Pengikut

Jumaat, 5 Februari 2016

Pernah Tak Rasa Sedih Dan Tiada Siapapun Yang Ada Di Sisi ?


Assalamualaikum

Pernah tak tanpa sebab dan alasan , air mata mengalir sendiri ?

Hati rasa sebak dan rasa sepi.Tidak ada sesiapa di sisi.

Pernah tak ? 

 Mungkin saja wajah dan bibir kita mampu tersenyum. Tapi di dalam hati kitaa ada sesuatu yang kosong. Bingung mencari apa sebenarnya yang kurang. Efeknya terkadang terasa sepi, dan terkadang terasa sedih. Pastinya itu ada sebuah sebab, kerana tidak mungkin ada suatu yang timbul tapi tidak ada sebabnya.


Banyak orang yang salah dalam mencari penyebabnya. Sehingga ketika mereka mencari penawar atau obatnya, mereka menggunakan cara atau obat yang salah juga. Akhirnya bukan hati yang terisi dengan kebahagian. Malah berbalik semakin kosong dan sepi. 
Pasti pernahkan , sebab kita manusia kadang jiwa sepi, kita lebih sukakan hiburan dan hal yang berkaitan perasaan. Tak salah tapi jangan lupa soal hati. Dialah tempat menangung segala perasaan dan sifatnya berbolak balik. Kadang sakit berpanjangan yang kita sendiri tak tahu. Hati juga perlukan "makanan" untuknya melalui zikir.Perbanyakkan zikir memuji NamaNya.

Selain itu, Allah tak hantar sesiapa bila hati menangis kerana sudah lama rindu untuk kita merintih dan mengadu dengannya. Allah nak kita bagitahu apa yang kita rasa dan memintalah padanya kerana Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kita sering takut pada tangisan. Beranggapan ianya sebagai kelemahan kita terutama lelaki. Padahal menagis itu adalah ubat ketenangan dan kelegaan untuk sebuah masalah.

Walaupun masalah itu di jalan buntu penyelesaiannya tetapi kelegaan itu ada.

Menagislah dan mengadulah padaNya. Setiap apa yang berlaku pasti akan ada hikmah walaupun kita tak tahu bila tetapi ianya akan ada secara naturally sama ada kita sedar atau tidak.

Jangan biarkan jiwa kita sepi dan di huni yang tidak patut. Obatnya hanyalah lawan sifat kita itu iaitu dengan makin mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan berusaha untuk makin banyak berbagi dan memberi. Jika dua hal itu sudah dilakukan, insya Allah hati yang sepi ini akan kembali bahagia. Terisi suatu cahaya yang tidak lain hanya Sang Kholiq lah yang mencipta.

Share This!


7 ulasan:

  1. Pernah, semasa kelahiran anak sulung, suami berada jauh di kampung, saya hanya dikelilingi oleh rakan2 sejawat yang sentiasa membantu.

    BalasPadam
  2. Pernah rasa tapi bersyukur sebab ia mengajar saya untuk lebih kuat dan tidak bergantung pada siapa siapa selain Dia :)

    The main key is to be positive, don't hold that feeling for too long. Let it go! :)

    BalasPadam
  3. SANGAT BERMAKNA INFOR INI..APA KHABAR

    BalasPadam
  4. Selalu jugaklah. Kadang-kadang sampai dilanda kemurungan.

    http://angellovesoldier.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. KITA KESEPIAN TIADA SESIAPA YG BERADA BERSAMA KITA SAAT DILANDA KESEDIHAN NAMUN ALLAH YG MAHA SEGALANYA SENTIASA DI SISI KITA...

    BalasPadam
  6. selalunya bila tak ada benda nak buat dalam bilik ... yg ptg jgn layan sgt ... hidup mesti ceria .

    BalasPadam
  7. ye, kadang2 rasa terbeban sendiri. sebab simpan sndiri masalah kerana ta ade sesape boleh tlg. masa tu merayu menangis setiap kali lps solat..
    http://cikdewiku.blogspot.com/

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails