SUCIKAN HARTA ANDA, JANGAN AMBIL HARTA HARAM DAN KETAHUI CARA UNTUK SUCIKAN HARTA YANG BUKAN MILIK KITA | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Khamis, 10 Disember 2020

SUCIKAN HARTA ANDA, JANGAN AMBIL HARTA HARAM DAN KETAHUI CARA UNTUK SUCIKAN HARTA YANG BUKAN MILIK KITA

 


 Assalamualaikum

Kalau sebut siapa nak kaya ?

Pasti ramai yang angkat tangan untuk jadi kaya. Kaya itu tak salah, yang salah menjadi kaya dengan cara yang salah. Sanggup buat apa sahaja untuk capai target untuk menjadi kaya dengan cepat. Sehingga ada dalam sedar atau tidak terjebak dengan urusan kerja secara haram hingga menjadikan sebagai sumber rezeki harian untuk diberikan makan kepada ahli keluarga.

Menjadi darah daging kita, Nauzubillah jauhkan lah. 

Terlalu banyak sekarang skim cepat kaya, yang manupulasi dengan pelbagai skim yang sekarang ini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sangat menakutkan dan yang menjadi mangsa adalah semasa kita orang islam 

Apa itu Wang Haram atau Wang Tidak Patuh Syariah ? 

Harta atau wang tidak patuh Syariah merujuk kepada semua jenis harta yang diperolehi yang bertentangan dengan Syariat Islam. Harta tersebut dikategorikan sebagai pemilikannya yang tidak diiktiraf oleh syarak, walaupun dari sudut komersial atau ekonomi ia mempunyai nilai seperti hasil riba, rasuah, judi atau berlaku percampuran aktiviti yang dibenarkan oleh syarak dengan yang diharamkan.

Pekerjaan yang bagaimana ?

Antara ‘pekerjaan’ yang haram dan syubhah ialah memperdaya orang, menipu, menawarkan pelbagai skim cepat kaya yang diragui, mengadakan transaksi riba, mengambil deposit wang secara tidak sah, menyertai pelaburan saham tidak patuh syariah, menyalahgunakan kuasa, memberi dan menerima rasuah dan bermacam-macam lagi. 


Harta atau wang tidak patuh syariah adalah haram, tidak boleh digunakan bagi tujuan kepentingan diri sendiri atau keluarga, sebagaimana yang dapat difahami dalam firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah..” (Al-Baqarah 2:188)

Firman Allah SWT mafhumnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu”. (Al-Nisa’ 4:29)

 Walaupun kita amat digalakkan menceburi bidang perniagaan kerana dikatakan 9/10 daripada rezeki adalah datangnya dari perniagaan, tetapi hendaklah daripada perniagaan yang halal dan sah.    

Tidak syak lagi ramai umat Islam kini telah tidak mempedulikan halal dan haram sebagaimana yang telah diperingatkan oleh Rasulullah SAW sendiri kepada kita melalui hadis baginda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa:  "Pasti akan datang suatu zaman di mana manusia tidak lagi mempedulikan dari mana hartanya diperoleh, apakah dari jalan yang halal atau haram.” (Riwayat al-Bukhari)

Merinding apabila membacanya, takutnya semoga kita tidak seperti itu.Dalam konteks harta yang haram dan syubah ini, ia sememangnya tidak boleh dijadikan rezeki atau dimiliki dan sebaliknya hendaklah dikembalikan kepada pemilik asal. Imam Nawawi menyatakan bahawa kaedah penyucian harta yang haram adalah dengan bertaubat, memulangkang semula kepada pemilik asalnya atau warisnya dan membelanjakan bagi maksud maslahah umum.

Rezeki yang haram tidak boleh disucikan dengan zakat. Zakat hanya disucikan melalui sumber rezeki kita yang halal sahaja. Ia sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Taubah: ayat 103)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakim, Rasululullah S.A.W. bersabda, "Barangsiapa yang mengumpulkan harta yang haram kemudian mendermakannya, tiadalah baginya sebarang pahala (kerana harta itu bukan hartanya) dan penanggungan dosanya kekal (sehingga bertaubat)“

Maka dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk menjauhkan diri daripada bertransaksi dengan urusan-urusan yang melibatkan perkara-perkara haram atau diragui kehalalannya.

Allah SWT telah memperingatkan kita supaya janganlah mengambil harta yang haram sebagaimana maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah: 188).

Sebagai sebuah organisasi ulung yang bertanggungjawab mentadbir dan memegang amanah harta-harta orang Islam, MAIS berperanan untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada seluruh umat Islam berkenaan peri pentingnya mengurus harta secara bijaksana sebagaimana yang dituntut oleh hukum syarak.

Pelbagai cabang pengurusan harta Islam telah diteroka dan hasilnya ia direalisasikan untuk manfaat seluruh umat Islam negeri ini. Aplikasi pelaksanaan sesuatu perkhidmatan itu dikaji dari segenap segi bagi memastikan perjalanan atau proses perkhidmatan yang dilaksanakan sentiasa bersandarkan kepada hukum syarak.

Mengambil pendekatan di atas, salah satu terimaan yang diperolehi di MAIS adalah melalui serahan wang tidak patuh syariah. Wang tidak patuh syariah boleh dikatakan sebagai istilah baru bagi mengambil pakai penggunaan nama wang haram atau wang syubhah yang bersesuaian dengan arus kemodenan masyarakat ketika ini.

 Majlis Agama Islam Selangor merupakan pilihan cara pelupusan yang utama

Penyerahan kepada Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor merupakan pilihan cara pelupusan yang utama, selamat dan meyakinkan serta mampu menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi umat Islam sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 7, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003: “maka hendaklah menjadi kewajipan majlis untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di dalam negeri Selangor selaras dengan hukum syarak.”

Serahan wang tidak patuh syariah boleh dibuat secara tunai atau cek di kaunter Baitulmal ibu pejabat atau pejabat-pejabat agama Islam daerah dalam negeri Selangor atau didepositkan ke akaun :

Bank Islam Malaysia Berhad, 

no. akaun 12-038-01-009567-6 

atau cek atas nama 

“Majlis Agama Islam Selangor” 

 

atau pindahan wang melalui sistem e-MAIS di http://fpx.mais.gov.my/epay/syubhah.php . Info lanjut boleh layari laman wub MAIS di www.mais.gov.my

Semoga dengan penyucian harta ini diterima dan diberkati Allah SWT.

Buang ego kita, ketepikan kata itu hak aku terserah aku mahu lakukan apapun.Hubungi segera Majlis Agama Islam Selangor minta pandangan dan semoga ALLAH permudahkan urusan kita. 

 

 

 

Share This!


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails