang tahu.Kadangkala kita berasa tergesa – gesa seperti dikejar – kejar sesuatu. Padahal tidak ada yang mengejar kita. Hidup kita menjadi serta tidak teratur, serba rumit seakan tidak dikelola dengan baik. 

Kita banyak berkiblat pada kehidupan Hollywood, bollywood dan wood wood yang lain.Hidup kita seakan di atur tetapi yang peliknya kita tetap mengikutnya tanpa sebarang alasan.



Bandingkan diri kita ketika diminta menggunakan Al – Quran sebagai penunjuk jalan hidup. Kita mentah – mentah menolaknya. Kita berasa bahawa dengan menggunakannya, kita seperti dipaksa.
Tidak seronok, tidak bebas, tidak sesuai dengan hak asasi manusia. Padahal dalam Al – Quran itulah segala hal aturan tentang hidup dibicara dan dititahkan.
Itulah kalamullah dan bukan makhluk.



Dalam soal cinta pula berkahwin itu memang satu tuntutan dan ianya juga melibatkan tanggungjawab yang besar.
Namun, gaya hidup yang berlaku di sekeliling, memaksa kita untuk berasa tergesa – gesa memilih pasangan. Padahal, kita perlukan masa untuk diri kita merancang.

Hahaha tapi tak pelik kerana kita terlalu mengimpikan bahawa kita dapat hidup dalam cinta yang di paparkan di kaca television , baca di novel mahupun apa yang di dengari.
Kita hanya mahu ambil gambar banyak-banyak ketika memakai baju pengantin masa menikah, bersanding untuk di upload di facebook dan twitter . Kita hanya mahu status married untuk di beritahu pada rakan-rakan anda bila lagi ? Kita hanya mahu tutup mulut orang-orang yang berkata-kata di belakang kita.
Jika itu tujuaannya kamu silap.
Perkahwinan ini bukan untuk suka-suka tetapi lebih kepada tanggungjawab yang besar dan ianya bukan persinggahan untuk kamu cuba nasib.
Kerana mengejar jodoh semakin besar rasa harap dan keinginan kepada orang yang kita cinta, maka semakin besar pula risiko kita untuk berasa kecewa.
Ada masa sekarang manfaatkannya dengan pelajari bagaimana untuk jadi suami yang bertanggungjawab dan suami yang baik. Begitu juga menjadi isteri yang solehah dan bertanggungjawab. 
Bagaimana jika ada anak nanti ? Persiapi dengan ilmu dan bagaimana untuk menguruskan kewangan dengan baik.
Bagi kamu yang semakin berusia itu jangan bimbang, yakinlah bahawa Allah sebaik perancangan Dia tahu apa yang terbaik untuk kamu, inshaAllah dia akan temukan kamu dengan seseorang pada masa yang tepat dan keadaan yang tepat.Biarlah orang kata kita bujang terlajak ,andartu dan sebagainya tetapi ingat Allah Maha Mengetahui segalanya.
Ajal , jodoh , rezeki dan pertemuan itu semua ketentuannya. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya. Percayalah dengan Allah.

Share This!


12 ulasan:

  1. Salam Acik..
    Sabar..macam tu jugak Akak dik..insyaallah kita Doa sama2 ye..Allah nakkan yg terbaik untuk kita kan...

    BalasPadam
  2. TIDAKLAH PERLU TERGESA-GESA MENCARI JODOH KALAUM BERSEDIA TAPI KALAU JODOH DH TIBA XDPT NK DITOLAK LAGI .

    BalasPadam
  3. TYPING ERROR PULAK...BELUM TU..

    BalasPadam
  4. dunia novel dunia cinta sy hahhaha

    well, sebenarnya tidak tergesa-gesa pun, mengharap cinta dan jodoh yang perfect macam watak dalam novel pun tidak. sy terima je kalau sudah jodoh :)

    BalasPadam
  5. Just go with the flow...jodoh itu telah ditetapkan oleh Sang Khalik tinggal cepat atau lambat sahaja

    BalasPadam
  6. acik yakinlah dengan perancanganNya, semua telah tertulis, jodoh, ajal,rezeki segalanya rahsia Allah swt..biarkan manusia dengan sifat2 mereka yang tidak pernah sempurna.

    BalasPadam
  7. In Shaa Allah, sediakan diri dgan sbaiknya. Tiba masanya pastinya tjawab sgalanya.

    BalasPadam
  8. Terfikir . Antara ajal dan jodoh , yg mana bakal menjemput kita dahulu .

    BalasPadam
  9. klu blm sampai masanya , kejar pun x dpt juga ...

    BalasPadam
  10. Enjoy a 40% discount on the total bill when you order food from SHOGUN2U delivery service! Visit our website www.shogun2u.com. Just register as a member ,place your order and enter the promotion code " CNY40 " * Terms and conditions apply *

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum acik.dah lama akak tak baca entry acik.bz sikit.jodoh itu bukan urusan kita.urusan kita adalah berusaha.semoga allah pertemukan kita dengan jodoh kita.
    Jika rezrki kita awal alhamdulillah jika terlewat, syukur juga pada allah, pasti ada yg belum sempurna.jadikita belum.layak menjadi srorang suami or isteri.apapun.usaha,danbtawakal.jodoh itu pasti ada cm tak tahu bila dan siapa.

    BalasPadam
  12. Dh byk kali kecewa....dh mls nk pkir..tp umur dh 30..hem..kite nk redha n brdoa je..xnk pkir2 sgt...insyaALLAH smpi msa Allah hdirkn seseorg pd msa yg sesuai..tp mslhnye...mak n ayh push xxhbis2..bkn stakat push...siap perli...ccompare2...ungkit2 haal lmaaa.....cmne hati xsedih..sdngkn..kite dlm hati ssedng brsabar n tabah..tp fmly sndiri ckp yg mnyakitkn ati....siap suh prgi brkwn2 dgn rmai org...g pki bju cntik2..tkr penampilan...perlu ke sy wat tu sume...kdng dh jd confuse istilah berusaha tuk jodoh tu....sy dh penat pn iye..nk redha je...tp trsepit kdng2..hti pn xbrpe nk baik bile fmily ckp cmni....yelah jd sedih je..buntu pn iye...

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jom Ketahui Rahsia Rezeki Ramai Orang Tak Tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails