Pengikut

Khamis, 22 Ogos 2013

Peminta Sumbangan Bengang Kerana Senyuman


peminta sumbangan

Assalamualaikum


Alhamdulilah dapat lagi kita hidup di bumi Allah ini, jom selawat ke atas junjungan besar nabi muhammad saw.Tinggal beberapa lagi akan balik ke uitm kerana cuti sem dah nak habis dan akan mulakan pengajian semula sebagai seorang pelajar. Alamak rindunya nak balik ke uitm berjumpa dengan rakan-rakan.

Semalam kawan baik acik ceritakan pada acik tentang satu hal yang berlaku padanya. Semalam dia keluar dengan adiknya ke bandar. Adiknya ini jenis yang suka bertanya , yelah budak kecil memang banyak tanya lagi-lagi pekara baru yang dia nampak. Adik dia kalau jumpa acik memang akan macam-macam akan di tanya dan berbual macam orang tua,seronok kalau berbual dengannya.

Di Jadikan cerita,semalam mereka pergi ke bandar untuk cari barang-barang ,dah penat pergi beli barang pergilah makan.  Masa kat kedai itu ada seorang pak cik datang ke meja mereka untuk meminta sedekah katanya untuk sekolah tahfiz.

Masa pakcik duk terangkan tentang rumah rumah tahfiz ini, kawan acik pelik tengok adiknya tersenyum saje tanpa berkata-kata biasanya dia yang kecoh. Kawan acik tanyalah "adik kenapa asyik tersenyum saje ? 

Adiknya jawab bukan ke abang cakap kalau kita tak ada duit dan ada niat nak sedekah boleh bagi senyuman ? bukankah senyuman itu satu sedekah?

Pak cik itu menyampuk : Memanglah dik, tapi kalau senyum je tak beri apa-apa , perut yang kosong pon tak boleh kenyang kalau setakat senyum ..duit itu penting duit !!!

Adik : Pak cik saya minta maaf , pak cik datang ke meja kami ini, kami ini masih lagi pelajar mana ada duit banyak tu pak cik, duit pergi sekolah pon mak bagi RM 2 .

Pak cik : Ahh ? Pak cik tak minta banyak pon ,seikhlas hati je nak

Adik : Seikhlas hati ? tapi amar tengok kat resit itu ada RM 10 ? kalau nak bagi RM10 tapi x ikhlas macam mane ? kalau yang saya ikhlas RM 1 je boleh tak ? tapi tak sama dengan jumlah yang ada kat resit tu ? kalau gitu pak cik ambillah duit saya nie.Kalau tak nak ambillah nasi ini, sebab kat sekolah cikgu kata sedekah itu bukan duit sajekn, barangan dan makanan pon boleh.

Pak cik : Ishh budak ini !! kecik-kecik pandai menjawab.

Pak cik terus berlalu pergi, dengan muka yang bengang. Kawan acik hanya mampu tergelak sekuat-kuatnya. Pandai betul adiknya. 

Maksud disini, yelah orang sekarang nie datang ke meja kita kata sumbangan ikhlas tapi resit yang telah tertera jumlah wang . Yelah kalau kita beri sikit pak cik akan terima tak ? itu maksud adiknya. 

Entah acik pon tak tahu nak cakap, tapi kalau acik tengok berita mengatakan bahawa pihak tahfiz yang berdaftar tidak benarkan untuk meminta sedekah mahupon sumbangan. Apa-apa Allah lebih mengetahui, kita bersangka baik saje.


Share This!


45 ulasan:

  1. nice story, banyak pengajaran

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah, thanks sudi membaca :)

      Padam
  2. betul la tu..nampak sangat pakcik tu tak ikhlas

    BalasPadam
    Balasan
    1. entahlah kak .,tapi nampak gaya cara kawan acik bercerita begitulah :)

      Padam
  3. erm , budak lagi ikhlas untuk memberi...kalau betul pakcik uh nak minta sumbangan , biar ihklas , tak payah nak marah budak tu.... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu :) , itulah semoga di jadikan iktibar

      Padam
  4. Itulah dunia sekarang.. sy bukan nk tuduh sesiapa, tp mmg banyak org buat keuntungan dgn menjual agama atas tiket ikhlas & amal jariah.. mmg x baguslah mcm tu. Thanks sharing Acik, sgt bagus utk pengajaran & peringatan diri ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu khir, jangan jadikan agama itu peluang untuk kita menipu orang lain ..don't don't

      Padam
  5. Hmm.. Tu yg buatkn kdg2 rasa x ikhlas nk.mmberi... X yah bg lah klu rasa x ikhlas..nnt lagi x berkat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ermm itulah , belajar untuk ikhlaskannye

      Padam
  6. klu minta derma dgn marah2 , emmm ... bersangka baik saje ler ...

    BalasPadam
  7. iyu dah banyak berlaku skng..semua dh siap dgn resit..tapi bila dh nama sedekah seikhlas mungkin..bg pon seikhlas je la..nanti kalau lebih2 jadi x ikhlas pula kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahhh , beri yang kita termampu saje :)

      Padam
  8. Bijak betul adik kawan acik tu.. Tetapi memang betul kata2 adik kawan acik tu.. Cuma pakcik tu tak patutla nak melenting macam tu.. Dah orang takde duit, nak buat macamana kan? Bagi singgit tak nak pulak.. Kata sumbangan ikhlas.. Pelik betul lah manusia ni.. Macam2 ragam.. Bersangka baik je lah.. =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah , mungkin dia malu sendiri kot :)

      Padam
  9. Peminta sepertinya sudah menjadi satu profesyen pekerjaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah, mungkin jgk ..ishhh jadi pengemis pon boleh kaya

      Padam
  10. hari tu, kat bukit dahlia ni pun ada kisah sebegitu.. muka lawa-lawa minta sedekah, ... pelik jugak mama, bila kita nak bagi berapa kita ada, muka dah ketat dah.. kat resit tengok mahal.. last-last mama tak bagi.. hihihi..

    nak bersangka baik, tapi hati mengatakan lain.. baik tak payah beri kalau tak ikhlas.. kan acik.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah, banyak lagi kerja lainkan ...ishhh

      Padam
  11. lain kali bagi dia senyuman je .. kan senyum satu sedekah .. heheheh

    BalasPadam
  12. betul jugak tu...sama juga kat luar bank,banyak juga peminta sumbanagan atas nama tahfiz bagai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aahh kak, kita beri yang termampu sahaja

      Padam
  13. pengajaran bersama sebab ramai yang meminta sedekah tapi untuk siapa pun kita tak tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebih baik sedekahkan kepada yang sepatutnya

      Padam
  14. Humm issue ni berat sbb brkaitan dgn agama. Kta pn blh jd serba slh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah , jadi bersangka baik sajelah

      Padam
  15. Yelah x paham kenapa derma dah ada resit2. Hari tu datang laki ni lagi lah, boleh derma RM25 je. Cisscake

    BalasPadam
  16. Bulan puasa hari tu ramai jgk yg dtg ke rumah minta sedekah..blm habis cerita dh bg duit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak apalah mieza :) beri yang termampu

      Padam
  17. Suka dgn jawapan adik tu...senyuman pun sedekah juga, :)

    BalasPadam
  18. bijak betul adik kawan acik tu.. sampai terkasima pakcik tu dibuatnya.. hehe.. betul tu, ramai orang yang anggap sedekah tu hanya dalam bentuk wang/material.. padahal senyuman tu pun sedekah juga.. semoga adiknya terus membesar jadi anak yang soleh.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin mudah-mudahan ... maybe pakcik tu tak faham konsep sedekah

      Padam
  19. Kalau kita nak minta derma tak perlulah nak emosi yaya rasa..dan terpulang pada penderma tu mahu derma atau tidak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu yaya... rasanya tak payah nak emosi sangatkan :)

      Padam
  20. menderma kalau untuk kebaikan si penderma takpe.
    ini derma kat peminta sedekah tetapi dibuat beli arak.
    berdosa dahh.

    BalasPadam
  21. terbaik =) budak kecil pn dah faham..ada betulnya disitu..tpuk dada tnya iman..skrg ni, bnyak sgt yg minta derma..kita nk bg pn bia la ikhlas hti kita kn.. =)

    BalasPadam
  22. bijak sungguh otak adik tu..kdg2 mmg ada segelintir dr mereka yg memohon sumbangan mcm tu..yg menyalahgunakan maksud IKHLAS tu..appun..baik atau tidak niat tu..hanya Allah yg Maha Mengetahui..:)

    BalasPadam
  23. Bukan nak cakap apa Acik....
    Kadang orang minta sumbangan ni demand...
    Kita sendiri tak tau betul ke tak kan...
    Bile bagi singgit seikhlas hati kita takmo amik..
    Tapintu la, urusan dia dengan maha esa kan.... =D

    BalasPadam
  24. mcm2 kerenah kan dunia zaman sekarang..betul kalau kita nak sedekah biarlah ikhlas..duit memang penting tapi lgi penting niat kita yang meminta dan memberi ni.. :))

    BalasPadam
  25. Hahaha...bijak budak tu...akak pernah juga tulis kisah sedekah ni di wall fb akak tp lain sikit,kisah sorg budak asyik senyum je pd tabung duit di surau setiap kali dia ke surau tu..bila pak imam tanya kenapa asyik senyum je kat tabung tu,budak tu jawab,kat tabung tu tulis tabung utk sedekah,sy tkde duit jd sy senyum la....hahaha

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails