Ticker

6/recent/ticker-posts

Siti Khadijah Menjadi Teladan Wanita Moden Masa Kini


ehsan google

Assalamuailaikum

Selain kisah cinta Romeo dan Juliet, bagi umat Islam, kisah cinta yang tidak kalah indah adalah kisah cinta Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Bukan hal yang mudah menjadi pasangan seorang rasul, maka kehadiran Siti Khadijah di tengah perjuangan Nabi Muhammad SAW tentulah istimewa.

Dibandingkan kepada isteri yang lain, rasa cinta Nabi Muhammad SAW terhadap Siti Khadijah sangat besar.Sedangkan setelah meninggal, Nabi Muhammad masih sering membicarakan arhamhumah isterinya. Sebuah rasa cinta yang teramat besar.

Untuk wanita, kamu semua belajar banyak dari teladan seorang wanita bernama Siti Khadijah. Teladan yang boleh kita pelajari antaranya.

Menjadi Seorang Janda Yang Di hormati

Di masa kehidupan Siti Khadijah, wanita adalah kaum yang di pandang rendah kedudukannya dan tidak ada harganya, apalagi seorang janda. Siti Khadijah pernah diceraikan suaminya, tetapi beliau telah memiliki takdir sebagai pendamping seorang Rasulullah. Inilah bukti bahwa tidak selamanya seorang janda itu hina dan boleh dipandang sebelah mata . Jika seorang wanita dapat menghormati diri dan perilakunya, maka status apapun yang disandang, dia selayaknya menjadi wanita mulia yang suatu saat akan memuliakan seorang lelaki dan keluarganya.

Berdikari sebagai usahawan

Sudah menjadi rahasia umum bahwa Siti Khadijah adalah seorang usahawan atau saudagar sukses dan kaya raya. Tidak banyak wanita yang yang mampu berdikari di masa itu, apalagi menjadi seorang saudagar sukses. Inilah bukti bahwa wanita bukan makhluk yang lemah. Wanita dapat menghargai dirinya sendiri dengan menjemput rezekinya dengan berdikari. 

Tidak Menilai Lelaki Dari Kekayaannya Semata-mata

Sebagai wanita cantik dan kaya, banyak lelaki kaya yang ingin melamar Siti Khadijah. Beberapa pelamar itu adalah orang-orang yang berasal dari keluarga kaya dan bersedia membayar berapapun mas kawin yang diinginkan Siti Khadijah. Tetapi wanita mulia tersebut menolak lamaran yang datang secara halus. Harta bukanlah satu-satunya penilaian dalam memilih pasangan hidup.


Melamar Terlebih Dahulu

Jika kamu sering membaca kisah cinta Siti Khadijah dan Nabi Muhammad SAW, kamu pasti tahu bahwa Siti Khadijah yang terlebih dahulu menyatakan keinginannya untuk menikah dengan Rasulullah. Melalui sahabatnya, Siti Khadijah menyampaikan keinginan itu. Hal ini menjadi sebuah jalan bagi wanita untuk tidak malu atau takut mengutarakan keinginan hatinya menikah dengan seorang lelaki baik, soleh dan berakhlak mulia. Menikah adalah tujuan yang mulia, jadi tidak perlu malu untuk sebuah tujuan mulia yang suci. Kalaupun lamaran itu tidak diterima, janganlah malu, kerana Allah SWT pasti punya jawapan terbaik untuk menjawab jodoh seorang wanita.

Isteri Yang Taat Pada Suami

Dibandingkan dengan lelaki kaya raya yang melamar Siti Khadijah, kekayaan Rasulullah saat menikahi Siti Khadijah tidaklah besar. Tetapi Siti Khadijah memilih lelaki dengan akhlak mulia. Beliau tahu bahawa tugas seorang isteri adalah mendampingi suami. Siti Khadijah juga taat dan tidak membawa nama besar keluarganya atau kekayaan yang dimiliki untuk mengurangi rasa hormatnya pada Rasulullah. Pilihlah lelaki yang taat dan memiliki akhlak mulia, juga lelaki yang rajin dan pantang menyerah menjemput rezeki halal.

Itulah beberapa teladan Siti Khadijah yang dapat menjadi inspirasi wanita modern.Untuk jadikan panduan dan teladan bersama.Semoga ianya membantu kamu semua.

Catat Ulasan

4 Ulasan

Nieyla Nadia berkata…
Singgah petang...:)
InsyaÁllah...terima kasih atas peringatan dan perkongsian yang di share...
Mudah-mudahan teladan yang baik itu di ikut sampai bila²..Amin..
paridah berkata…
n3 yg menarik n membuka minda
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Alhamdulillah satu perkongsian yg menarik..tq acik
Yaya Yuki berkata…
perkongsian yang baik :) terima kasih.