remaja kecewa

Assalamualaikum

Rasa terkesan di hati apabila melihat gambar bayi perempuan tanpa seurat benang pun di biarkan di tepi longkang. Sayu hati ini melihatnya, acik ini memang sangat suka akan bayi dan kanak-kanak memang tak boleh tengok pekara ini seperti di buang, di tinggalkan mahupun di bunuh.

bayi di tinggalkan

Mereka tak bersalah, yang bersalah ibu bapa mereka tetapi seumur hidupnya akan terus di hukum atas kesalahan ibu bapanya. Adakah itu adil ?

Kita di dunia ini mempunyai ujian yang tersendiri, ujian yang kita tak tahu bagaimana. Bila teringatkan kisah bayi di buang, anak luar nikah dan sebagainya teringat pula pada seorang remaja lelaki yang pernah acik interview semasa sertai kem hijrah  dahulu.Suaranya masih jelas di ingatan dan segala pertuturannya masih mampu di putarkan di minta.

Dulu acik pernah menjadi fasilitator di kem hijrah dan acik sempat menemubual seorang remaja lelaki yang mengalami nasib ini. Katanya semasa acik interview dia:

Abang , apa salah saya bang ? kenapa saya di lahirkan bergini ? semua orang menghukum saya seumpama dosa itu saya yang lakukan ? saya dapat tahu dari Umi bahawa saya di temui di tepi tong sampah sewaktu saya bayi. Adakah ia tetap salah saya ? ibu bapa saya yang membuat dosa dan saya menjadi tumbalnya ? adakah itu adil bang ? Ketika saya berumur 18 tahun saya baru dapat surat lahir dan begitu payah sekali untuk mendapatkannya. Aku bukan anak haram !!! aku bukan pembuat dosa itu tetapi aku mangsa keadaan!!! mengapa masyarakat terus menghukum aku !!

Itulah kata-kata yang masih jelas acik di ingatan acik, acik hanya menenangkan ketika itu. Ujian yang di lalui itu lebih berat dan payah jika di banding dengan diri ini. Dia tak bersalah tetapi masyarakat terus menghukumnya seolah-olah dia pelakunya sedangkan dia adalah mangsa keadaan. Seharusnya kita beri dia motivasi dan peluang untuk membuka lembaran baru, bukan menghukum tetapi membantu. 
 
Anak yang tak berdosa, jiwa dan mentalnya terganggu, sedangkan pembuat dosa ? terus terlepas dan bersenang lenang ? 

Mu'az bin Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai hamba yang tidak akan diajak bercakap pada hari kiamat, tidak akan disucikan dan tidak akan dilihatnya." Seorang sahabat bertanya: "Siapakah orang itu ya Rasulallah?" Baginda menjawab (yang bermaksud): "Orang yang lepas tangan daripada kedua-dua orang tuanya, benci kepada kedua-duanya dan orang yang berlepas tangan daripada anaknya."

Nasib ada insan yang berhati mulia membela nasib anak-anak seperti itu,mereka sahaja yang memahami , menjaga dan membesarkan mereka walaupun itu bukan darah dagingnya. 

Wahai remajaku yang ku sayangi, fikirlah dahulu sebelum kau lakukan apa jua tindakanmu. Pernahkan fikir akibat perbuatanmu ? jangan fikirkan keseronokan yang sekejap sahaja tetapi seksanya dan dosanya akan menghantui hidupmu. Pejamkan mata, lihatlah dalam dirimu, apa yang telah kau lakukan ? renungilah dirimu dan muhasabah diri, kita hidupkan di dunia ini bukan untuk menyambung dosa semalam tetapi untuk menjadi muslim yang lebih baik.