Ticker

6/recent/ticker-posts

Kemanisan Di Sebalik Ujian Dari Allah


 Assalamualaikum

Al-quran diturunkan kepada manusia sebagai manual kehidupan. Insan yang menghayatinya akan merasai kehebatan kalam Maha Pencipta. Kisah teladan dalam Al-Quran terlalu indah dan teralu hebat pengajarannya. Siapa yang menghayati kisah Nabi Yusuf dalam surah Yusuf pasti tersentuh hati dengan ujian yang dilalui oleh Nabi Yusuf dan bapanya Nabi Yaakub. 
Bagaimana Nabi Yusof yang berakhlak mulia menjadi mangsa dengki khianat saudaranya sendiri sehingga cuba dibunuh oleh saudara-saudaranya yang lain. Begitu kita dalam kehidupan ini. Akhlak yang sebaik mana pun yang ada pada kita, kita tidak akan terlepas dari perasaan benci, dengki dan khianat oleh manusia-manusia sekeliling kita. Itulah lumrah kehidupan ini, ada kebaikan dan ada juga keburukan. 
Tetapi walau sehebat mana pun perancangan manusia, tidak mungkin dan tidak sekali-kali akan dapat mengatasi kekuatan perancangan Allah. Perancangan Allah pasti terlaksana. Hanya yang dikehendaki Allah akan berlaku. Begitulah dinyatakan Allah di dalam Alquran surah Al-Imran ayat54 :
ÙˆَÙ…َÙƒَرُواْ ÙˆَÙ…َÙƒَرَ اللّÙ‡ُ ÙˆَاللّÙ‡ُ Ø®َÙŠْرُ الْÙ…َاكِرِينَ
“Dan mereka merancang,dan Allah juga merancang, dan Allah lah sebaik-baik perancang”
alquran
Allah menyelamatkan Nabi Yusuf yang dibuang ke dalam telaga oleh saudara-saudaranya. Baginda kemudiannya dibesarkan oleh seorang pembesar negara Mesir. Diuji lagi dengan godaan isteri pembesar tersebut dan kemudian beliau difitnah. Baginda kemudian dipenjarakan untuk tempoh masa yang lama. Begitulah Allah menguji hambanya yang beriman. 
Namun tiada keluhan dan rungutan sedikit pun daripada seorang Hamba yang soleh ini. Sehinggalah akhirnya, dengan rahmat Allah, Allah mengurniakannya kekuasaan di negeri Mesir kepada nabi Yusuf. Begitulah ketentuan Allah. Allah memuliakan hambanya selepas hambanya lulus bila diuji. 
Takkan terbanding ujian kita dengan ujian nabi Yusuf. Tapi hati yang beriman sentiasa redha dan merestui ujian yang diterima. Di sebalik ujian Allah, ada rahmat yang tidak ternilai harganya. Rahmat yang tak akan dapat dibayar dengan jutaan wang ringgit dan emas dinar. Hayatilah doa yang cukup  yang diadukan oleh nabi Yusof setelah diberi kurniaan oleh Allah diatas ketabahan hatinya:
 
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”. (Surah Yusuf 12: 101)

Catat Ulasan

3 Ulasan

paridah berkata…
UJIAN ALLAH PENUH DGN HIKMAHNYA
Unknown berkata…
setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya
Mama Kembar Tiga berkata…
Allah knows best. Yakin itu je