Pengikut

Rabu, 11 Disember 2013

Berhabis Duit Belanja Teman Wanita Satu Pelaburan Atau Pembaziran ?

duit oh duit

Assalamualikum 

Alhamdulilah dapat juga acik nak menaip lagi setelah 1 hari di studio TV untuk membuat latihan untuk berita nanti, persiapan dari teknikal mahupun persiapan dari berita yang mahu di sampai. Pernah tengok Belutin utama ? Berita awani ? RTM ? begitulah yang perlu kami lakukan. Ya Allah sangat tertekan.

Bila balik jer tadi pergi ke kedai untuk membeli makan untuk malam dan ternampak dengan seseorang yang acik kenal iaitu Rafik (bukan nama sebenar), ikut perbualan kami 

Acik : Assalamualikum Rafik, ko kenapa nie nampak tak sehat jer ? 
Rafik : walaikumusalam.. ooh acik, ermm biaselah cuaca keadaan tak baik ,tak berapa nak sehat sangat.Jemputlah duduk acik, boleh borak-borak dah lama kita tak jumpa.

Acik : Aaahlah kan, sekarang nie sangat sibuk untuk final projek dan production. 
Rafik : ohh yeke , biaselah tu acik, aku pun macam tu jugak. Kejap ehh aku nak orfer makan. Ane bagi roti kosong satu, air suam satu.
Ane : okey bos 

Acik : Wahh bagusnya order tu ker, diet ehh
Rafik : Ehh tak adalah acik , aku kena saving la.
Acik : Wahh bagusnya, biasalah dah hujung-hujung sem nie
Rafik : itulah makwe aku pula nak macam-macamlah pula tu kalau keluar.
Acik : ehh ? 
Rafik : tak adalah maksud aku, aku jimat ini sebab nak saving untuk keluar dengna dia, yelah kalau pergi tengok wayang aku yang kena sponsor, makan lagi, dah tu tak mahu makan yang tempat yang cikai-cikai. dan tu nak shopping pula ,aku jugak kena keluar duit.
Acik : Ya ALLAH aku ingat saving kenapalah tadi, bukan ke itu satu pembaziran ke ?
Rafik : kalau dah sayang cik sanggup buat apa sahaja, itu namanya satu pelaburan untuk masa hadapan, untuk pikat perempuan nie kena berikan apa yang dia suka.dah 3 hari aku tak makan untuk keluar dengan dia.

Acik : macam tu pula ? misal kata hubungan korang berdua tak menjadi , terputus di tengah jalan , macam mane ? 
Rafik : ishh tak akanlah, jangan doakan macam tu, ermm entahlah cik aku tak pernah terfikir pulak tentang tu, tapi dengan yang ini aku dah banyak abiskan duit dengan dia, bukan senang nak dapatkan yang nie acik. Ermm acik ada duit sikit tak , aku nak pinjam ?

Ermm buatkan acik berfikir panjang pula, ermm bila couple kena keluar duit yang banyak, itu baru couple, belum lagi tunang dan jadi isteri ?

Mungkin ini hikmahnya islam tidak membenarkan couple, kita jangan membazirkan untuk pekara yang lagha (sia-sia) lainlah dia bakal isteri kita ataupun untuk hantaran perkahwinan. Soalnya di sini bukan soal kedekut tetapi sayangnya duit yang ibu bapa berikan, duit PTPTN, duit MARA dan duit susah payah kita dapatkan itu di bazirkan untuk sesuatu yang belum tentu jadi milik kita.



La acik pun pernah hadapi masa zaman-zaman khilaf dulu (couple) masa zaman sekolah dulu. Ye tahu kalau dah sayang kat seseorang itu sanggup nak berikan apa sahaja yang dia mahukan. Didiklah wanita dengan ilmu dan konsep terima seadanya, bukan dengan wang ringgit dan kebendaan. Kan best bila duit yang di gunakan untuk berbelanja untuk pekara yang tak berfaedah itu di kumpul untuk sebagai hantaran perkahwinan. Bukankah lebih elok, kalau dah bersedia, terus kawin , duit pun dah ada.

Sekarang ini duit seperti air, laju keluar simpannya tidak, jadi fikir-fikirlah, hanya pergi hotel 5 bintang untuk makan MEE yang chef masak dengan harga RM 70 sepinggan ? tak berbaloi kot, kononnya untuk ikuti kemahuan kekasih hati.. alahai ruginya.

Sekali sekala nak belanja teman tapi mesra itu okeylah, kalau selalu tokey kedai pun boleh bankrupt 

Share This!


43 ulasan:

  1. hehe
    nak tergelak bca tajuk .
    dpends la acik .
    pepandai bawk dri ..hehe :)

    BalasPadam
  2. ok acik dah joint segment acik..

    p/s: itu semua bgantung kpada niat masing :)

    BalasPadam
  3. assalam...itu bukan melabur utk masa depan tapi melebur masa depan, sudahnya kurus kering, mati beragan jikalau hubungan trputus tengah jalan...

    BalasPadam
  4. Melabur ? haha .kesian dapat awek macam tu.

    BalasPadam
  5. Sesekali takpe la...mungkin nak merasa tapi kalau dah selalu tu, lupakan je la... Anak jutawan pun boleh jadi papa.. :)

    BalasPadam
  6. Semuanya kembali pada nawaitu seseorang itu..setiap apa yang kita lakukan mesti bermatlamat..agar kita tidak tersasar..bercinta, berkahwin..kerana Allah..kerana rasa cinta itu milik Allah..carilah insan halal untuk kita yang boleh setia dan bersama tatkala kepayahan menjelma..keran tidak semua mampu teguh berdiri bila dirundung musibah..

    BalasPadam
  7. ishh.. seksa diri namanya tu.. kalau sayang tak perlulah sampai macam tu..kalau tiap2 hari mau botak jugak kepala.. tak kawin lagi kepala dah botak.. adooii..

    BalasPadam
  8. hehehe tapi kalau teman wanita tu hendak dijadikan isteri rasanya berbaloi kalau nak jadi gf dan tak lebih dr tu agaknya akan melebur la nnt haha

    BalasPadam
  9. wah, acik dilamar syarikat tv ke ? beli yang simple2 dulu :D

    BalasPadam
  10. Tp yg diri sndri pon mak ayah tanggung yg sbuk berkapel gi blnja aweks tu pe crite... Hehe. Apapun sndri mau ingt la kan...

    BalasPadam
  11. terpulang pada individu sama ada dia anggap belanja teman wanita sebagai pelaburan atau tidak tapi kalau nak berbelanja pun ikutlah kemampuan..jangan sampai perlu saving tak makan..dah kes parah dah tu

    BalasPadam
  12. ika rasa depends kat niat lelaki tu laa..kalau rasa ikhlas, alhamdulillah..kalau rasa tak ikhlas nak spend money, better tak payah laa..cause perempuan pun ramai yang bukan jenis meminta2 duit lelaki...ramai yang dah boleh berdikari cari duit sendiri... :)

    BalasPadam
  13. Pokok pangkal biarlah ikhlas.. apa pun takkan merasa kerugian, in shaa Allah. T kasih diatas perkongsian ye Acik.. :)

    BalasPadam
  14. Harta didunia tak kekal... tak boleh bawa masuk kubur pun,tapi jika salah digunakan azab akhirnya....Nauzubillahi min zalik..

    BalasPadam
  15. Mohon dinasihatkan sebelum dia jauh lagi rugi. Mungkin perempuan tu nak ambil kesempatan je? Kalau dah nama couple support sendiri sendiri la. Tak pun share-share ke. Haa

    BalasPadam
  16. Salam acik..

    Tk sepatutnya bersikap begitu,msh bljr n hrp duit ibubapa,biasiswa atau pinjaman,kalau dh kerjapun,elok utamakan ibu dulu br berkat hidup..eloklah acik tolong nasiatkan dia

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum.. hehe nak tergelak pulak tasneem baca perbualan tu. adoiii, tasneem pun sayang nak belanja dengan elaun MARA tasneem apatah lagi nak belanja bopren/gelpren. haha lebih baik saving kan :') duit sekarang laju ja macam air ^^

    BalasPadam
  18. bagi akak itu satu pembaziran,tak salah nak berbelanja utk teman wanita..tapi kena ada hadnya...

    BalasPadam
  19. Kak Erin pula kalau berkawan dengan lelaki ..kak Erin yang kena keluar duit belanja dia.. baik sekarang ni tak payah kawan dengan lelaki kaki kikis macam tu.. siap tanya kak Erin kenapa kerja kecil kenapa tak jadi pegawai sebab ada degree.. dah la kita selalu belanja dia.. tanya yang bukan bukan pula.. nasib belum jadi suami.. kalau tak habis duit kak Erin dikikisnya.. huhu

    BalasPadam
  20. kalau teman wanita...rasanya pembaziran kot..hihi..pernah terbaca 1 berita yg lelaki terjun mall sbb xlarat nk bawak awek dia shopping..ajak balik sbb penat pastu gaduh pastu bunuh diri..nasib baik bukan dekat malaysia.. hikss...

    BalasPadam
  21. erm bg sy klau xmmpu jgn paksa diri ikut kemahuan gf sbb esok2 nnt dh kawin kalau dia minta itu ini gak mcm zaman bercinta then xmmpu beri..msti jd isu..gado...nnt jd la kes ungkit mengungkit..zaman bercinta bole..dh kawen xleh..lame2 jd bosan...bla bla bla..ehheeh..pndapat sy la...

    BalasPadam
  22. Bila difikirkan balik, ada hikmah kenapa saya susah sangat nak berkapel zaman study dulu. Wajah saya yang tak hensem hingga tiada awek yang berkenan ini telah membantu saya dari segi kewangan. Student, seperti yang kita sedia maklum, masih belum kukuh kewangannya memandangkan sumber kewangan yang mereka peroleh adalah datangnya dari PTPTN dan juga Pa & Ma.

    BalasPadam
  23. pd saya...bagi lelaki atau perempuan lebih baik tak perlu melebih2 nak bagi itu ini buat rugi jek....simpan utk kawin..lg bagus

    BalasPadam
  24. topik ini sngat menarik acik...tapi ia juga sangat subjektif kerana jika perhubungan itu tak kekal ia boleh dianggap pembaziran..bagi aku ade cara lain untuk menunjkukkan sayang daripada memberi hadiah...

    p/s: klik sony time

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  25. pada pandangan akak tak sepatutnya kita bekorban duit semata-mata nak memenangi hati si dia.. cinta kerana harta benda dan duit selalunya tak akan kekal lama.. ketika kita tengah banyak duit tentu si dia gembira, tapi bila kita dah takde duit macam mana? adakah dia akan terus bersama kita? carilah seseorang yang dapat menerima kita dengan seadanya..

    BalasPadam
  26. salam...

    heee mcm yaya dolu2..cnte monyet la katekan..
    sekrng dah dewasa tau daa...

    mase couple ni xperlu la kot nk bhbis uet utk gf/bf sbb blum tntu org tu akn ke jnjang plmin dgn kite..len la lau da mmg jadi suami/istri...

    BalasPadam
  27. bagi sally ni tindakan kurang bijak...sally kalau keluar pun akan guna duit sendiri...takde pulak membeli pakai duit org...

    BalasPadam
  28. rasa mcm membazir acik, klau guna kearah kebaikan mungkin boleh dipertimbangkan.. klau guna utk shopping rasa mcm tak perlu kot, lebih baik smpan utk masa depan..:)

    BalasPadam
  29. klu dah tunang tu ok lagi . klu awek , mungkin juga ambil kesempatan atas rasa sayang tuh ... baik bagi kat mak , lagi banyak pahala ...

    BalasPadam
  30. berbelanja biar berpada-padakan
    berkasih di syg-sygkan...

    BalasPadam
  31. Bg ldy, klu prmpuan mcm tu x sesuai dijadikan isteri..

    BalasPadam
  32. aah kan ade yg jenis mcm tu
    esp zaman 'u'..ramai je awek2 keliling pinggang
    pastu spons sana spons sini
    tp x tahu betapa sukarnya org tua mencari duit
    kena ade kesedaran
    isi tabung nuffnang sini-pusat pungutan zakat

    BalasPadam
  33. cinta kerana harta orang memang tak menjamin kebahgiaan.. Kalau awal2 semua benda sorang je keluar kan duit, baik tinggalkan je.. heehe

    BalasPadam
  34. apa2pun bagi leeza, bersederhana... itu yg pasti...

    BalasPadam
  35. ada member lelaki yg mcm ni jugak.. rasa mcm tak patut perempuan tu buat mcm tu.. kalau tak jadi kesian pulak kt member tu, sebagai kwn yg terbaik kita doakan perempuan tu cepat2 sedar dan berubah.. huhu

    BalasPadam
  36. simpan duit tu utk belanja kahwin lagi elok..

    BalasPadam
  37. Tak perlu nak impress acik coz hidup bukan satu harikan...kena pandai bawa diri...

    BalasPadam
  38. melawat sini acik.dan salam blogging semua :")

    BalasPadam
  39. bg saya.. buat habis boreh je... sbb blum tntu tu jodoh kita dok hbis duit utk dia... baik bg pd parent lagi berkat...

    BalasPadam
  40. Soal ini perlu ada perbincangan dan tolak ansur. Pasangan pula perlulah bijak menilai. Pelaburan itu untuk kebaikan atau sebaliknya.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails