Pengikut

Rabu, 6 November 2013

Doa Agar Barang Yang Hilang Dapat Semula

Barang hilang |Aku PEnghibur


Assalamualalikum


Alhamdulilah hari ini berjalan dengan lancar, selesai sudah "oral test" bagi bahasa ketiga iaitu bahasa mandarin. Dan hari ini sangat seronok apabila tadi seorang professor di tempat acik belajar membaca apa yang acik taip di blog. Itu merupakan satu penghargaan untuk diri ini dan beliau memuji setiap orang yang memberi komen dengan sangat bagus sekali dan bernas.

Terima kasih juga kepada yang sudi komen di blog acik yang tak seberapa. Minggu lepas powerbank acik hilang tak tahu mana pergi. Mulanya memang sedih sebab acik memang betul-betul memerlukannya tapi acik fikir itu bukan rezeki acik dan anggap ianya adalah kafarah dosa-dosa kecil yang acik lakukan.

Dan berita gembira acik dapatkan apabila tadi sahabat acik bagitahu bahawa ada naik notis pemberitahuan siapa ada hilang powerbank. Dan acik pergila moga-moga itu acik punya powerbank dan Alhamdulilah betul sekali itu acik punya. Dan ribuan terima kasih sangat kepada orang yang berhati mulia pulangkan kembali powerbank yang hilang tersebut. Semoga Allah merahmatimu dan murahkan rezeki.

Mak ada bagi acik ayat jika barang yang hilang untuk acik baca. Alhamdulillah daripadanya Dia berikan dan darinya juga ia akan kembali. 

Allahumma innaka ta’lamu ayna dholatii wa ayna dhoolats, Allahumma yaa roddadh-dhollati wa yaa haadiyan minadh-dhollati wa yaa  jamian-nasi liyawmin laa royba fiihi, ijma’ ‘alayya dhollatii innaka ‘ala kulli syay-in qodiir.”
 
Artinya : “Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui di mana berada barangku yang hilang dan di mana ia telah hilang. Ya Allah, wahai Yang mengembalikan barang yang hilang, wahai yang memberi petunjuk dari kesesatan, wahai yang mengumpulkan manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya,kumpulkanlah padaku barangku yang hilang. Sesungguhnya Engkau maha kuasa atas segala sesuatu.”

 atau

Doa Barang hilang |Aku PEnghibur
Atau





Tapi jangan hanya berserah sahaja, kena ada usaha juga dan jika barang itu berharga maka buatlah laporan polis .Paling tidak pun kita dah berusaha, segalanya rahasia Allah dan cuba selidik apa yang ktia buat setiap hari, kadang kala ini salah satu juga peringatan Allah untuk kita.


Share This!


49 ulasan:

  1. Biasa sy selawat dan baca 3 qul je...sbb mmg tak ingt dh doa bila mncari brg.. Hehe... Yg pnting cari dgn tng jgn dlm kelam kabut.. Klu klam kbut mmg tak jmpe lah...

    BalasPadam
  2. dulu selalu jugak saya hilang barang ni..tapi skang dh lama kot barang tak hilang..hu3..gud entri bro

    BalasPadam
  3. terima kasih kerana share doa ini...

    BalasPadam
  4. input yang sangat membantu ni..alhamdulillah..sesutu yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya..pada kita juga orang di sekeliling kita. :)

    BalasPadam
  5. Salam Ma'al Hijrah buat Acik dari kak Ummi.... ^^

    Terimakasih doa yang baik, sesungguhnya jangan hanya berdoa tapi harus dibuat agar barang hilang dapat dijumpai semula, betul tak Acik.. ^^

    BalasPadam
  6. terima kasih ye acik..akak kalau barang atau duit hilang,akak berserah je sambil dalam hati berkata 'kalau barang atau duit itu dari sumber yang halal,Kau pulangkan ia kepada ku.kalau tidak,aku redha'..

    BalasPadam
  7. sangat beguna ni, bagus sharing

    BalasPadam
  8. nice sharing acik!! terima kasih ye..=)

    BalasPadam
  9. Betul tu acik..usaha, doa dan tawakkal kan...kalau ada rezeki mesti dapat kembali...

    BalasPadam
  10. thanks acik..boleh diamalkan andai ada barang hilang :D

    BalasPadam
  11. Dah dah itu rezeki kita, tak akan kemana...tapi perlulah dgn usaha, doa dan tawakal...

    BalasPadam
  12. Dulu dekat sekolah, saya selalu hilang barang, tapi tak risau sgt sebab tak lama lepas tu insya Allah akan jumpa semula, mungkin sebab environment sekolah yg 'mesra alam'.
    Tapi biasanya saya berdoa dalam bahasa melayu. Terima kasih kongsikan doa ini :)

    BalasPadam
  13. akak selalu salah letak barang.. mulalah kalut mencari.. terima kasih di atas perkongsian doa itu acik..

    BalasPadam
  14. nak share kan kat fb boleh kan.. :)

    BalasPadam
  15. T kasih Acik diatas perkongsian.. semoga berkat kehidupan.. aamiin..

    BalasPadam
  16. Ada yang kata doa tu juga boleh dibaca jika kita terlupa letak satu2 barang tu...inshaAllah akan jumpa balik.

    BalasPadam
  17. Kak mia pun dah dapat external harddisk yg hilang 2 bulan. Balik rumah sendiri bila orang yang jumpa poskan ke rumah... alhamdulillah... happy sangat2...

    BalasPadam
  18. Salam acik...

    Akak ada ilang dua gugus kunci,satu gugus kunci kereta,satu gugus kunci rumah...dah dua tahun..x tau nak cari kat mana,akak ingat kejadian tu,akak sampai rmh,dh masuk rumah tu letak kunci2 tu tp x ingat di mana...hehehe...nasib ada kunci spare....akak terfikir mungkin akak dh buang dlm tong sampah..kalau ada dlm rmh,mesti msa cari tu kumpa balik,ni nak cuba cari sambil baca doa ni...sblm ni bila cari brg hilang,akak cuma baca surah dhuha je.....tq acik

    BalasPadam
  19. trima kasih atas perkongsian..syukur alhamdullilah rezeki acik dpt balik kan tu powerbank

    BalasPadam
  20. betul tu, doa tapi tak usaha..susah juga...terima kasih utk perkongsian doanya :)

    BalasPadam
  21. Ingatan manusia ni kengkadang terhad. Benda-benda simple pun bole terlupa. Macam kunci kereta dok dalam poket pun kadang terlupa, perginya cari sampai selongkar laci. Hehe

    BalasPadam
  22. betul tu acik. kakija pun pernah amalkan, alhamdulilah. cuma lately ni lupa aje. thanks acik seba ingatkan kembali.

    BalasPadam
  23. terima kasih.. baik untuk diamalkan

    BalasPadam
  24. Baru tahu barang hilang pun ada doa. Nampak sangat aku nie etek ilmu.. Thankz Acik

    BalasPadam
  25. alhamdulillah..syukur la jumpa.. tak semua org baik hati nak kembalikan barang org yg hilang :)

    BalasPadam
  26. InsyaAllah akan dipraktikkan dan juga menjadi ingatan .. :)
    terima kasih Acik

    BalasPadam
  27. tq berkongsi, bagus gt doa ni !.. done nuffnag yer

    BalasPadam
  28. Salam acik...

    Akak baru tgk n baca di chatbox....terimaksih byk2 acik...terharu sgt.....sebaklah.....

    BalasPadam
  29. selalunya , bila barang akak hilang , akak akan solat pastu pi tidur . insha Allah bangun tidur dapat petunjuk ...

    BalasPadam
  30. Moga bermanfaat doa ini. Terima kasih kerana berkongsi.

    BalasPadam
  31. Nak tanya sikit. Saya kehilangan duit. Tak pasti sama ada dicuri atau tercicir. Lebih baik baca doa ni ketika mencari atau sesudah solat?

    BalasPadam
  32. thanks admn share doa yg baik ini..dngn izin tuhan akn jumpa ..

    BalasPadam
  33. terima kasih share doa ini selalu salah letak barang..hihi

    BalasPadam
  34. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  35. KG selalu ilang barang..kengkadang tu kecuaian diri..yg selebihnya wallahu alam la...

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum,

    Terima kasih berkongsi doa ini.

    Semoga Allah SWT balas jasa baik En.

    BalasPadam
  37. Much advanced of Louis Vuitton handbags amid actuality your trend involving accustomed a new backpack starts aback to fourteenth century.amid actuality your trend involving accustomed a new backpack starts aback to fourteenth century.As the beat of fashion,?Hermes Handbags absolutely fabricated abundant accession for avant-garde travelling culture. All of Christian Dior affluence covering appurtenances and accessories are abounding with acceptable superior adroitness and broadly celebrated all over the globe.In addition, Cindy Crawford invests 100% in all its projects. Therefore it is true to Swiss Watches. It not only participates in advertising campaigns for the Omega Watches brand, but it has a say in the development and communication products.

    BalasPadam
  38. mnta tlong doakan sya agar mnjumpai barang sya yg hilng ,

    BalasPadam
  39. Assalamualaikum , petang tdi sy dan anak2 jiran main bola tampar .ntah tetiba je cincin kahwin sy t'cicir . t'kasih share doa ni cik ... nak amalkan in shaa Allah ada rezeki sy jmpa blik cincin tu . mohon doakan sy jmpa cincin sy kmbali ya ? wasalam .

    BalasPadam
  40. Assalamualaikum , petang tdi sy dan anak2 jiran main bola tampar .ntah tetiba je cincin kahwin sy t'cicir . t'kasih share doa ni cik ... nak amalkan in shaa Allah ada rezeki sy jmpa blik cincin tu . mohon doakan sy jmpa cincin sy kmbali ya ? wasalam .

    BalasPadam
  41. Saya google dan terjumpa blog ni... Susah hati saya sbb hilang 2k hari ni, itulah duit yg sy nk simpan sbb sy akan diberhentikan kerja... Sedih sgt

    BalasPadam
  42. Sy plak dirompak pkul 3:30am mlm raya puasa lps. iphone,duit rm2k,rantai tangan,hphone leagoo semua diambil.plg sedih dlm iphone dn beg duit byk kenangan dgn suami,kad kawin n gambar arwah abah..camana la nk dpt balik...mcm mustahil dh..

    BalasPadam
  43. Saya dah kehilangan ic saya buat kali ketiga.Kalau nak pergi buat kena bayar 1000 ringgit.Aduihlah mana saya nak cari duit semua tu.Dahlah saya ada job interview 2-3 hari lagi.Graduate student dgn part time kerja gaji tak sampai seribu.Mampuslah saya nak makan lagi.Nak minta pinjam dengan kawan kawan dengan adik beradik pun saya malu.Saya cuma boleh harap dengan doa ni saya dapat jumpa balik ic saya.

    BalasPadam
  44. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  45. Saya bru lepas hilang duit simpanan tabung brsma suami.suami pon x thu lg..sy tkot nk bgthu..sy xtaw kemana menghilangnya duit tu..sedihh sorg2 lg

    BalasPadam
  46. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails