Ticker

6/recent/ticker-posts

Darul Ulum Yasin Al-Fadani (DUYAF) kini dibuka dan ayuh bantu pembinaan bangunan Tahfiz Ini.


 Assalamualaikum 

Setiap kita pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita.Anak-anak kita yang memiliki ilmu agama dunia dan akhirat dengan seimbang. Biarlah mereka dibimbing ke syurga dan percaya ramai ibu-bapa inginkan keadaan begitu. Saya percaya jika dari awal pendidikan dan pendedahan, anak yang masih mentah dan kosong itu akan mudah menghayati perjalanan hidup ini dengan begitu indah apabila mempelajari ilmu agama sebetulnya.

 Pernah dengar Darul Ulum Yasin Al-Fadani (DUYAF) ?

Darul Ulum Yasin Al-Fadani (DUYAF) telah ditubuhkan pada 10 Januari 2019.DUYAF beroperasi di Kampung Ajai, Raub Pahang. DUYAF ketika ini mempunyai 5 orang pelajar dan 2 orang ustaz sebagai tenaga pengajar. DUYAF memiliki kemudahan/fasilati seperti asrama, musolla, dapur dan bilik air. Bangunan asrama boleh memuat pelajar lebih kurang 40 orang dalam sesuatu masa tetapi disebabkan ketika ini negara kita dan seluruh dunia menghadapi pendemik covid 19 utuk sekarang asrama hanya dapat memuatkan 20 orang pelajar mengikut SOP KKM seperti penjarakan 1meter dan katil double decker.Musolla/bilik darjah boleh digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah dan dijadikan sebagai bilik darjah.
 

Modul pembelajarannya adalah : 

Fulltime menghafal Al-quran..
-kitab mantan jurumiyah-nahw
-kitab risalah jami'ah
-kitab fekah syafie
-bahasa inggeris

Untuk sekarang juga pengambilan dibuka.

Syarat-syarat kelayakan:

  • Pelajar lelaki sahaja
  • Berumur 10-16 tahun
  • Boleh membaca Al Quran dengan lancar satu kelebihan
  • Sifat tubuh badan
  • Bersedia mematuhi peraturan Maahad.  

 


Alhamdulillah DUYAF sudah menerima sebuah bidang tanah seluas 1 ekar lebih di Kampung Ulu Gali, Raub Pahang.insyaAllah pihak DUYAF berhasrat membina bangunan tahfiz yang lebih luas dan selesa untuk masa hadapan..

Oleh itu marilah sama-sama membantu menyalurkan dana bagi membina bangunan tahfiz ini. 

 

Darul Ulum Yasin Al-Fadani

Bank Isalam 

06046010022962




Catat Ulasan

0 Ulasan