Pengikut

Isnin, 4 November 2013

Berhati-Hati Ketika Komen Dan Menerbitkan Entri Dan Status Di Laman Sosial

 Seksyen114A

Assalamualaikum

 Hari ini mood sangat gembira apabila internet laju, kalau tidak oh my broadband kadang ada masanya sangat lambat sampai hajat ,ahu blogwalking itu terpaksa di batalkan. Hari ini entah mengapa ramai pula bertanya berkenaan dengan seksyen 114A Akta Keterangan 1950.

Kebetulan sem ini acik ambil " Media Law" Jadi dapatlah ilmunya sedikit.Ramai sudah membuat entri berkenaan tentangnya tentu kamu sudah pun di carian google. Isu ini memang tak sudah dan hangat terutama kepada pengguna laman sosial tegar. 

Seksyen 114 A, merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950. Pindaan tersebut yang diluluskan Dewan Rakyat tanpa didebatkan terlebih dahulu pada 18 April 2012 dan melalui Dewan Negara pada 9 Mei 2012. Pindaan ini telah diwartakan dan mula berkuatkuasa mulai 31 Julai 2012.

Seksyen 114 A, yang boleh diguna pakai dalam kes jenayah dan juga sivil, mengandaikan bahawa pemilik, pengendali, hos, editor, pelanggan sesebuah rangkaian atau laman web, atau pemilik komputer atau peralatan mudah alih dianggap bertanggungjawab menyiarkan atau mengulangsiarkan isi kandungan yang terdapat pada rangkaian, laman web atau peralatan terbabit.


Definisi & Ringkasan Seksyen 114A

  • Seksyen 114A menyatakan bahawa sekiranya terdapat unsur hasutan atau fitnah di dalam individu yang memiliki akaun laman sesawang seperti Facebook, Twitter, blog dan lain-lain lagi akan didakwa walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain. Begitu juga bagi mereka yang memiliki peralatan jalur lebar. Sekiranya bahan itu dimuat naik oleh pihak lain dengan menggunakan alamat IP pemilik jalur lebar berkenaan, pemilik akan didakwa dalam akta ini.
  • Individu atau organisasi yang mengendalikan atau menawarkan perkhidmatan forum, blog atau laman sesawang perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala kandungan tulisan yang telah ditulis oleh pengunjung laman terbabit. Sekiranya terdapat unsur hasutan, pemilik laman yang dikendalikan akan didakwa.
  • Akta ini juga tertakluk kepada individu yang muncul sama ada menerusi nama, gambar atau nama samaran dalam mana-mana penerbitan yang menggambarkan dirinya sebagai pemilik atau penerbit dalam apa jua bahan terbitan umum. Sama ia telah disiarkan atau diterbitkan semula atau dikongsi, mereka akan didakwa kecuali jika dibuktikan sebaliknya.
  • Individu yang telah berdaftar dengan pembekal perkhidmatan jalur lebar akan dibekalkan alamat IP hak milik individu tersebut secara tidak langsung. Oleh itu sekiranya terdapat unsur fitnah atau hasutan yang telah disiarkan oleh pihak lain dengan menggunakan alamat IP individu tersebut melalui godam, pemilik individu itu akan didakwa sekiranya dapat dibuktikan sebaliknya.
  • Sekiranya unsur hasutan itu telah diterbitkan oleh pihak lain menerusi apa sahaja jenis gadget pemilik individu sama ada komputer, tablet, komputer riba atau telefon bimbit, pemilik akan didakwa dalam akta ini.(sumber dari dtubes.tv

Dalam bahasa yang mudah , jikalau kamu muat naik status di facebook, blog ,twitter dan di bawah status/entri inti comment yang di berikan itu ada unsur-unsur hasutan , penaik status itu aka ianya adalah anda jika di laporkan kamu boleh di kenakan di bawah akta ini. 

Oleh sebab itu, berhati-hati apabila pergi ke pusat komputer mahupun komputer kamu sendiri, pastikan log out dulu dan pastikan kamu benar-benar sudah log out. Takut-takut ada yang buat dajal tak pasal-pasal kamu yang terkena. Segalanya boleh berlaku jika kamu tak hati-hati.Sebab itu di blog buat penapisan komen sebelum siarkan . Orang kata lebih baik sediakan payung sebelum hujan, dan silalah baca kembali selepas pos sesuatu pekara itu di laman sosial. 

Share This!


32 ulasan:

  1. Nice entry.. Peringatan utk semua.. Hati2 sblum terkena...

    BalasPadam
  2. terima kasih atas entry ini..Peraturan untuk semua..

    BalasPadam
  3. nice info...thnx sgt2! hehe... harap xjd kat kita la kn...

    BalasPadam
  4. Terima kasih peringatan untuk semua

    BalasPadam
  5. terima kasih atas peringatan ini . lepas ni kena berhati2 :)

    BalasPadam
  6. Wahhh...begitu rupanya ye acik...tp kenapa ada byk page yg menghasut dn menfitnah tak diambil tindakan ye acik?maybe sbb tkde yg report kot...

    Kdg2 kita tak sedar dh buat silap tanpa niat....

    BalasPadam
  7. Kadang-kadang kita berniat baik, tapi disalah tafsirkan..ada jugak yang memang jelas-jelas menerbitkan entry yang kurang enak dibaca..bahasa yang agak kesat..tak taulah apa tujuan dia..harap-hrap kita semua tak macam tu ya..

    BalasPadam
  8. kesian parents dia orang kan...hmmm

    BalasPadam
  9. sebagai peringatan ni.. terima kasih..

    kadang2 takut jugak.. takut orang salah faham apa yang kita cuba sampaikan.. huhu

    BalasPadam
  10. Itu lah. Zaman sekarang ni mudah sangat benda2 mcm ni jadi. Thanks for the reminder! :)

    BalasPadam
  11. terima kasih for the reminder ;)

    BalasPadam
  12. T kasih diatas perkongsian & peringatan ini Acik.. Salam Maal Hijrah.. :)

    BalasPadam
  13. Terima kasih di atas perkongsian entri ni.. semoga jadi manfaat kepada kita semua.. :-)

    BalasPadam
  14. Law sebegini pada aku merbahaya juga. Berkemungkinan seseorang yang tiada niat memfitnah pun boleh terkena sebab berkenaan takrifan hasutan itu sendiri dari segi undang-undang pun masih belum clear.

    Tapi, well, nak buat macam mana. Rakyat macam kita ni mana ada kuasa pun, gubal la undang-undang macam mana sekalipun, kita redha jerrrr.

    BalasPadam
  15. Sediakan payung sebelum hujan...salam tahun baru.

    BalasPadam
  16. Assalammualaikum..acik..nice sharing nie..pas nie kena lbih berhati2 kalau nk update @ komen pape..hihi..:)

    BalasPadam
  17. Aku mmg selalu berhati-hati dlm mnerbitkan komen dan entry..boleh dihebahkan pd rakan2 dan keluarga yg lain pasal pindaan Akta ni..tq sharing

    BalasPadam
  18. Pernah kena..siap chat dgn kawan ttg hal lucah..sggh memalukan..mgkin sy lupa nk log out masa buka kt mana2

    BalasPadam
  19. Dalam berbloging pun harus ada batasannya... Salam maal hijrah Acik

    BalasPadam
  20. memang kena jaga betul2 la lepas ni..silap2 kena saman..hu3

    BalasPadam
  21. betul tu cik..kena hati hati bila online kena pastikan semua da logout ..

    BalasPadam
  22. selalu perlu berhati-hati..kalau nak upload status atau tulis entri sekalipun kena fikir betul-betul dulu jangan main lepas cakap je kan. :)

    BalasPadam
  23. terima kasih untuk teguran ini bro :)

    BalasPadam
  24. Whoa. Nice sharing, Acik! Itulah pentingnya comment approval skrg ni. Hee. Thanks for the info.

    BalasPadam
  25. bahayanya.. terima kasih kerana mengingatkan akak..

    BalasPadam
  26. terima kasih achik mengigatkan kita semua. Seyes mmg bahaya coZ HACKER pun tukar vpn kot2 terkena ip kita. Tak pasal kita lak yng tertangkap.. hurm

    BalasPadam
  27. orang kata terlajak perahu boleh diundur,,terlajak kata buruk padahnya.. hehe

    BalasPadam
  28. Terima kasih Acik atas perkongsian ini. Sangat penting ni.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails