Barang hilang |Aku PEnghibur


Assalamualalikum


Alhamdulilah hari ini berjalan dengan lancar, selesai sudah "oral test" bagi bahasa ketiga iaitu bahasa mandarin. Dan hari ini sangat seronok apabila tadi seorang professor di tempat acik belajar membaca apa yang acik taip di blog. Itu merupakan satu penghargaan untuk diri ini dan beliau memuji setiap orang yang memberi komen dengan sangat bagus sekali dan bernas.

Terima kasih juga kepada yang sudi komen di blog acik yang tak seberapa. Minggu lepas powerbank acik hilang tak tahu mana pergi. Mulanya memang sedih sebab acik memang betul-betul memerlukannya tapi acik fikir itu bukan rezeki acik dan anggap ianya adalah kafarah dosa-dosa kecil yang acik lakukan.

Dan berita gembira acik dapatkan apabila tadi sahabat acik bagitahu bahawa ada naik notis pemberitahuan siapa ada hilang powerbank. Dan acik pergila moga-moga itu acik punya powerbank dan Alhamdulilah betul sekali itu acik punya. Dan ribuan terima kasih sangat kepada orang yang berhati mulia pulangkan kembali powerbank yang hilang tersebut. Semoga Allah merahmatimu dan murahkan rezeki.

Mak ada bagi acik ayat jika barang yang hilang untuk acik baca. Alhamdulillah daripadanya Dia berikan dan darinya juga ia akan kembali. 

Allahumma innaka ta’lamu ayna dholatii wa ayna dhoolats, Allahumma yaa roddadh-dhollati wa yaa haadiyan minadh-dhollati wa yaa  jamian-nasi liyawmin laa royba fiihi, ijma’ ‘alayya dhollatii innaka ‘ala kulli syay-in qodiir.”
 
Artinya : “Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui di mana berada barangku yang hilang dan di mana ia telah hilang. Ya Allah, wahai Yang mengembalikan barang yang hilang, wahai yang memberi petunjuk dari kesesatan, wahai yang mengumpulkan manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya,kumpulkanlah padaku barangku yang hilang. Sesungguhnya Engkau maha kuasa atas segala sesuatu.”

 atau

Doa Barang hilang |Aku PEnghibur
Atau





Tapi jangan hanya berserah sahaja, kena ada usaha juga dan jika barang itu berharga maka buatlah laporan polis .Paling tidak pun kita dah berusaha, segalanya rahasia Allah dan cuba selidik apa yang ktia buat setiap hari, kadang kala ini salah satu juga peringatan Allah untuk kita.