Ticker

6/recent/ticker-posts

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantiketuntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantiketuntukmati

''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 

''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 

''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengelilingi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihati dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.
Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulukan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

Jum kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantiketuntukmati.

Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

Catat Ulasan

4 Ulasan

eizz berkata…
Wah. Hebat dan tabah nya beliau :)
dd berkata…
Semangat beliau walaupun menghidapi kanser tahap 3 memang mengagumkan.. Semoga kisah beliau menjadi inspirasi kepada orang ramai.

#cancerbukantikeruntukmati.
jusinfiniti berkata…
Salam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat.. hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 017468 7570 mohd zuhairi… Hubungi saya sgera..nanti sy akn bmbing puan n tuan bgaimna hrus d lakukan n tndakn yg tpt plu d buat msa dpt knser n bgai mna hndak rwat kn...boleh sertai grup psakit2 knser sy n mlhat testmni yg amat bnyk...kita bley bbncng bgai mna nk mrawat...sy n psakit2 yg dh smbuh or yg msih d rwat n mkin sht akn bmbing n tnjuk ajar tuan n puan n bg smgt motivasi...jgn kita kseorangan...bla ksorangan...sllu kita akn lmah n down...sertai sy n hbungi sy scpt mkin utk lhat testmni2 mnarik sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

Layari laman web jusinfiniti.blogspot.my utk testimoni dan jika mahu lebih banyak lagi jadi lah ahli grup psakit2 saya anda akan bertemu lebih banyak pesakit2 yang telah sembuh dan juga pesakit2 yang masih sedang berjuang melawan kanser