Assalamualaikum
Alhamdulilah hari ini, dapat lagi bernafas di muka bumi Allah. Sebelum tu entri ini atas permintaan seorang rakan facebook untuk peringatan bersama. Mungkin ada yang tahu ? jadi kita sebarkan kepada yang tak tahu.
1) Gincu-Gincu yang diuji oleh sebuah kumpulan hak pengguna di Amerika Syarikat mendapati bahawa lebih separuh daripadanya mengandungi plumbum atau logam "Lead".
2) Kumpulan ini telah mengadakan 'Kempen Kosmetik Selamat' dan telah menguji gincu-gincu
merah daripada 33 jenama dengan menggunakan khidmat Kumpulan Penguji
Bodycate dari Santa Fe Spring, California. Hasilnya ia mendapati 61
peratus daripada gincu-gincu itu mempunyai kadar plumbum di antara 0.03 hingga 0.65 bahagian persejuta.
3) Gincu-Gincu tersebut termasuk daripada jenama terkenal seperti klik sini telah diuji positif mengandungi lebih banyak plumbum atau lead daripada jenama-jenama lain. Sepertiga daripada gincu tersebut didapati mengandungi kadar plumbum melebihi had 0.1 bahagian per sejuta yang telah ditetapkan untuk gula-gula oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika (FDA).Pihak FDA belum lagi menghadkan apakah kadar plumbum yang selamat dalam gincu.
4) Gincu seperti gula-gula, mudah masuk ke dalam tubuh. Sekiranya termakan, ia akan menimbulkan berbagai masalah kesihatan termasuklah kanser.
Apakah itu Plumbum atau Lead?
Plumbum
merupakan bahan kimia yang telah digunakan berkurun-kurun lamanya. Ia
diklasifikasikan sebagai logam berat yang tidak mempunyai sebarang
faedah dari segi kesihatan dan disifatkan sebagai racun. Apabila
seseorang tersentuh atau terhidu sesuatu benda yang mengandungi plumbum, ia boleh meresap masuk ke dalam badan dan kekal di dalamnya dalam tempoh yang lama.
Apakah Plumbum merbahaya?
Ya, Plumbum
boleh menyebabkan masalah pembelajaran, kurang beri tumpuan, penguasaan
bahasa dan tingkahlaku seperti lemah dalam pelajaran serta tabiat lebih
agresif. Wanita hamil dan kanak-kanak kecil paling mudah terjejas.Untuk
wanita pula ia boleh menyebabkan kanser buah dada, masalah mandul,
keguguran, menganggu sistem peredaran darah dan bengkak bibir yang
serius.
Mengapakah Plumbum dimasukkan ke dalam Gincu?
Soalan yang bagus... Plumbum atau Lead dimasukkan ke dalam Gincu
untuk menjaga agar bibir tahan pengoksidaan udara (oxidation), tahan
air (waterproof) & tahan lebih lama (long lasting) terutama yang
berjenama dan diimport.
Pernahkah anda mengalami bengkak-bengkak bibir atau bibir anda menjadi lebam dan hitam seperti di bawah ini?
Ya..Ini adalah salah satu contoh kesan logam Plumbum yang paling ketara yang terdapat dalam Gincu
yang kita gunakan seharian. Saya percaya , ramai wanita di luar sana
yang mengalami masalah ini. Tidak terhad pada Gincu mahal aje Gincu murah pun berpotensi untuk merasai kesannya pada bibir mungil kamu.
48 ulasan:
Nice info.akak x pki gincu.:D guna lip glos je.
merahkan bibir dgn makan makanan yg merah segar spt..tomato dll, badan yg sihat bibir akan merah berseri...
mun baru tahu ni..nice shared..
tq prihatin bab gincu..nih..mmg bahaya..
mama tak pakai gincu pun..... apapun nice sharing acik.. :)
KENA BERHATI-HATI NI
Erks...thanks for sharing...lepas ni niesa kena hati2 pilih gincu..tkt lak jadi mcm tu...
ngeri je.. sbb tu kna tgk ingredient juga utk beli alat kecntikan...
Oh..ngeri..Berdasarkan link tu, kebanyakkan warna merah kuat kan.Harap yang saya pakai selamatlah
saya jarang pakai gincu ni
wah tak sangka ada impact
thanks for the info ye
Ngeri kalau jadi macam tu... kena bagi isteri baca entri ni. Thanks Acik.
Assalammualaikum..achik,
bagus entry nie.. wahh.. kena hati3 dengan pemakaian gincu nie.. khas utk isteri...
mselim3
seramnya tgok gambar ni..itulah kadang bahaya memakai alat kosmetik yg ada2 bahan terlarang..memng kena bijak dan bhati2 dlm memilih..tq sharing acik...
ayat-ayat terakhir acik tu buat saya salah faham sekejap. ingat acik pon pakai gincu.. ehehe..
saya jarang - jarang lah pakai gincu, tak minat.. nice sharing, tenkiu.. (:
saya tak pernah memakai kosmetik..anyway,thanks for sharing
terbaik....
huaaaa tak sanggup baca sampai habis *buang gincu*
Fuhh, tu la cosmetic yg belambak skrg ni mmg ada side effetct...
tak pernah guna lipsticks yg disenaraikan.. kalau ikut artikel tu lebih merah atau lebih gelap warnanya, mungkin lebih tinggi kandungan lead. er, takut jugak biarpun tak pakai warna2 mcm tu.. huhu..
nice sharing acik.. nasib baik nina xminat pakai gincu. kadang2 xpakai langsung melainkan lip balm.
sori bz dgn kerja harini baru dpt bw sini :)
menjawab soalan acik tu. mask shiseido tu utk semua. lelaki pun boleh guna :)
wah..takut pulak bila membacanya...kena hati2 lepas ni
Memang kena hati-hati dengan lipstick ni acik..cantik tapi boleh memudaratkan!!!
Perkongsian yg sgt berguna utk wanita.. perlu berjaga2 dlm pemakaian lipstik ni...
nice info...
terima kasih di atas info ini acik.. bahayanya pakai gincu..
jarang apaki gincu...
huhuhu..info yg sngat bguna..
Apa guna cantik kalau berpenyakit...huhu
Assalamualaikum acik....
Bahaya tu,tak sangka kesannya blh jd sampai begitu......
nice info. tq dik
baik punya info
Akak pun dah lama x berlipstik bagai nie.... masa muda2 jer... hahaha
salam acik..baru brkesempatan singgah cne
saya adalah pengguna lipstick tegar... next time kalau nak beli lipstick kena tengok dia punya ingredient lah kan :)
salam acik~ sy baru tahu pasal ni huhu tak nak pakai lipstik lepas ni..pakai lip gloss pun cukup la huhu
pernah baca artikel cm nie.. Fiza pakai lipstick yg biase2 jer.. tak de la duk lekat 24 jam tak pudar2.. hehe...
licha memang tak minat sangat pakai gincu. hihi.. tapi good sharing. :)
sally jarang pakai except kalau ada occasion yg memerlukan mekap! hehehe...tapi bagus jugak entry ni acik! :)
Thanks untuk info acik... nice sharing...=)
Assalamualaikum .. takut pula nak pakai lipstik. thanks for sharing :)
Thanks for sharing acik! lepas ni kena berwaspadalah ye. Sebaik azwar tak pakai gincu.. =p
nasib baik lelaki tak pakai gincu. huhu
NENEK DLU2 XPAYAH PUN PAKAI GINCU2 NIE MKN SOREH JER MERAH MULUT TU
'http://www.kucinghitam.net/
bahaya kan?prnah baca juga info ni..
lol takut jgak lepas baca ni..
Alhamdulillah tak pernah lagi bengkak2 bagai.. sbb mmg x suka sgt pakai gincu. hehe.. kena lbh berhati2 lps ni..
Kena pastikan betul-betul kandungan gincu tu.
Catat Ulasan