Ticker

6/recent/ticker-posts

Semak Nama Sebelum Ke Luar Negara , Blacklist Atau Tidak ?

Assalamualaikum

Masing-masing sudah bersiap untuk rancang perjalanan ke luar negara dan ke tempat impian mereka. Ada juga sedang merancang untuk berbulan madu pada musim cuti ini. Tempat tarikan seperti Lombok, Turki, Phuket mahupun ke France dan sebagainya.

Persiapan dah buat, tiket dah beli. 

Dah update di laman sosial tarikh untuk keluar negara. Tapi bila hari kejadiaan tiba di imigresen tak dapat keluar kerana nama kita bermasalah.

Bermasalah bagaimana ?

Kebanyakan adalah kerana tidak membayar PTPTN atau ada hutang yang tidak di selesaikan.Jadi sia-siakan dah buat perancangan masa dan kemungkinan tiket burn macam itu sahaja.

Sebab itu hari ini acik nak kamu semak dulu nama kamu sebelum ke luar negara.


Caranya  adalah seperti di bawah : 

Langkah pertama : Pergi ke laman web Jabatan Imigresen Malaysia atau klik sini  




Langkah kedua : Masukkan I/C kamu dan klik semak 



Dan akhir sekali kamu dapat keputusannya, ini sebagai contoh. 



Bila tak ada halangan, jadi yeah jom bercuti !!!



Catat Ulasan

6 Ulasan

Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Suria Amanda berkata…
akak dah check..so far tiada halangan...hehehe...
paridah berkata…
kalau berhajat nk keluar negara eloklah semak nama takut ada aral gendalanya.
Pakcu berkata…
keladi sudah cek....hihihi nasib baik ok..sebab risau gak.....PTPTN selalu gak sakut bayar...huhuhu ......www.keladionline.com
Tanpa Nama berkata…
uisssh...nasib baik terbaca ...baru je book tiket utk holiday hujung tahun ni...
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Oyehhh oyehh takde takde blacklist hahahahha..jom bercuti