Pengikut

Selasa, 10 Disember 2013

Aku Bukan Pembuat Dosa Itu Tetapi Aku Mangsa Keadaaan


remaja kecewa

Assalamualaikum

Rasa terkesan di hati apabila melihat gambar bayi perempuan tanpa seurat benang pun di biarkan di tepi longkang. Sayu hati ini melihatnya, acik ini memang sangat suka akan bayi dan kanak-kanak memang tak boleh tengok pekara ini seperti di buang, di tinggalkan mahupun di bunuh.

bayi di tinggalkan

Mereka tak bersalah, yang bersalah ibu bapa mereka tetapi seumur hidupnya akan terus di hukum atas kesalahan ibu bapanya. Adakah itu adil ?

Kita di dunia ini mempunyai ujian yang tersendiri, ujian yang kita tak tahu bagaimana. Bila teringatkan kisah bayi di buang, anak luar nikah dan sebagainya teringat pula pada seorang remaja lelaki yang pernah acik interview semasa sertai kem hijrah  dahulu.Suaranya masih jelas di ingatan dan segala pertuturannya masih mampu di putarkan di minta.

Dulu acik pernah menjadi fasilitator di kem hijrah dan acik sempat menemubual seorang remaja lelaki yang mengalami nasib ini. Katanya semasa acik interview dia:

Abang , apa salah saya bang ? kenapa saya di lahirkan bergini ? semua orang menghukum saya seumpama dosa itu saya yang lakukan ? saya dapat tahu dari Umi bahawa saya di temui di tepi tong sampah sewaktu saya bayi. Adakah ia tetap salah saya ? ibu bapa saya yang membuat dosa dan saya menjadi tumbalnya ? adakah itu adil bang ? Ketika saya berumur 18 tahun saya baru dapat surat lahir dan begitu payah sekali untuk mendapatkannya. Aku bukan anak haram !!! aku bukan pembuat dosa itu tetapi aku mangsa keadaan!!! mengapa masyarakat terus menghukum aku !!

Itulah kata-kata yang masih jelas acik di ingatan acik, acik hanya menenangkan ketika itu. Ujian yang di lalui itu lebih berat dan payah jika di banding dengan diri ini. Dia tak bersalah tetapi masyarakat terus menghukumnya seolah-olah dia pelakunya sedangkan dia adalah mangsa keadaan. Seharusnya kita beri dia motivasi dan peluang untuk membuka lembaran baru, bukan menghukum tetapi membantu. 
 
Anak yang tak berdosa, jiwa dan mentalnya terganggu, sedangkan pembuat dosa ? terus terlepas dan bersenang lenang ? 

Mu'az bin Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai hamba yang tidak akan diajak bercakap pada hari kiamat, tidak akan disucikan dan tidak akan dilihatnya." Seorang sahabat bertanya: "Siapakah orang itu ya Rasulallah?" Baginda menjawab (yang bermaksud): "Orang yang lepas tangan daripada kedua-dua orang tuanya, benci kepada kedua-duanya dan orang yang berlepas tangan daripada anaknya."

Nasib ada insan yang berhati mulia membela nasib anak-anak seperti itu,mereka sahaja yang memahami , menjaga dan membesarkan mereka walaupun itu bukan darah dagingnya. 

Wahai remajaku yang ku sayangi, fikirlah dahulu sebelum kau lakukan apa jua tindakanmu. Pernahkan fikir akibat perbuatanmu ? jangan fikirkan keseronokan yang sekejap sahaja tetapi seksanya dan dosanya akan menghantui hidupmu. Pejamkan mata, lihatlah dalam dirimu, apa yang telah kau lakukan ? renungilah dirimu dan muhasabah diri, kita hidupkan di dunia ini bukan untuk menyambung dosa semalam tetapi untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Share This!


42 ulasan:

Asha Lya berkata...

sedih lihat nasib bayi nie..9 bulan mengandungkan bayi ini.bila dah selamat lahir sangup plak dibuang mcm sampah..

Elih Japahar berkata...

Binatang bertopengkan wajah manusia..tak berperikemanusiaan betul!

Normi Nieza berkata...

mmg tdk berperikemanusiaan....

Kathy R'bain berkata...

sedih..:'(

cinta03 berkata...

sedih.

fatin wawa berkata...

anak yg lahir ibarat hamparan kain putih yg suci.. sedih jgk bila dengar kisah2 mcm ni.. perkataan 'anak haram' itu tidak seharusnya digunakan kpd mereka.

TelingaBulat berkata...

mmg die mangsa keadaan..warga sekeliling akan tgk sekali kite buat silap die akan cop kite akan silap selame2 nye..walaupn kite da berubah tp dorg still menghukum..siapa kita nk menghukum makhluk dia/kite sendiri manusia..hamba nyaa

Wirda Amir berkata...

Salam acik...

Kesian remaja lelaki tu..

kalau perempuan tentu lebih teruk lg nasib yg terpaksa dia terima....

Masyarakat x sepatutnya bersikap begitu kpd insan yg tk berdosa...bukan susah nk fikirpun....

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

kasihannya...

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

Mangsa keadaan..

PeRdU cINta berkata...

Assalammualaikum acik..begitu ramai pasangan halal yang begitu teringinkan cahayamata daripada darah daging sendiri..usaha,,doa dan tawakkal tidak mengenal erti jemu..dicaci..disindir..diperli..cekal menghadapi mulut masyarakat kerana belum dikurniakan cahayamata sendiri...jadi mengapa insan-insan terlanjur ini tidak pernah sedar..terlalu dek mengejar nikmat dunia sementara..nikmat syurga terus dilupa..dosa..dan dosa..dosa lagi..namun selagi bernyawa taubat itu sentiasa terbuka luas..amin..

Mademoiselle Irdina berkata...

Dunia zaman sekarang..Ditanya sebab apa jadi gini..Sebab sekarang generasi Y dijawabnya pulak...

X Lupa Dot Com berkata...

Itu la..semoga ibunya mendapat hidayah
Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Setiap artikel yang telah di ping akan kami submit sekali lagi pada 'google index'secara auto dan manual untuk memaksa google indeks blog anda sekerap mungkin. Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda dengan memasang banner kecil kami !

Cik Tieka berkata...

betul tu Acik,mereka hnya mangsa keadaan, yg patut dipersalahkan ialah ibubapa anak itu sndiri kerana tak dpt kawal nafsu,. semoga Allah membuka pintu hidayah pd smua remaja diluar sana agar x tjebak dgn maksiat yg hanya mberi keseronokan cuma seketika tp merana menanggungnya seumur hidup..

Hafiza AizZawa berkata...

bukan senang nak ada anak.. tp mereka nie senang2 je buang anak.. ya allah.. mmg tak tahu bersyukur.. tak ingat dosa pahala.. anak2 yang jd mangsa..

Liza Licha berkata...

xhabis2 lagi kan isu mcm ni..
kesian sgt dekat baby tu. tak patut pun dia terima nasib mcm tu

Sylarius Yusof berkata...

Nak mengawal nafsu ni, memang bukan perkara yang mudah. Tambah-tambah pada usia remaja. 24 jam horny. Tengok orang bercium kat TV, rasa stim. Jalan-jalan shopping complex tengok awek pakai seluar sendat, rasa stim.

Pendek kata, kat mana-mana pun boleh rasa stim.

Nak menghindarnya, perlu sokongan dari masyarakat itu sendiri. Antara jalan yang terbaik, adalah mempermudahkan urusan perkahwinan orang-orang muda.

Syuhada Baharudin berkata...

sedih dengan gejala yang makin berleluasa kini..

Farisya Anastasyia berkata...

bila agamai diletak tepi.inilah hasilnya.nauuzubillah

Engku Muzahadin berkata...

Sayang bayi yg tak berdosa menjadi mangsa...

Amanina Mads berkata...

ada org susah nk dpt anak tp mereka bila dpt anak terus buang walaupun anak itu tak sah taraf.. kesian nasib budak tu bila dh besar nanti

Mazni Munawar berkata...

kesiannya baby tu.. kes pembuangan bayi semakin berleluasa di malaysia sekarang ni. sedih jugak bila baca luahan hati yg remaja lelaki tu, kenapalah manusia suka menghukum dan menyalahkan org lain? sifat perikemanusiaan dah hilang dalam diri masyarakat..

Lynn Munir berkata...

Mereka tidak minta dilahirkan ke dunia tapi kenapa masih memikul kesalahan ibu dan bapa ? Masyarakat harus lebih peka tentang hal ini.
Berhenti mencerca dan sayangilah mereka.

penaberkala berkata...

tu la, memang zalim si pelaku
takde perasaan kah mereka?

izwannizam berkata...

nauzubillah. moga2 tak ada adik beradik, sedara mara kita yg lakukan benda yg sama... ibu bapa kena ambil tahu pergerakan anak2. rasanya tak salah kalau mak bapak bertanya ke mana anak pergi apabila masih belum pulang selepas waktu maghrib...

Azlan Strider berkata...

kekadang aku tak tahu kenapa orang boleh sekejam itu...sepatutnya mereka nie kena bogelkan dan tinggalkan dalam longkang..baru dia tau apa itu kejam....

Regards,
-Strider-

Raudzah Z berkata...

Tak tau nak komen apa coz sometimes manusia lebih kejam daripada binatang.ada akal tapi tak guna...semoag sipelaku dibukakan pintu untuk bertaubat!!!.

Ida Syuhada berkata...

Allahuakbar... memang sedih sangat hingga tak terluahkan...

Adam Faiz berkata...

Sedihnya.Semoga mereka-mereka ini mendapat hidayah.
New Entri updated : "Kau Bercuti kat mana ? "

Khir Khalid berkata...

Sedih melihat bayi teraniaya mcm ni...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

terasa sebak membayangkan nasib anak itu.. dia tidak meminta untuk dilahirkan begitu.. tidak seharusnya dia dipersalahkan dan disisihkan.. sebaliknya kita layanlah dia sepertimana kita melayan anak-anak yang lain..

ain diyana berkata...

:( kesian sgt...

Mohd Selim Zainal berkata...

Assalammualaikum..achik,

sedih bila baca berita macam nie baby dibuat merata2 x kesian ker? sedih sgt2...

mselim3

Fizi Zaidi berkata...

mentality masyarakat yang hanya memandang perkara yang elok didepan mata yg suka bercakap mengenai keburukan orang lain..

Isabella Sofiaelena berkata...

Kita tak mampu nak ubah masyarakat utk tidak hakimi anak luar nikah tu. Tapi asas agama yang kuat perlu supaya remaja dan mereka2 yang dah tak remaja pun utk menjauhi gejala ni. Asas agama.

Abak's Role berkata...

Paling penting,muhasabah diri.... kita baiki diri kita supaya kita tdak tjebak kedalam pkara buruk sedemikian... dkatkan diri dgn agama,.. InsyaAllah..

Yumida Huda berkata...

sedih tgk bayi dibuang sebegini
moga mereka yg melakukan insaf n mendapat hidayah driNya

Affy Afiqah berkata...

manusia...macam tu laa...
ramai lagi yang teringin nak anak tapi tak dapat...
ni dah dapat anak dibuang2 pula hmm

Cik Yaya berkata...

mmg sedih sgt mse tgok byi yg dtgl tepi longkang tnpa seurat benang tu..geram pula pada pelaku nya...ish..pe nk jadi org sekarng..da sama perangai dgn haiwan..
Alhmdlh byi tu msh bnyawa...

*kalau yaya yg jmpe,trus bwa balik la..huuu*

Maria Firdz berkata...

iman lemah dan akal tak pnjang, mmg yg jadi mgsa insan tak berdosa... huhu

Cik Itah@RRP berkata...

mereka yang buat ni memang tak takut dosa..akal singkat..tahunya nak berseronok..da tu tak mahu tanggung risiko..

Tetamu Istimewa berkata...

Moga yang berbuat "dosa" itu mendapat hidayah dan kesedaran untuk bertaubat kembali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails