Pengikut

Sabtu, 4 Januari 2014

Kalau Seorang Perempuan/Lelaki (ajnabi) Memberi Kita Hadiah Bolehkah Kita Menerimanya ?


lelaki romantik

Assalamualikum

Alhamdulilah dapat lagi bernafas di muka bumi Allah ini, pagi-pagi terlalu banyak soalan yang perlu di jawab, semuanya soal cinta, manusia ini memang indah jika berbicara soal cinta ini, tapi kena ingatkan juga kematian juga dekat dengan kita. Baiklah hari ini acik hanya mahu kongsikan sedikit ilmu. Pernah tak orang yang minat kamu atau kamu minat orang tu beri dia sesuatu dengan kata lain hadiah ? 

Ala yang orang sekarang panggil "crush" tu, kita suka kat dia, dan berikan hadiah padanya. Teringat zaman kat poli dulu, pernah juga dapat coklat, KFC, dan macam-macam lagi.

Kalau seorang lelaki/perempuan (ajnabi) memberi kita sebarang hadiah seperti jam tangan, telefon bimbit, buku agama dan sebagainya bolehkah kita menerimanya ?  

Sebelum tu, ajnabi membawa maksud orang asing iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya..
 
maksudnya AJNABI = BUKAN MAHRAM
 
senang cerita, ajnabi ini adalah orang yang tidak ada pertalian darah dan boleh kahwin dengannya..

Kalau di fikirkan di sudut berbeza mesti ada udang di sebalik batu perilaku seperti itu, tak semudah saja-saja kan ? 

Mak selalu nasihat: jangan mudah terima dengan barangan yang mahal-mahal ,kelak jika dia ikhlas tak pe, kalau dia tuntut tak daya nak membalasnya balik. 

Tetapi dalam Al-Quran ada menceritakan kisah pemberian hadiah oleh Raja Balqis kepada Nabi Sulaiman a.s sebagaimana firman Allah di dalam surah An-Naml, ayat 35 - 36;

"Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita". 

Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): "Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).
 
Hadis yang berkaitan dengan galakan supaya saling memberi hadiah;

bermaksud: Sabda Rasulullah saw: Saling memberi hadiahlah antara kamu, nescaya kamu akan berkasih sayang.

Hadis Rasulallah saw yang mengingatkan kita agar tidak meremehkan pemberian hadiah daripada orang lain;

bermaksud :Wahai para wanita muslimah, janganlah ada seorang tetangga yag meremehkan hadiah tetangganya meskipun sekadar kaki kambing. (H.R. Bukhari-Muslim)

Penjelasan terhadap beberapa persoalan;

Bolehkah pemberian hadiah ditolak ? Jawabnya boleh dalam keadaan dimana pemberi hadiah diketahui mempunyai tujuan tidak baik seperti untuk merasuah, bersubahat dalam penipuan dan sebagainya.

Apakah asas pertimbangan bagi seseorang muslim sama ada lelaki atau wanita dalam menerima atau menolak sesuatu hadiah?

Diantara asas pertimbangannya ialah, jika sesuatu hadiah itu diberikan kepada seseorang, apakah manfaat daripada pemberian itu lebih besar ataupun keburukannya lebih besar. Jika manfaatnya lebih besar, maka bolehlah diberi. Jika keburukannya lebih besar, maka eloklah tidak diberikan. Begitu juga dalam konteks penerimaan hadiah, jika manfaat dari penerimaan itu lebih besar, maka bolehlah diterima, tetapi jika keburukan yang lebih besar, maka tolaklah ia. Ini berdasarkan kepada kaedah fekah: Menolak kemudharatan hendaklah didahulukan daripada menarik manfaat.

Tetapi tolaklah dengan cara yang baik dan berhemah agar si pemberi tidak terasa hati dengan apa yang di beri.  

Jika seorang sahabat memberi kepada sahabat yang lain dengan tujuan menghadiahkan kepada sahabat baiknya tidak menjadi masalah melain jika ada niat yang lain maka pertimbangan yang sama di lakukan.Wallahu A`lam

Share This!


28 ulasan:

nae nematoda berkata...

jika sebagai seorang kawan, rasanya tu nak eratkan lagi hubungan...kalau ajnabi kasi, memang serba salah nak terima or tolak...hehe

puteri airyn berkata...

Betul jugak kan kadang kala pemberian tu beserta niat yang tidak baik..

Yumida Huda berkata...

alhamdulillah..melalui media blogging ni..sering terima hadiah dri blogger pempuan n lelaki..makin mengeratkan ukhuwah..

Gee Lion berkata...

kalau perkara tu mendatangkan fitnah baik dlm masyarakat atau dlm hati, baik tak payah terima. macam acik cakap; tolak baik2.. (:

Abak's Role berkata...

Alhamdulillah.. entri terbak.. Abak pun bgi hadiah pada ajnabi... nasib baik buku agama,InsyaAllah mmeberi manfaat.. tapi kadang2 hati ni ada je yg tsiratnya.. Astaga..

Mazni Munawar berkata...

wahh acik pun pernah dapat hadiah jugak :p saya memang suka bila dapat hadiah, tapi kalau lelaki bagi kalau boleh taknak terima. rasa semacam jee. nasib baiklah setakat ni takde yg pernah bagi lagi ^^

Azie Namico berkata...

Mcm mana kita nak tau pemberian hadiah itu dari niat yg tidak baik....hehehe
klu dapat hadiah semua org suke.....kan

paridah berkata...

hadiah yg bermuslihat tu tentu penerimanya dpt menafsirnya n bolehlh ditolak baik2...

sYiRa LoKMaN berkata...

ALHAMDULILLAH..NICE INFO :)

Bin Muhammad berkata...

Sendiri boleh nilaikan pemberian tersebut berniat baik atau sebaliknya. Maka putuskanlah sama ada mahu terima atau tidak. Penolakan juga perlulah secara baik dan beradap agar tidak timbul masalah lain pula.

Hafiza AizZawa berkata...

kalau kwn2 bagi hadiah rasanya tak salah nak ambil.. tp kalau org tak kenal risau jugak ada udang di sebalik mee..

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

Terima asalkan ikhlas.

Khir Khalid berkata...

Selagi ikhlas & tiada nampak niat2 yg memburukkan, adalah baik utk menerimanya.. kita tidak tahu apa hikmah disebaliknya.. bersangka baik shjlah. Tp klu jauh dilubuk hati terasa yg tak sedap.. baik ditolak dgn penuh berhemah..

atien zuraidah berkata...

bagi hadiah sebenarnya mengeratkan kasih sayang dan sillaturahim

PeRdU cINta berkata...

Assalammualaikum acik..hadiah ye...ianya terpulang pada niat pemberi dan penerima..baik niatnya maka eloklah jadinya.andai tidak baik niatnya maka kurang moleklah jadinya..keikhlasan sebenarnya dapat kita rasai..kita boleh terkesan terhadap keikhlasan seseorang itu pada kita dan sebaliknya..nilai dengan mata hati dan iman..

Kathy R'bain berkata...

kalau kita meragui niat si pemberi,kita berhak menolak..

yana yani berkata...

saya membalas kunjungan dan done follow sini juga
anyway perkongsian yang baik, saya tak pandai menolak
pemberian orang

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

akak pernah menerima hadiah dari seseorang, sayangnya dia suami orang.. akhirnya hadiah itu akak berikan kepada kawan akak setelah akak tahu dia meminati akak..

Kucing Hitam berkata...

selalu ambik jer haha org dah bagi kan xbaik tlak rezeki tapi agak2 la

Maria Firdz berkata...

NICE SHARING ACIK... :)

Raudzah Z berkata...

Kita selalunya terima aje acik..dan anggap ia dalah ikhls dari orang tersebut..tak kiralah lelaki atau perempuan..he..he..anyway selamat berhujung minggu k!!!

izan mama mia berkata...

pernah memberi hadiah..tapi takut nak menerima hadiah..ehe..tapi saya ikhlas setiap hadiah yg diberikann..

Amanina Mads berkata...

hakikatnya tak elok menerima pemberian org tp nina pernah la terima coklat, di belanja makan dan ada juga memberi hadiah walaupun semua itu ikhlas. apa pun nice info acik. skrg je xnk terima apa2 pemberian dr lelaki

Nadia Johari berkata...

setiap hadiah yang diberikan ikhlas kepada kita tak salah kita menerimanyer..=)

Wirda Amir berkata...

In sya Allah acik...memberi dgn seikhlas hati,akak seronok kalau dpt gembirakan org lain,sebagaimana akak gembira bila dpt hadiah,nilai tu bkn ukuran tp sebagai penghargaan.....

Ija Rased berkata...

nice entry ni. tq acik

ain diyana berkata...

sapa x suke dpt hadiahkan? tapi niat disebalik bg hadiah tu kita x tau.. huhuhu.. apa2 pun entry yg terbaik.. good job Acik.

Soleha Zaharin berkata...

Saya pernah terbaca satu artikel ni, dia kata kalau kita terima hadiah daripada ajnabi (contohnya: bear, cincin etc) dikira tunang.. betul ke? Abes tu kalau ajnabi tu belanja mkan mcam mne?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails