Pengikut

Sabtu, 19 Mac 2016

Adakah Kau Lupa Aku Dan Kau Hanya Hamba


Assalamualaikum

Kekayaan dan kemiskinan itu adalah ujian tersebar di dalam hidup kita. Allah menguji kita untuk melihat bagaimana saat kita punya segalanya dan ketika tak punya segalanya.

Seseorang pernah kata padaku :

" enjoy selagi boleh hidup ini!! Kau ada duit jadi gunalah enjoy , nanti dah tua-tua baru bertaubat"

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kerugian masa, kerugian usia yang kita persiakan.

Harta, kedudukan , wanita mahupun ilmu yang kita ada bukan untuk di megah, di tayang. Terlalu mendongak ke langit. Tetapi untuk di hargai dan di kongsi bersama. Kongsi itu bermakna kita bantu mereka memerlukan.

Kematian itu sebenarnya dekat dengan kita bila daun syurga jatuh maka tibalah ajal kita.

Mungkin kau lupa, aku dan kau hanya hamba.Hamba kepada yang Maha Esa. Kita hidup di dunia hanyalah untuk beribadah untukNya di samping melaksanakan tugas kita di muka bumi Allah.

Kemewahan diri bukanlah tanda kehebatan insan.Berteduh di bumi Tuhan.

Fikirkan saat nyawa ditarik keluar badan.Tiada siapapun yang tahu rahsia Tuhan.Siapa dulu pergi dulu mungin aku, mungkin kamu.Kau katakan tunggu dulu, kau belum 50.Sedang kematian lagi mengejarmu.Kerasnya hati masih gagal mengerti.

Bangunlah di malam sunyi
Bertanyakan pada Ilahi

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya.Kau fikir kau siapa? 

Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba

Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara.Bila bicara, bicaranya semua besar.Mendabik dada besar egonya.Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar.Hatinya hitam, kelam, terbungkam.


Jangan biarkan hati kita hitam, keras dan sukar mendengar nasihat orang. Banyakkan zikir.

Aku menulis untuk mengingatkan diri ini banyak kelemahan, ada keeogaan.Aku sedang berjihad melayan nafsu diri. 



Share This!


4 ulasan:

  1. Alhamdulilah, lirik yg penuh brmakna. Dengar byk kali x boring.

    BalasPadam
  2. dofollow blog ni.. terkedu apabila membaca bait-bait coretan yang begitu dalam maksudnya, semoga kita mengambil iktibar..

    BalasPadam
  3. ayat nanti tua baru taubat tu yg kena ubah, taubat dari sekarang kan lebih baik.

    BalasPadam
  4. SEMOGA DIJADIKAN TELADAN YG MEMENAFAATKAN DEMI KEBAIKAN DIRI.

    BalasPadam

Assalamualaikum
Sila Tinggalkan Sikit Kritikan Anda :)
Jana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails