Gempak Habis !! Jalur Gemilang Di "Anime" kan Sempena Olimpik Tokyo 2020 | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Rabu, 12 Jun 2019

Gempak Habis !! Jalur Gemilang Di "Anime" kan Sempena Olimpik Tokyo 2020




Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Sukan ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19. Sukan ini yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas telah diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia.

Sukan yang di nantikan dimana mengumpulkan seluruh pelusuk dunia atlet-atlet yang bakal bersaing menjadikan dia insan terhebat di dunia. Sukan Olimpik 2020 di mana Tokyo,Jepun menjadi tuan rumah yang bakal membuka tirai Julai tahun depan. Sebagai persediaan bagi menjelang sukan tersebut, sebuah website iaitu https://world-flags.org/ telah mengambil satu inisiatif bagi mewujudkan anime-anime mengikut negara yang bertanding. 

30 negara yang mendapat layanan istimewa itu termasuklah negara-negara ASEAN seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, dan Filipina.

Samurai Malaysia diberi nama ‘Child of the Sun and Moon’ dan hadir dengan pakaian tradisional Jepun berwarna biru, merah dan kuning yang sama dengan warna bendera kita iaitu Jalur Gemilang (Stripes Of Glory).

Menurut kata laman web Word Flag ini bukanlah projek rasmi tetapi usaha yang ditampilkan sangat menakjubkan dan pengikut anime seluruh dunia pasti teruja !!!

Malaysia


Singapura


Indonesia


Thailand


Filipina



 Nak tengok negara lain lagi ? boleh lihat di bawah ini.
 

Share This!


1 ulasan:

mummy_ayu berkata...

wah..memang gempak!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails