Assalamualaikum
Alhamdulilah kerana masih lagi bernafas di muka bumi Allah dan berselawatlah ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Minggu ini ramai rakan-rakan acik akan mendirikan rumah tangga, tinggallah kami yang membujang lagi ini. Semalam acik dapat mesej dari seorang rakan, dia akan bernikah pada hari malam ini dan ahadnya majlis persandingannya. Tapi dia ragu tentang perkahwinan akan berlangsung dan dia minta nasihat untuknya.
Kamu mahu berkahwin kerana apa ?
Jika asas perkahwinan adalah kerana Harta,
maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis..
Jika asas perkahwinan adalah kerana Kepuasan Nafsu,
maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan..
Jika asas perkahwinan kerana Kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut..
Jika asas perkahwinan kerana Anak,
maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir..
Jika asas perkahwinan kerana Keperibadian,
pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya..
Jika asas perkahwinan kerana Cinta,
hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi...
Namun,
Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah,
sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya...
Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya...
Allah..Allah..Allah.. Moga masjid yang dibina kekal bahagia keranaNya sampai syurga..Insya-Allah. Ini hanya sekadar nasihat. Jika perkahwinan kerana ibadah kepada Allah. Maka Allah akan melengkapi keperluan kita dari segi rezeki, Anak dan segalanya. Yakinlah dengan Allah. Kepada rakan-rakan blogger yang sudah berkahwin acik mohon nasihat dari kamu untuk diri acik dan kepada mereka yang mahu melangsungkan perkahwinan.

27 ulasan:
betul tu acik..bernikahlah kerana Allah insyaAllah kita akan bahagia bersama pasangan kita..
betul tu acik.. mama setuju,.. :) jika kerana nafsu hancur binasa lah. tapi, jika kerana Allah.... insyaallah kekal aman dalam rumahtangga..
terima kasih atas perkongsian acik...setuju dengan acik dirikanlah mesjid kerana Allah insyaAllah akan berkekalan hingga jannah, moga entri ini dpt mmberi pedoman kpd pasangan muslim yg dah berkahwin dan yang baru nak kahwin serta diri krole sendiri untuk memuhasabahkan diri dan perbetulkan niat~
salam acik..salam jumaat..
tajuk yang menarik untuk dikongsi bersama. berkahwin kerana cinta itu satu pilihan, berkahwin tanpa cinta juga pilihan, tapi kerana perkahwinan itu di niatkan kerana allah swt dan mengikut sunnah nabi,insyallah kekal bahagia. nak kongsi something la, sikit je ye acik..
perkahwinan akak di temukan oleh family, tak pernah kenal my other half yg sekrng ni dulu, sb sudah ada cinta lain. tapi kuasa allah siapa yang tahu. kami bercinta selepas di ijab dan qabul. alhamdulilah...allah masih sentiasa merahmati perjalanan cinta kami.
kenapa erk nk kawen......
perkahwinan biarlah direstui dan diberkati......
tetapi berapa ramai yg berkahwin kerana Allah? bila bercerai salahkan jodoh, berapa ramai yg anggap itu adalah sebahagian daripada ujian Allah?
Entry peringatan yg baik bro..^___^
Hakikat perkahwinan menyatukan untuk menghalalkan...Tapi adalah anda redha dengan syukur atas perkahwinan itu..Berkahwin bukan melengkap segala rukunnya...tapi untuk kita lebih mengenali dan saling belajar menjadi pasangan yang berilmu ke jalan Allah....betol tu dik...memilih perkahwinan kerana Allah adalah perkara yang paling baik... Sekali kita ragu dengan perkahwinan...mintak pertunjuk...sujudlah istiqarah...insyaAllah andai Allah memang hadirkan dia untuk kita...pasti Allah akan pelihara cinta dan kasih sayang kita jikalau kita melebihkan cinta kita kepadaNYA..
Saya suka dengan entri ini. Bahasanya disusun dengan kemas dan mudah difahami. Moga bermanfaat untuk saya dan golongan seangkatan dengannya yang belum mendirikan rumah tangga.
perkahwinan biarlah kekal untuk selamanya...
Bagus entri ni.. berkahwin biarlah kerana Allah & sebagai ibadah hanya kepadaNya. Seoga rumahtangga kekal bahagia selamanya, dunia & akhirat.. amin.
setuju.. berkahwinlah kerana Allah s.w.t bukan sebab nafsu ..
Dalam seratus manusia yang berkahwin, nak cari yang berkahwin kerana Allah itu teramatlah susah. Kerana sebab berkahwin itu berubah setiap saat. Pastinya sebab pertama ialah rupa. Tak kira la sebesar mana serban atas kepala, rupa mesti jadi pilihan pertama. Lepas tu barulah cari asbab lain bagi menjadikan sebab kahwin itu kerana ALLAH.
kawan fizi pun sama, dh ramai yg membina masjid..:) semoga majlis perkhwinan kawan bro berjalan lancar :D
bilalah aku nak kahwin..haha
insyaallah, kalau berkahwin nanti kerana ibadah kepada ALLAH.mudah2an =) insyaallah pasti akan kekal harmoni hingga syurga..amin
betul tu, insyaAllah kita akan bahagia selamanya
betul mama :) semoga niat kita di betulkan berkahwin kerana Allah maka akan bahagia
haruslah kerana ALLAH :D
alhamdulilah amin mudah-mudahan yang membaca ambil iktibar :)
slalu yg ni bermain d fikiran... tp syukur alhamdulillah... Allah lah segala2 nya...
itulah yang sebaik-baiknya.. berkahwinlah untuk mendapat keredhaan dari Allah.. :D
Matlaaat kna jelas.. Buat apa2 pun yg baik jika kerana Allah pasti bejaya dan dikira ibadah... Biarlh matlamat perkhwinan tu utk cari keredhaan Allah...
Haaa sy la blogger yg dh kawin tu..sy doakan Acikk menemui seorang gadis yg beiman, baik budi pekerti dan mencintai Acikk apa adanya.. setia bersama hgga akhir hayat..
inshaaAllah..pasti kerana Allah..sbb semuanya dri Dia yg maha esa..
Kerana Allah..niat kita yang tentukan semuanya..:))
Perkahwinan juga adala satu ibadah...kalau dgr ustaz kazim eliyas...rasa nak kawin cepat je utk dpt pahala...tp Allah maha mengetahui....
Catat Ulasan