Yayasan Qaseh Zy Phyto : program peningkatan aspek aqidah,identiti diri dan memperkasa ekonomi setempat | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Isnin, 16 Julai 2018

Yayasan Qaseh Zy Phyto : program peningkatan aspek aqidah,identiti diri dan memperkasa ekonomi setempat



Pembangunan komuniti merujuk kepada usaha meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan serta kualiti hidup komuniti setempat. Usaha ini boleh dilaksanakan oleh komuniti sendiri atau komuniti bersama-sama dengan agen-agen pembangunan, pihak kerajaan ataupun bukan kerajaan.Acik sangat kagum pada komuniti-komuniti yang di bangunkan untuk membantu mereka yang memerlukan untuk setempat mahupun di nusantara. 

Salah satu adalah Yayasan Qaseh Zy Phyto

Latar Belakang Penubuhan Yayasan Qaseh Zy Phyto


 

Penubahan YQZP bertitik tolak daripada cetusan idea Tuan Zaidi bin Yusoff, CEO Syarikat ZY Phyto Tech Industries Snd Bhd ( Kini ZY Holdings Sdn Bhd). Beliau telah mengamanahkan Tuan Salehhin Bin Hassan sebagai Pengarah Urusan YQZP pada ketika itu.Alhamdulilah Yayasan Qasseh ZY Phyto (120934-W) telah diperakui sebagai sebuah badan atau syarikat berhad mulai 17 November 2016. 

Antara tujuan utama penubuhan YQZP adalah untuk memperkasa sosio ekonomi ummah melalui jaringan perniagaan,pembangunan ilmu, latihan serta usahasama sahabat secara istiqamah disamping meningkatkan keteguhan diri melalui program peningkatan dari aspek aqidah (kerohanian), identiti diri (Psikologi dan motivasi diri) dan memperkasa ekonomi setempat menerusi rantaian perniagaan utama ZY Phyto sendiri. 

Puan Sharifah Ameelia Akma, yang merupakan Kumpulan Pengarah Eksekutif ZY Phyto, antara orang kuat yang kehadapan dalam pengembangan aktiviti kemanusiaan, pembentukan insaniah, mendorong staf dalam pelbagai aktiviti dalaman & luaran, terutama pendedahan dan penglibatan serta merta dalam kerja-kerja dan aktiviti kesukarelawan, Puan Amelia turut berusaha bekerjasama dengan kumpulan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan melalui aktiviti-aktiviti semasa di bawah payung YQZP dan Akademi ZY Photo. 






Ahli lembaga pengarah Yayasan Qaseh Zy Phyto terdiri daripada :

- Encik Zaidi Bin Yusoff
- Puan Sharifah Ameelia Akma Binti Mohd Ramly
- Encik Salehhin Bin Hassan
- Encik Saiful Izham Ramli

Antara program-program yang telah di anjurkan seperti di bawah ini. 


 




Berikut adalah senarai badan badan yang di sokong oleh Yayasan Qaseh Zy Phyto . Antaranya ialah :

- Rumah Pertiwi Kuang
- Rumah Perlindungan As Safiyah Alam Jaya 
- Tahfiz Al Hidayah Kapar
- Tahfiz Al Falahiyah Subang
- Tahfiz Seksyen 13 Shah Alam 
- Pusat Tahfiz Sungai Merab 
- Pusat Dialisis Mais 

Alhamdulilah semoga usaha murni ini di teruskan lagi dan acik berharap sangat satu hari nanti menjadi sebahgiaan dari mereka untuk menyertai aktiviti kemasyakarat yang akan dijalankan.

Share This!


3 ulasan:

mas saari berkata...

Terbaiklah Yayasan Qaseh ni, banyak bantu orang yang memerlukan.

Hasliynda Umairah berkata...

perkongsian terbaik

Dewi Aja berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails