Pengikut

Isnin, 5 September 2011

Miliki Ijazah cinta


Assalamualaikum

Hai semua wah rasa rendu tangan nie nak menaip so apa lagi ambil kesempatan nie untuk berkongsi cerita kepada kamu semua.Sebelum tu jom la senyum dulu baru semangat mahu cerita nie.Semua orang layak untuk rasa cinta dan di cintai .Dalam dunia nie semua orang akan perkatakan tentang cinta termasuk cinta kepada ALLAH ,Nabi & rasul,Keluarga dan kawan-kawan. Hari nie acik nak berkongsi tentang cinta manusia, cinta yang selami nie dicari oleh insani.Dan tajuk hari nie Miliki Ijazah cinta.

Wah kalau kat dunia nie ada ijazah cinta acik pon nak amik kos tu, but nie hanya sekadar ungkapan kepada si pencari cinta yang konon mencari cinta yang sejati.


Apa itu cinta ??

Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

“Hanya dengan mencintailah, kita dapat belajar mencintai.” (Iris Murdoch)

tapi mahukan ijazah cinta sebenarnya adalah mudah semudah ABC hahaha yang paling penting mesti ada sifat-sifat

JUJUR, AMANAH, BERTANGUNGJAWAB, BERI PERHATIAN, TIDAK CURANG, BERSANGKA BAIK, ROMANTIK, SETIA, IKHLAS , LEMAH LEMBUT, BERHATI MULIA, SUKA TOLONG MENOLONG DAN SEBAGAINYA...

adehh penat nak menaip ciri-ciri yang di kehendaki oleh semua manusia pada pasangan mereka.Sebab orang nie suka yang perfect & terbaik sebab tidak mahu kecewa. Untuk mendapatkan cinta sejati selalu akan di uji.

ok acik akan beritahu rahasia ijazah cinta adalah ...


1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

Firman Allah s.w.t:

“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.


Maksud firman Allah s.w.:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)


mudah sekali jika kita ingin dapatkan ijazah cinta hanya muhasabah diri dulu dan janji ALLAH akan berikan yang terbaik untuk kita. Yang penting kita berusaha mencari keredhaan ALLAH yang pasti membuat kita rasa nikmatnya cinta.

Firman Allah:

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Maksud surah al-Nur 24:26]


jika anda dapat melakukannya maka anda layak untuk mendapatkan ijazah cinta dan anda akan rasakan cinta yang sejati .Cinta manusia itu diberikan oleh ALLAH,kepada DIAlah tempat kita mengadu & meminta...insyaALLAH akan dapatkn cinta sejati dari manusia..adios


Share This!


15 ulasan:

Muhamad Zulkarnain berkata...

jom join contest hebat http://zulzol.blogspot.com/2011/08/hari-raya-photo-contest-2011.html segera,selagi masa masih ada

Aku Penghibur berkata...

wokey :)

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine berkata...

cinta kpada allah adalah cinta yang agung :)

CIK CHIPSMORE berkata...

hhhiiiikkk...betul2..kalau ader kos "cinta" kat mane2 kolej..leh jerk wanie nak isi borang kemasukan jan2012..hahaha..

Aku Penghibur berkata...

hihihihhi wah smgt tol hiihihih

RabiatuL AdawiaH berkata...

cinta yang paling indah kita akan rasai bila setiap detik kita mengingatiNYA.. hehe, ayat mcm dr cinta plk.. :)

Aku Penghibur berkata...

ok la tu :)

*rainyscream* berkata...

cinta itu subjektif. Tapi cinta kepadaNya yang paling penting~ :P

eryna berkata...

~Mashi~(^,^~)~Mashi~

Aku Penghibur berkata...

rainscreamm btl tu :)

Terbang Bersamaku berkata...

Nice entry.....=)

~cinta kepada dunia dan manusia hanyalah sementara, yang kekal hnayalah cinta kepda -Nya Yang Maha Kuasa..

amirulspurs berkata...

best ke bercinta? hikhik

Aku Penghibur berkata...

terbang bersamaku yup setuju 10000%

Aku Penghibur berkata...

amirul best jgk time happy time x happy x best la

yad'z berkata...

susah nak capai ijazah cinta ni. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails