Ticker

6/recent/ticker-posts

Kita di pertemukan untuk kita menjadi insan lebih baik



Assalamualaikum

Seperti biasa hari jumaat ada sedikit perkongsiaan bersama dan alhamdulilah ambil iktibar, kepada yang belum baca boleh baca kerana kisah ini amat menarik.

Kisah ini bermula di ruang tamu , apabila si abah bertanya kepada anaknya yang baru pulang dari Jordan. 
Abah: "So dah decide siapa yang kau nak kahwini?"

Pemuda: "Dah. Saya pilih yang berpurdah full package."

Abah: "Abah bantah sekeras-kerasnya."

Pemuda: "Kenapa abah?! Katakan kenapa?! Katekanlah!"

Abah: "Abah nak kau pergi lamar minah yang baru lepas STPM yang jual pisang goreng dekat corner tepi rumah Kak Bedah, Jalan Ampang, tepi kedai telefon, sebelum round about , traffic light  yang ketiga setelah balai polis tu."





Pemuda: "HAH!!? Ni masa depan saya, abah! Abah tak boleh paksa!"

Abah: "Redha orang tua boh! Tak guna abah hantar kau ke Jordan belajar agama kalau kau melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni."

Pemuda: "HMPH! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho."

Pemuda tu dah kenal sangat minah tu. Dengan seluar jeansnya, dengan tshirt ketatnya, dengan tudung pendeknya. Ah, langsung tak ada ciri-ciri isteri solehah idaman kalbunya.

Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran keluarga si pemuda. Setelah kahwin, maka tinggallah si pemuda dengan minah tu.

Suami: "Kalau saya suruh awak something boleh tak?"

Isteri: "Boleh. Saya isteri awak sekarang."

Suami: "Awak pakai purdah boleh tak?"

Isteri: "Boleh..tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama, cara nak solat dengan betul, perbetulkan mandi hadas saya, ajar saya al-Quran..serious, selama ni saya nak belajar agama, cuma tak tahu nak belajar dengan siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. Tak cukup hanya belajar di sekolah. Cikgu tak tumpu pada saya, tapi satu kelas."

Suami: "Emm..insya-Allah.." (Rasa sebak dalam hati)

Pemuda tidak sangka, gadis yang disangka buruknya itu lebih mudah menerima didikan dan ajarannya. Tidak perlu dipaksa untuk belajar. Mudah menyerap segala ilmu yang diajar bila hati berkeinginan untuk belajar. Lama-kelamaan, kasih tersemai, hati bertaut.

Pemuda: "Terima kasih, abah."

Abah: "Bagus, inilah dakwah seorang suami. Kita bukan nak petik mawar berduri. Tapi kita nak tanam, baja dan semai pokok bunga mawar. Bunga mawar yang dipetik, pasti layu. Tapi bunga mawar yang bersama dengan pohonnya insya-Allah terus segar. Kau paham tak?"

Pemuda: "Faham, abah. Anda mampu mengubahnya."

Abah: "Salah tu. Anda mampu mendidiknya."

Pemuda dan abahnya ketawa bersama.

Pemuda dan isterinya hidup bahagia hingga akhirnya. Yang jahil boleh jadi solehah. Yang tak pakai purdah boleh dipakaikan purdah.
Segalanya mungkin.

Dengan iman dan keyakinan tinggi pada Allah.

Catat Ulasan

1 Ulasan

paridah berkata…
SEGALANYA BERLAKU KEHENDAK ALLAH