Ticker

6/recent/ticker-posts

10 Iklan Raya 2022 Yang Perlu Ditonton Yang Pasti Akan Menyentuh Perasaan

 

Kita dah tiba, 6 malam yang terakhir di bulan ramadhan. Rasa rindu dan sayang nak tinggalkan bulan yang penuh hikmah ini. Semoga kita manfaatkan masa yang ada, dan raya nak tiba ! Hari kemenangan yang di nanti-nantikan dan bermaaf-maafan..

Rasa tak lengkap bila tiba hari raya jika kita di hidangkan dengan iklan atau shortfilm yang menarik.

Sambil-sambil boleh saksikan 10 iklan terbaik pilihan acik. Pada acik mesej yang di sampaikan ada mesej yang sangat bermakna dan paling kelakar. Seperti biasa kita mesti nanti-nantikan iklan petronas yang tak pernah mengecewakan, mampukah yang lain menandinginya ?
 
10 Iklan Raya terbaik 2022
 

10. Jati Singnature Rasa Kasih Aidilfitri
 
Mungkin lupa segalanya. Tetapi, Rasa Kasih tetap dihati. Ditujukan kepada semua Ratu dihati - IBU yang mengorbankan segalanya dan memberikan hanya yang terbaik untuk keluarga tersayang. 
 

 


9. Iklan Raya Mr Diy 2022 : Ke Pangkuan

Seorang anak yang kecewa. Seorang ibu yang diduga. Mampukah mereka kembali bahagia bersama. Tonton filem penuh dalam filem Raya MR.DIY tahun ini untuk kesudahannya!
 
 


8. Iklan Raya Hari-Hari 2022 - Hargai Selagi Masih Ada

Anda pernah lihat situasi begini? Ya. Ini hanyalah lakonan tetapi adakah anda sedar situasi ini kerap berlaku di saat yang anda sendiri tidak percaya. Ianya seperti lumrah kehidupan tetapi apa yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan perkara ini berlaku? Harta dan wang ringgit memang penting tetapi bila berlaku sesuatu pada anda, siapakah yang dicari? Hargailah insan di sekeliling anda selagi mereka masih ada. Dunia ini hanya sementara. Berkasih sayang lah hingga ke hujung nyawa
 
 
 

7. Maxis Iklan Raya 2022 | Last Kopek #RiangRayaMaxis

Bila buat persembahan, kadang-kadang ramai orang, kadang-kadang sunyi saja. Tapi sekumpulan pemuzik jalanan diketuai oleh Usop ini tetap mencuba pelbagai cara untuk meneruskan kehidupan. Mampukah mereka kekal bersama dan menempuh segala halangan sebelum Hari Raya menjelang tiba?
 
 
  

6. Tujuh Hari di bawah Matari #RayaSLK | Iklan Raya Astri 2022

"Semangat Lebaran Kita datang dari niat yang ikhlas" ASTRO mempersembahkan TUJUH HARI DI BAWAH MATAHARI. Sebuah filem pendek raya ASTRO 

5. Etiqa 2022 Raya- Wasiat

Mereka sepatutnya mencari ‘sesuatu’ di rumah pusaka mereka. Tetapi, mereka terjumpa ‘sesuatu’ yang lain yang sangat mengejutkan!

 
 
 

4. Pesan Atuk -Iklan Raya Agrobank 2022

Tersebutlah kisah dua insan, Di desa nan permai terjalinnya ikatan, Selembar pesanan jadi pedoman, Ambil yang baik jadikan tauladan. Saksikan iklan raya “Pesan Atuk”, nukilan istimewa Agrobank untuk anda semua. ‘Berbudi pada tanah, tanah tak tipu’ - Atuk
 

 

 

3. Drama Raya 2022, Atok Dah Tak ada

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa.. Saksikan Drama Pendek "Atok Dah Tak ada" Ramadan ini 
 

 

2. #KembaliAidilfitri -Iklan Raya Boboiboy 2022

Setelah sekian lama, Tok Aba pulang ke rumah lamanya di Kota Hilir sambil ditemani oleh BoBoiBoy dan kawan-kawannya.
 


1.  Sadaqah | Hari Raya 2022
 
Sambil berusaha untuk memperbaiki dan memperbaharui kehidupan kita sendiri, semoga kita sentiasa bersedia untuk membantu dan berkongsi ilmu dengan orang yang memerlukannya.


so macam mana ? 
 
 
 
Kalau ada lagi best sila kemukan di ruangan komen. Boleh di ambil kita dan akan di tambah. 
Acik sendiri tertunggu-tunggu untuk Petronas. Kita tunggu dan lihat
 
 
  

Catat Ulasan

0 Ulasan