Pengikut

Khamis, 7 November 2013

Kamu Sangat Beruntung Kerana Menjadi Perempuan Yang Tidak Cantik

perempuan menangis | Aku Penghibur

Assalamualaikum 


Alhamdulilah Allah permudahkan urusan hari ini walaupun agak serabut tapi tetap berjalan dengan lancar. Semasa duduk di fakulti tadi ada seorang datang jumpa dengan acik. Dia tanya acik :" Acik perempuan yang bagaimana yang acik sukakan ? Jawab acik perempuan yang sedap mata memandang pada mata acik. 

Ermm lelaki memang suka perempuan yang cantik sahaja eh ? kalau tak cantik mesti di ketepikan ,sambungnya lagi.


Cantik itu juga merupakan ujian dari Allah untuk manusianya sama ada dari segi rupa paras mahupun bentuk fizikal. Dan hari ini acik bagitahu kepada kamu semua kelebihan menjadi perempuan yang tidak cantik.

Pertama : Tidak menjadi tumpuan orang 

Mungkin kalau kamu lihat perempuan yang cantik sentiasa menjadi perhatian oleh lelaki-lelaki mata keranjang mahupun golongan VIP mungkin hidup mereka akan gelisah dan tak tenteram di gangu mereka. Kamu pula tidak dan kenapa kamu bersedih ? bukankah seharusnya kamu perlu bersyukur kerana kamu tidak di gangu, ,selain itu ianya adalah cara Allah untuk meringankan tugas menjaga dirimu. Dan tentunya kamu dapat hidup aman dan damai

 Kedua :Kurangnya penyakit Hati

Pada kamu wajah yang cantik atau hati yang cantik kamu mahukan ? Dengan wajah yang Allah kurniakan pada kamu itu sepatutnya buatkan kamu lebih bersyukur, tidak riak, ujub dan tidak bangga dengan kecantikan kamu ada itu. Dan itu adalah cara untuk Allah kurangkan penyakit hati kita agar sentiasa bersyukur dengan nikmatnya. 

Ketiga : Menjadi kesukaan lelaki 

Mungkin kamu semua tak sedar, kebanyakan lelaki tak suka perempuan yang cantik sebenarnya " susah nak jaga" katanya. Mereka lebih suka pada perempuan yang bersederhana dan sedap mata memandang dan akhlak yang baik. Perempuan yang tidak cantik ini tentunya pandai menghargai apa yang dia ada, penyayang dan bertanggungjawab. Jadi jangan risau ye.

Keempat : Kamu selamat dari lelaki-lelaki yang tidak beriman

Ketahuilah orang yang hadir mendekati kamu dan menerima kamu insyaAllah semuanya akan baik-baik kerana dia dapat menerima kamu seadanya. Kamu bertuah kerana terhindar dari lelaki yang buruk akhlaknya dan lelaki yang tidak menjaga pandangan.

                   

Kelima : Kamu tidak menjadi mangsa syaitan

Kamu harusnya bersyukur kerana syaitan tidak memperalatkan kamu sebagai senjata untuk meruntuhkan nafsu lelaki. Kamu tidak di jadikan tempat menjadi uji kaji oleh syaitan. Jadi renungankan.

Keenam :Yang penting cukup sifat sebagai manusia.

Mungkin kamu rasa sedih dan gundah kerana kamu tidak cantik seperti mereka. Ada apa dengan kecantikan jika hatinya tidak cantik ? Pernahkan kamu lihat orang yang berada di bawah kesusahkan daripada kamu ? tengok orang yang kurang upaya dan cacat , mereka lagilah . Kamu yang cukup sifat tak bersyukur ? jadi malulah dengan mereka.

Jangan ambil hati dengan pandangan manusia, lumrah manusia yang suka pada kecantikan tapi Allah tidak pernah memandang pada kecantikan rupa paras kita. Allah anggap kita adalah sama dan Allah tak pernah membezakan kita walaupun sedikit. Utamakan pandangan Allah dan jagalah hati kita, biar kita tak cantik pada rupa paras tapi kita cantik dalaman kita.

Share This!


49 ulasan:

  1. nice sharing acik..yang penting kita tau batasan setiap perlakuan kita sebagai orang perempuan.dan lelaki akan menyanjung dan menghormati wanita itu

    BalasPadam
  2. Salam acik...

    Akak respek kalau ada lelaki yg bersikap pentingkan kecantikan dalaman wanita(qalbunya) berbanding luaran(wajah tubuh badan) tp kebanyakan lelaki tgk yg luaran dulu acik...walau sekuat manapun iman diorg...hehehe...

    Kwn akak ni..berniqab,x cantik,ada org nak dtg pinang,tp dgn syarat nak tgk dulu wajah perempuan tu...bila buka tutup muka tu utk bg si lelaki tgk,langsung x jadi...hurmm...moga dia dpt jodoh yg lebih baik....

    BalasPadam
  3. setuju sgt tuh :) hm.. xp la. tiap org cabaran dia lain2.

    BalasPadam
  4. betul tu acik..kecantikan hanya pinjaman sementara..akan pudar juga

    BalasPadam
  5. Saya suka ayat ni

    Ketahuilah orang yang hadir mendekati kamu dan menerima kamu insyaAllah semuanya akan baik-baik kerana dia dapat menerima kamu seadanya. Kamu bertuah kerana terhindar dari lelaki yang buruk akhlaknya dan lelaki yang tidak menjaga pandangan.

    BalasPadam
  6. masalah besarnyer masih ramai yg pandang luaran nyer !.. dalaman jatuh no,2 acaner tu

    BalasPadam
  7. setuju sangat.. setiap orang ada klebihan dan kekurangan sendiri.." tak semestinya cantik itu baik & baik tak semestinya cantik" :)

    BalasPadam
  8. Cantik hanyalah bonus tapi penampilan seseorang itu akan lebih indah bila diiringi dengan akhlak yang bagus.

    BalasPadam
  9. sebenarnya semua wanita/perempuan cantik..cuma berbeza2 dipandangan lain2 manusia.tapi sama d mata Allah..

    BalasPadam
  10. Bsyukur Dengan kurnian Illahi.. Zara stuju .

    BalasPadam
  11. Rakan2 lelaki di sini ramai yang komen kata tak suka perempuan pakai mekap, tudung lilit2 lip lap lip lap, cincin2 gelang dan accessories segala. Pendapat acik?

    BalasPadam
  12. sedap mata memandang~~ wah, sama lah mcm kita, ^^
    semua yg Allah ciptakan ada baik dan buruk. nobody perfect.
    setuju sangat2. :D

    BalasPadam
  13. wah..untunglah akak ni tak cantik acik..hehehehehe...

    BalasPadam
  14. Sedih pulak baca entry ni...Alhamdulillah diberikan aggota yang sempurna walau tak cantik...

    BalasPadam
  15. untungnya kak cik tak cantikl kan....hihi...syukur sangat.2 :)

    BalasPadam
  16. cantik akhlak itu paling utama..manakala cantik parasrupa itu hadiah..apa yang paling utama wasatiyyah dalam segenap aspek..amin..

    BalasPadam
  17. alhamdulillah Allah bagi akak tubuh badan yang sihat dan sempurna.. maksud cantik itu tentunya subjektif..

    BalasPadam
  18. Mendalam entri ni Acik.. mmg betul tu. Cukup sifat tu pun adalah satu kecantikan.. & kecantikan hati itu lebih baik & terjamin utk dunia & akhirat.. thanks sharing.. :)

    BalasPadam
  19. Biar x cantik di mata manusia.. yg penting cantik pada pandangan Allah..

    BalasPadam
  20. Assalammualaikum...nice achik,

    mselim3 suka sangat achik punya entry nie.... mmg kekadang setiap sesuatu yg Allah ciptakan mesti ada asbab yang tertentu yg kekadang tak terfikir hikmah yang tersembunyi atas ciptaan Nya..

    mselim3

    BalasPadam
  21. best entry ni. tq acik. tapi actually..setiap kejadian allah itu sempurna sifatnya.

    BalasPadam
  22. Cantik itu subjektif. Ia bergantung juga pada mata mana yang melihatnya. Di zaman yang minda masyarakatnya ditentukan oleh kuasa pengiklanan, cantik itu lebih dinilai pada rupa paras luaran. Kecantikan juga kadangkala boleh mengundang fitnah.

    Biar rupa hodoh asalkan akhlaknya cantik. Rupa hodoh jika akhlaknya baik, lama-kelamaan orang akan melihatnya menjadi cantik. Cantik rupa paras boleh hilang ditelan waktu, cantik rupa budi tidak akan hilang ditelan zaman.

    Maka, berbahagialah kita semua menjadi orang hodoh cantik.

    BalasPadam
  23. kekadang kurangnya kecantikan buat seseorang jadi rendah diri,,so bagi fizi buatkan sedikit perubahan pada diri..

    BalasPadam
  24. bagi fiza sempurna sudah cukup.. cantik bukan pada wajah tp pd hati..

    BalasPadam
  25. best sgt entri ni.. :) thanks acik..bsyukurlah dgn ciptaan allah.. tak cantik xmgapa..sbb semuanya sama disisi allah... :)

    BalasPadam
  26. nice entry, tp kbykn lelaki mmg pandang luaran dulu, susah nk jumpa lelaki yg terima perempuan tu seadanya, by the way suka baca entry ini =)

    BalasPadam
  27. betul kan acik..cantik dalaman, akhlak n peribadinya juga cantik
    insha Allah, ciri2 wanita spt ini pasti membahagiakan buat bakal suaminya

    BalasPadam
  28. bagi syuk cantik sesuatu tu atau buruk sesuatu tu bergantung pada niat si pemilik hati :) hehe

    BalasPadam
  29. yaappp..sy bersyukur dgn keadaan sy sekarang..yg x berapa nk cantik ni pun ramai yg mengganggu..xmau cantik2 sgt.huhu

    BalasPadam
  30. cantik tu subjektif...terpulang pad diri masing2 tuk menilainya

    BalasPadam
  31. Entri yang sangat membina Acik. Ya, kecantikan itu adalah anugerah yang dikurnikan oleh Allah SWT. Begitu juga sebaliknya.

    BalasPadam
  32. bersyukur tu paling penting, kadang2 dah sempurna segalanya tapi masih nak lebih sebab tak puas hati tengok perempuan lain nampak cantik etc etc, cantik tu subjektif, lain orang lain cara menilai kecantikan, yang penting cantik iman :)

    BalasPadam
  33. betul tu acik . patot ramai laki nak jadi pompua sampai langgar batas fitrah sebab pompuan special hee

    BalasPadam
  34. Alhamdulillah..hebatnya Allah mngatur kehdupan manusia. Sesiapa pun kita,trimalah sedaanya.Hikmahnya terlalu banyak. Allahu Akbar. Sama2 muhasabah

    BalasPadam
  35. Setuju sgt dgn apa yg acik kata tu.. dia lebih menghargai apa yg dia ada sebab disebalik kekurangannya ada kelebihannya yg tersendiri Allah berikan..

    BalasPadam
  36. semua sama disisi ALLAH kan acik kan =)

    BalasPadam
  37. alhamdulillah...nasib baik akak tak cantik,
    kalau tak nanti, lupa diri...

    BalasPadam
  38. alhamdulillah...sy seorang y tak cantik..tp pd pandangan suami sy..sy seorang yang cantik..Time kasih Allah..begitu juga yang lain..semua cantik..

    tq..info tersebut

    BalasPadam
  39. cantik itu subjektif, tak sama pandangan orang.. kecantikan wajah hanyalah pinjaman yang boleh diambil pada bila bila masa sahaja tetapi kecantikan hati adalah rahsia yang sangat indah untuk dicari. bersyukurlah dengan ciptaanNya..

    BalasPadam
  40. Adakah anda memerlukan pinjaman segera?
    * Pemindahan Sangat cepat dan segera ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula sembilan bulan selepas anda mendapat wang dalam anda

    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Tempoh
    * Terma pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman,

    Anda boleh mengharapkan bahawa jawapan awal kurang daripada 24 jam dan

    pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang kita perlukan

    daripada anda.

    Hubungi syarikat pinjaman sah dan berlesen yang dibenarkan
    bahawa bantuan kewangan kepada negara-negara lain.
    Untuk maklumat lanjut dan borang permohonan pinjaman melalui Hubungi sekarang

    e-mel: trustloan87@gmail.com

    Hal terbaik,
    Mr.Anthony Dave.
    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
    Amanah Pinjaman Syarikat

    BalasPadam
  41. Kacantikan yang membinasakan itu yang ingin dielak kerana bakal mengundang sejarah hitam.. tapi lumrah wanita jika ingin kelihatan cantik (subjektif)...

    BalasPadam
  42. Mantep Min Artikelnya Oh iya buat cari jodoh online bisa gabung disini sob ^_^
    https://kontakjodohgratis.blogspot.com

    BalasPadam
  43. Setuju dengan point nombor 3.. Saya pun suka pilih isteri yang 'sedap mata memandang' bukannya cantik. Sebab kalau cantik ni susah nak kawal. Walaupun si dia mungkin setia, tetapi hati kita selalu 'dup dap dup dap'. Tambahan pula jika dia cantik dan kita ni ala kadar aje.

    BalasPadam




  44. If you’re going to strap on the same Replica Rolex every day, it needs to look good with both your Tuesday suit and your Sunday t-shirt, but you don’t want it to be boring. You don’t have to spend five figures to get a great Replica Breitling.The Replica Omega Globemaster ($120) handles all situations effortlessly and is packed with technology like a totally anti-magnetic movement and a more accurate and durable co-axial escapement,you’ll notice the seconds hand seems to tick like on a quartz Rolex Air King, but this Replica IWC is because of a special gear-and-spring system inside that gives it the so-called “deadbeat seconds” for more precise timekeeping.As the brand’s iconic Replica Hermes Handbag individual product, admirable adroitness and absolute kelly 35cm demonstrates what both central and outside. Buy Replica Prada Handbag online.

    BalasPadam
  45. laki memang suka nampak pada cantik. tp wanita pula jangan ego dengan menyalahkan lelaki sahaja. belajar hiasi diri. jaga penampilan. sekarang ni macam2 cara dan teknik boleh digunakan untuk tingkatkan diri.

    wanita semuanya cantik. pandangan mata lelaki juga berbeza2 menilai wanita. cantik itu sangat subjektif.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails