Ticker

6/recent/ticker-posts

5 Tempat makan/lepak "recommend "di Kemaman, Terengganu


Asslamualaikum

Acik seminggu kau tak update laman sosial kau, kemana menghilang ? , tanya seorang kenalan.

Aku bawa diri ! haha tidaklah aku berkursus di INTAN Wilayah Timur, jawabku.




alhamdulilah untuk kursus kali ini sangat seronok bertemu dengan ramai orang hebat.Kali ini acik sertai Kursus Protokol dan pemgurusan majlis siri 3/2018. Tenaga pengajar yang berpengalaman iaitu Puan Rahayu dan Puan Noni.

Rasa bertuah,banyak ilmu baru yang di dapatkan.

Terlanjur ke Kemaman apalagi kita singah cari tempat makan yang menarik di sekitarnya.

1.Warung Aziz Satar.









Disana terdapat banyak banyak kedainya tetapi acik singgah di cawangan di tepi jalan. Sungguh sedap keropok losongnya, ada ikan celup tepung, sotong, telur sotong celup tepung, ketam dan paling penting di sini satarnya sedap dan pedas-pedas sedikit.

Kedai yang ini harga sangat berbaloi.

2. Keropok Kering

Di sana, kiri kanan semua orang jual keropok, kedai delima ada, keropok 101 , cap gasing dan pelbagai lagi. Tak jadi masalah pergi sahaja ikut keselesaan.Acik beli di chenor di kedai Delima.

3. Hai Peng Kopitiam




Kopitiam ini sangat popular dikalangan penduduk tempatan mahupun orang luar. Orang kata tak singgah tak sah. Halal ke?

InshaAllah Halal dan kena tahu kedainya.Lokasi belakang Maybank Jalan Chukai Utama.

Pekena Kopi dan roti bakar, perghh memang sedap. 

4. Lemang Kijal



Kalau nak makan lemang bukan perayaan pergi ke Kijal. Situ sederet penuh orang jual lemang dan murah !! ada 3 batang RM 10 dan ada juga 4 batang RM 10. Kalau kat johor tak dapat.

5. Laguna Ikan Bakar



Ok kalau boleh la singgah di kedai ikan bakor Laguna.Kedai yang menarik dan cantik, dekat dengan pantai.Masakan pon sedap.

menu:
stong ikan masing
sotong bakar berempah
udang masak nestum
lala masak pedas
tomyam campur

boleh cube dia punye udang masak nestum dan lala masak pedas disini. Sedapnya !!

Ok ada lagi tempat di Kemaman ? boleh kabo dengan acik nanti acik tambah.

Catat Ulasan

2 Ulasan

terengganu memang kaya dengan makanan
Ridzuan berkata…
Kemaman tempat orang kaya makan.