Pengikut

Sabtu, 24 Ogos 2013

Allah Menjadikan Kita Manusia Dengan Kelemahan Dan Kelebihan Agar Kita Sedar Diri Kita


aku penghibur

Assalamualaikum

Alhamdulilah pejam celik mata ini cepat betul masa berlalu dah usia tahun ke 2 domain akupenghibur.com. Semenjak tukar ke url tersebut blog acik alhamdulilah di terima dan menjadi perhatian. Dulunya acik hanya menguna nama url blog yang agak susah di cari. Dalam diam blog acik telah masuk Tahun ke 5 usianya. Tak sangka dah 5 tahun acik berblog tapi masih jauh lagi perjalanan hidup blog ini dan insyaAllah akan di teruskan selagi termampu. 

Acik nak ucapkan ribuan terima kasih blogger-blogger yang banyak sangat membantu di awal pembabitan acik di dunia blog. Apabila saat pertama menaip di blog ini yang banyak di kisahkan tentang kisah cinta zaman sekolah. Cewahh cerita tentang "dia" sahaja , apabila baca balik entry lama memang kelakar. Tapi acik dah jadikan draft , malu kalau orang baca entry yang lama. 

Dulunya seminggu sekali entri di terbitkan ,kadang sebulan sekali. Sehinggalah kini setiap hari mesti terbitkan sekurangnya 1 entry. Telah banyak peristiwa yang menarik sama ada pahit mahupon manis acik lalui di saat jadi blogger di mana acik pernah di ancam bunuh (click sini). Dan beberapa kali mahu rehat dalam menjadi blogger. Tapi hasil semangat rakan-rakan acik jadi cekal dan terima ini sebagai ujian untuk diri ini. 

Dulu tak ada yang sudi baca entri acik, nak dapat pageview atas 100 ke atas pon susah. Alhamdulilah rakan-rakan blogger banyak membantu acik. Secara jujurnya saat pertama acik menjadi seorang blogger itu acik tak pernah mahu kejar pada populariti, tak pernah kejar mahukan duit tapi yang hanya acik mahukan adalah kepuasan dalam berblog, mencerita pengalaman peribadi dan kisah orang di sekeliling acik. 

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu , begitulah ironinya kehidupan ini. Acik pon tak sangka menjadi blog acik mendapat perhatian dari pihak media mahupun rakan-rakan blogger yang mula menyedari blog aku penghibur. Dulunya acik tak tahu langsung SEO dan apa-apa tetang blog. Semuanya acik edit simple yang mungkin.

aku penghibur

Alhamdulilah ini carian untuk semalam untuk blog aku penghibur. Tak sangka ada yang sudi bertandang dan mencari acik di carian google dan yahoo. Acik bukan mahu mendabik dada tapi ini adalah sedikit tentang kisah acik jadi blogger. Teguran dan kritikan kamu semua acik perlukan untuk baiki diri ini dan blog ini. JIka ada boleh bagitahu. Dan acik minta maaf jika ada entri acik buatkan kamu tak senang dan ada terasa hati.Kita sendiri tahu kita ada kekurangan. Tugas kita bukan menilai kekurangan orang lain tapi memperbaiki kekurangan diri sendiri.

aku penghibur

Ya Allah jauhkan aku dari perasaan riak dan ujub., janganlah jadikan semua ini alasan untuk aku jauh darimu dan hilang jati diriku. Ku menaip di blog ini hanya ingin mencari keredhaanmu dan istiqamah untuk selalu di landasanmu.Kuatkan hati ini dan murahkan rezeki serta berikan kebahgian kepada mereka yang membantuku , menjadi rakan blogger ku serta yang sudi membaca di blog tak seberapa ini. Wasalam

Share This!


49 ulasan:

  1. as-salam acik, sedar kita masih di awal waktu..harap ia kan menyemarakkan lagi semangat berblog untuk menayampaikan sesuatu yg boleh memberi manfaat ...sekadar blogging biasa, ia tiada salahnya..bahkan menghiburkan/menceriakan suasa iadalah sebagai bonus kepada pembaca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumusalam. insyaAllah PCL, moga kita dapat meriahkan lagi dunia blogger ini

      Padam
  2. good luck dan tahniah .. kalau usaha mesti ada timbal balasnyakan ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih ..insyaAllah acik akan terus berusaha :)

      Padam
  3. Tahniah.. Biasalah kdg2 ujian tu utk mematangkn diri kita juga... Mood nk berblog tu pun ldg trun naik...tmbh blogger smbilan dan seronok2 mcm sy... Tulis ikut rasa... Namun Alhamdulillah...bila ada yg PM bgtau seronok baca entry kt blog sbb byk ilmu dan info yg x pnh tahu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah kak maknanya penulisan akak berkesan ...kita sama-sama berusaha untuk jadi lebih baik :)

      Padam
  4. Tahniah acik, kisah acik mama jadikan pembakar semangat untuk terus maju dalam dunia blogging.. mama doakan acik terus berjaya dengan jayanya.... amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah ,sama-sama kita saling membantu untuk terus maju ke hadapan :)

      Padam
  5. Tahniah ^^ teruskan dengan apa yg acik buat nie :D

    BalasPadam
  6. tahniah acik..rugi lak xdpt baca kisah cinta acik..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih ishh tak bace pon tak pe, segan je, jiwang karat

      Padam
  7. tahniah acik.. semoga acik terus bersemangat untuk berkongsi informasi berguna dengan semua pembaca.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih miza :) insyaAllah acik akan cuba sedaya upaya

      Padam
  8. tahniah dan good luck bro..teruskan berusaha..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih :) acik akan terus berusaha gambate !

      Padam
  9. tahniah acik..semoga kekal menjadi blogger retis yang rendah hati... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kak kathy , retis itu tidaklah kak , tapi usaha ke arah kebaikan

      Padam
  10. Tahniah untuk pencapain yang cemerlang...hihi...
    semoga bertambah lebih maju di akan datang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaALLAH kak , acik akan terus mencuba

      Padam
  11. tahniah acik..5 tahun bukan satu perkara yg senang untuk maintain..semoga lepas ni pon terus berjaya ye..amin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin moga dapat maintain untuk 5 tahun akan datang :)

      Padam
  12. actually kepuasan berblog apebila orang bertandang dan bagik respond kat sesuatu entry...bagi aku kalau orang x bertandang kat blog meninggalkan komen pasti entry aku sendiri kurang bagus...so,buat yang terbaik selagi mampu...tahniah!!!dah lima taun dah!!!!aku pon baru aktif 2 tahun neh..heheheh...all the best!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks peonix moga sama-sama kita buat yang terbaik untuk blog kita

      Padam
  13. Blog ini sudah ada tarikan, tidak apa pun entri yang kita buat.. Aka ada orang bertandang walaupun hanya sekeping gambar :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin mudah-mudahan seperti itulha hendaknya

      Padam
  14. ok blog acik ni.... kak mia tengok ada potensi... keep it up dear....

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin ya Allah ,mudah-mudahan kak mia

      Padam
  15. Balasan
    1. ingat nak kritik, tapi tak pandai memberi kritkan membina.. :)

      Padam
    2. tak pelah macam , jika mahu kritik di alu-alukan sangat ::)

      Padam
  16. Assalamualaikum.

    Tahniah acik..5 tahun bukanlah jangka masa pendek. Biarpun dalam tempoh itu ada turun naiknya..

    Ya betul..setiap kita ada lebih dan ada kurangnya.. Berblog ni, kita kena banyak muhasabah diri sebenarnya. Ini peluang untuk kita perbaiki diri. Biar sikit2, tpi ada perubahan kearah yg lebih baik.

    InsyaAllah, lama2 benda lain,perkara2 lain akan dtg ikut kita..rezeki, kawan2, dsbgnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumusalam, betul ada turun naik blog sudah tentu , kekurangan itu kita baiki dan insyaAllah akan cuba melakukan perubahan demi perubahan :)

      Padam
  17. Alhamdulillah syukur..pergh! rupanya dah 5 tahun acik berblog, tabik spring kejap huhu. Syukur sangat waktu mula-mula kenal blog ni terus jatuh cinta. Tiap hari tak sabar nak tnggu acik update blog, sebab menarik...banyak pengajaran, nasihat, tauladan dan banyak lagilah yang positif2. teruskan berkarya ye acik. Tahniah~

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah terima kasih kerana sudi bace entry acik ,insyaAllah akan teruskan dan banyakkan pekara yang positive :)

      Padam
  18. Tahniah acik. Semoga terus maju dalam dunia blog ini. Saya pun masih banyak yang kena belajar. Pasti, blog ini akan menjadi tumpuan ramai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih cikgu, acik pon masih jauh perjalanan dan banyak pekara perlu di perbaiki

      Padam
  19. Syukur alhamdulillah, tahniah...Teruskan semangat anda dan berkongsi kisah, pengalaman dan pengetahuan buat rujukan dan pedoman. Terima kasih juga kerana sering menyokong blog saya... Semoga Acik terus berjaya dan menjadi penghibur di dunia blogging ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah, sama-sama BM, blog BM memang best sebab itu perlu di sokong , semoga kita terus sebarkan ilmu Allah :)

      Padam
  20. Syabas & tahniah Acik! Sy ttp doakan kejayaan yg berterusan & menjadi inspirasi kpd yg lain termasuk sy yg masih baru ni.. amin. All the best!

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin , mudah mudahan ,terima kasih atas doanya :)

      Padam
  21. Ish..lambat pulak dtg kesini.. mcm2 problem.. Blog Acikk mmg buat sy bangga.. bangga dpt kenal dan berkawan..bangga sbb Acikk dh jadi blogger terkenal..tahniah.. sy akan sentiasa menyokong Acikk.. Suka gambar kat atas..

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah teruskn usaha acik =) blog acik terbaik bg sy..tahniah

    BalasPadam
  23. Alhamdulillah and tahniah acik. Dah lima tahun ya..dah lama tu and boleh dikira otai ni..bestkan banyak pengalamn yang dilalui sepanjang 5 tahun yang mematangkan usia blog ni..good luck k..

    BalasPadam
  24. alahamdulillah..moga terus menulis dan mencoretkan sesuatu untuk tatapan semua..moga acik terus berjaya di dunia blogger.. :))

    BalasPadam
  25. alahamdulillah..moga terus menulis dan mencoretkan sesuatu untuk tatapan semua..moga acik terus berjaya di dunia blogger.. :))

    BalasPadam
  26. teruskan menulis. tengok ramai betul komen. retis ni. hehehe

    BalasPadam
  27. Umur acik berapa?sejak usia berapa acik berblog ni...?moga terus sukses......

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails