Ticker

6/recent/ticker-posts

Adakah Allah Akan Terima Taubat Orang Yang Melakukan Dosa Berulang Kali ?


taubat | AkuPenghibur.com

Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah kepada semua pembaca blog aku penghibur. Alhamdulilah dalam tempoh 5 tahun ini banyak suka dan duka yang acik lalui di blog ini. Hari ini acik mendapat pengkhabaran gembira apabila pihak media mahu interview acik untuk untuk sebuah akhbar (akan di beritahu kelak) dan alhamdulilah ada juga pelajar Masscom jadikan acik blogger pilihan untuk sesi interview mereka.

Ramai yang bertanya dengan acik ,adakah apa yang acik taip di blog ini berdasarkan pengalaman ?

Ye , sangat tepat sekali kebanyakan apa yang acik ceritakan adalah berdasarkan pengalamanan diri sendiri, dari orang sekeliling mahupun orang yang berkongsi cerita kepada acik. 

Semalam kebetulan acik tidur dalam pukul 6 pagi  kerana mata ini tak dapat pejamkan mata . Tiba-tiba ada seseorang menghantar mesej di mesej di facebook acik. Mesejnya seperti di bawah .

Salam acik, aku tak tahu nak mula dari mana, tapi aku dah banyak buat dosa , aku malu dengan Allah , kau rasa adakah Allah akan terima taubat aku ? dulu aku pernah bertaubat dan aku ulangi kesilapan tu , aku rasa diri aku hina, adakah Allah akan terima taubat aku lagi ? dan bagaimana untuk aku mencegah untuk ulangi pekara yang sama ? 

Walaikumusalam,  Alhamdulilah kamu sangat beruntung wahai tuan yang bertanya, kerana itu bermakna cahaya iman dalam diri masih kuat lagi dan sangat suka apabila ada keinsafan dalam diri. Allah itu maha pengampun dan maha penyanyang. Dia akan selalu ada untuk kita dan mengampuni setiap dosa yang kita lakukan. Kita manusia ini ada kelemahannya, kadang kala kita terjatuh lagi dan berulang melakukan kesalahan walaupun kita telah bertaubat bersungguh-sungguh. Dan ada ketikanya berlaku kedua, ke tiga terus berulang dan tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.


Acik teringatkan akan satu hadis ini  yang dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:
“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ahh dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya. Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri

Ini cara yang acik lakukan untuk mengisafi diri ini yang kadang kala leka dan khilaf.Semuanya mestilah bermula dari diri kita ,apa yang kita lakukan dahulu, lihat setiap hari apa yang kita lakukan itu ? kalau boleh catit dosa apa yang kita telah buat? 

Lakukan dalam sebulan , dan lihatlah apa yang telah kita lakukan dalam tempoh tersebut ? 

Dan dari situ kita boleh lihat dosa apa yang kita lakukan dan muhasabah diri untuk membaiki diri dari semasa ke semasa .Selain itu , Hendaklah meninggalkan dosa-dosa tersebut berniat kerana Allah taala  dan hendaklah mewujudkan rasa benci terhadap dosa-dosa lalu yang telah dilakukan.

taubat | AkuPenghibur.com

Hendaklah seorang hamba Allah yang melakukan dosa itu bercepat-cepatan melakukan taubat kepada Allah,kerana walaupun dia melambat-lambatkan taubat sekalipun,dia tetap perlu bertaubat juga suatu hari nanti,itu pun jikalau dia masih diberikan peluang hidup oleh Allah. 

Hendaklah dia mewujudkan rasa tidak cukup atau merasa adanya kekurangan terhadap taubatnya supaya dia dapat memperbanyakkan taubatnya kepada Allah dan janganlah dia mewujudkan rasa yakin bahawa taubatnya diterima,kerana nanti akan menyebabkan perasaan merasa selamat daripada kemarahan Allah apabila melakukan dosa.

Hendaklah dia memenuhi kembali hak-hak Allah yang telah dia terlepas melakukanya dahulu semungkin yang boleh,seperti mengeluarkan zakat yang terhalang untuk dikeluarkanya dahulu ataupun hak-hak orang faqir miskin.

Hendaklah dia cuba menjauhkan dirinya daripada tempat-tempat yang boleh mendatangkan maksiat kepada Allah kerana dikhuatiri dia akan kembali melakukan dosa itu demi kerana pintunya yang terbuka luas di hadapanya.
  
Hendaklah dia menjauhkan dirinya daripada insan-insan yang boleh menjuruskanya kembali melakukan maksiat kepada Allah.

Akhir kata dari acik yang banyak kelemahan ini ,jika kita mendekatkan diri ke arah kebaikan maka Allah akan bukakan pintu kebaikan seluasnya dan serapatnya untuk mendapatkan kebaikan. Dan ketika kita mendekatkan diri dari keburukan dan kemaksiatan maka Allah akan luaskan dan biarkan diri terleka dengan dunia kita. Dan akhirnya ketika kemuncak kemaksiatan kita, Dia akan tarik segala nikmat. Bayangkan jika kita mati dalam kemungkaran ? bagaimana nanti jika di hadapan Allah . Inilah selalu yang acik ingat sampai bila-bila untuk diri ini.
 

Catat Ulasan

30 Ulasan

Maria Firdz berkata…
Allah tu Maha Pengampun... tapi taubat yg terbaik ialah taubat nasuha... sebab bukan sng nak capai peringkt taubat nasuha...
Unknown berkata…
Tonton tv1, tv2, tv3, ntv7, 8tv, tv8, astro arena, astro ceria, astro prima, astro arena, astro ria, tv al hijrah, astro oasis, bernama tv dan banyak lagi untuk menonton Click link >>> http://tvradiostreamblog.blogspot.com/2013/11/malaysia-tv-online.html
Asha Lya berkata…
alhamdullilah rezeki acik kan..
Cik Tieka berkata…
mmg bukan mudah ssorg yg ingin kembali ke fitrah asalnya . org sekeliling kena bantu beliau sbb kalau sndiri2 susah sket nak maintainkan perubahan tuh :)
Unknown berkata…
Pernah lihat org yg buat maksiat sedaya upaya nak bertaubat..solat tak tggl..sering dgr bacaan AlQuran..tp akhirnya buat lagi. jawapannya kena jauhkan diri..jgn berada disitu..ia xkan berubah lama.
Unknown berkata…
Allah maha pengampun, seberat mana pun dosa kita kalau kita bertaubat dan menyesal atas perbuatan, insyaallah taubatnya akan diterima..
Unknown berkata…
Alhamdulillah...kalau niat kita ikhlas ingin bertaubat...insyaAllah...Allah pasti melindungi kita
t berkata…
nice post . . .
Unknown berkata…
hendaklah bersungguh sungguh ketika bertaubat.. :)
Imran Azman berkata…
Alhamdulillah.. nice post. semoga kita dibawah rahmat Nya. teruskan menulis dengan post yang berdakwah..
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Kalau iman tak kuat..susah nak istiqomah dlm melakukan kebaikan...beristighfar sekerap yg boleh...itu je yg akak mampun buat...sedangkan nabi kita yg maksum itupun beristighfar sehingga seratus kali sehari..apa lagi kita yg byk dosa ni yg kdg2 kita lakukan tanpa sedar....
Unknown berkata…
just bcoz we forget about our sins doesnt mean it has been forgiven..
Abam Kie berkata…
thanks for sharing..
Mizz Aiza berkata…
yang penting kena istiqamah dan menjauhkan diri dari perkara yang mendorong kita untuk melakukan dosa itu lagi..
Shahrul Yusof berkata…
Kesalahan dan kesilapan itu sesungguhnya tidak pernah lekang dari kehidupan manusia seharian. Pokok pangkalnya, jika hati kita sudah terdetik untuk bertaubat, seeloknya tidak diulangi lagi perbuatan dosa yang pernah dilakukan dahulu.
Tanpa Nama berkata…
berdosa dengan manusia lagi payah memohon keampunan berbanding dengan Allah.kerana DIA Maha Pengampun dosa2nya umatNYA.
Unknown berkata…
Terima atau tidak itu bukan persoalannya...bahkan kita tak boleh berfikir begitu kerana Allah Maha Pengampun. Maka jangan ragu dgn sifat Allah. Apap yg penting ialah, truskan berdoa dan bertaubat. Itu lebih baik sebenarnya.

Selagi mana hati masih terdetik ingat Allah, maka, Insyaa Allah sinar hidayah itu masih ada.
Unknown berkata…
Allah maha pengasih dan pengampun. Jgn pernah berhenti bertaubat dari Allah sbb kita sbgai manusia biasa sering melakukan kesalahan. good sharing. thanks acik. ^^
Mormor berkata…
tahniah acik . tumpang hepi bila acik dapat tawaran tuu . btw , lumrah manusia , takpernah terlepas dari kesilapan . manusia , memang sifatnya pelupa dan sering menjadi pendosa . allah maha pngampun , sebab tuu dia sediakan 'taubat' untuk hambanyaa :')
fragmenbiru berkata…
Betul tu,Allah Maha Pengampun lagi Maha Menerima taubat.... Pintu taubatnya terbuka seluas-luasnya...
Cuma kita manusia sering alpa dan lalai...Alhamdulillah,dalam kealpaan ini kita masih berpesan-pesan kearah kebaikan,mudah-mudahan ianya mendekatkan kita dengan Allah..sama-sama menginsafi
Blog Santai berkata…
Thanks acik..Pintu taubat sentiasa terbuka selagi hayat kita masih ada...
Khir Khalid berkata…
Allah itu Maha Pengampun & Penyayang.. bertaubatlah dgn sebenar2 taubat yakni taubatan Nasuha.. in shaa Allah.. diperkenankan.. Semoga tetap diatas jalan yg lurus.. aamiin..
Dayang Deno berkata…
muhasabah diri... :)
Tanpa Nama berkata…
allah maha pengampun lagi pengasih
Unknown berkata…
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Cik Itah berkata…
perkongsian yg baik..
bersama kita muhasabah diri..
licha berkata…
bykkan berdoa dan bermuhasabah
Tetamu Istimewa berkata…
Kalau nak bertaubat biarlah dari hati yang ikhlas untuk betul-betul berubah. Moga segala dosa diampunkan dan jangan kita ulangkan kembali.
Hamba Allah berkata…
Maaf nak tanya moga ada yg sudi menjawab..perlu ke kita solat taubat utk bertaubat?