Pengikut

Sabtu, 26 Januari 2013

Cabaran Terberat Diriku Sebagai Blogger Apabila Aku Di Jadikan "Scapegoat"


Assalamualaikum

Alhamdulilah ,acik sangat bersyukur kerana acik begitu tak sangka ada yang sokong acik , dan membaca entry acik yang tak seberapa di blog nie. Semalam acik ada cuba minta pendapat di facebook untuk berhenti untuk menjadi blogger. Acik nak berhenti bukanlah kerana tak tahan atau tak sanggup lagi . Tapi acik dapat ugutan bunuh dari seseorang hamba ALLAH yang jadikan acik "scapegoat" atau kambing hitam untuk masalah hidup mereka. Alhamdulilah segalanya terlerai dan selesai. 

Masalahnya itu apa ?? biarlah itu menjadi satu rahsia, tapi apa yang boleh acik katakan hidup ini kita jangan berlandaskan emosi  dan nafsu semata-semata kerana apabila kita berlandaskan emosi  dan nafsu segala tindak tanduk kita menjadi serba tak kena. Kerana cinta kita sanggup melakukan apa saje walaupon pekara yang kita lakukan itu akan sakiti orang yang kita sayang .

Adakah sayang itu perlu cemburu berat?
Adakah sayang itu kena bagi maruah diri ?
adakah kerana sayang kita kena korbankan nyawa kita ?

Sayang seseorang yang belum menjadi halal untuk kita adalah sekadarnya. Belum lagi jadi yang halal habis si perempuan di belasah dan di pukul kerana di katakan curang dan tak suka apabila si perempuan berubah kearah kebaikan. Ingat lelaki adalah imam dan khalifah di muka bumi ALLAH ini, jika apa yang kita lakukan hanya berlandaskan emosi, ego, nafsu dan gunakan kekuatan yang ALLAH berikan pada kita dengan cara yang salah, tak ubahlah diri kita seperti hidup takut bayang-bayang sendiri

Si perempuan mengadu dengan acik, dia dah beberapa kali terlanjur dan ingin berubah, dia kata tak pelah apa yang berlaku itu adalah sebahgian khilafnya . Tapi si lelaki tidak suka perubahan si perempuan kerana dia katakan hanyalah sia-sia saje kerana dia perempuan dah kotor. Dan tak layak untuk dengan mana-mana lelaki . Jika nafsu jadi utama maka agama juga di ketepikan walhal kita tahu tentang hukum buat dosa tersebut.

Mungkin ada tak paham apa yang taip ini, ini biarlah menjadi sedikit khiasan kepada mereka yang mengerti .Setiap manusia ada peluang untuk berubah , setiap manusia ada peluang untuk membaiki diri.ALLAhH tak pernah sia-siakan kita.

Untuk pertama acik sebagai seorang blogger acik di ungut bunuh dan ini sebenarnya cabaran untuk acik sebagai seorang blogger. Acik bukan blogger yang cerita tentang kisah artis, kisah orang lain tapi hanya berkongsi kehidupan yang ingin perubahan..tapi itu pon banyak kata cacian, maki dan hinaan yang acik terima. Ya ALLAH seandainya apa yang aku lakukan ini di jalan yang benar, Kau kuatkanlah hatiku agar aku terus bersamamu, jika aku berada jauh darimu kembalilah ke jalan yang benar.  Ya ALLAH seandainya penulisan ini pernah melukakan hati pembaca maka kau lembutkan hati-hati kami agar dapat menerima nasihat yang sekadarnya.Dan Ya ALLAH kau berikan taufik dan "Nur"Mu kepada mereka yang menyokongku tanpa henti dalamm dunia blogger ini , jadikan mereka muslimin dan muslimat yang di rahmatimu ...

amin :)

Share This!


10 ulasan:

dya didinad berkata...

sama aje ;ah kan manusia memang tak suka lihat kesenangan n kemajuan kiter nih sabar aje lah kan ..

Nurlyla berkata...

truskn niat baik..

Aku Penghibur berkata...

ermmm betul tu ,..ermmm

Aku Penghibur berkata...

insyaALLAH

evangelistaNiL berkata...

acik ! jgn la stop ! t acik buat aduan bunuh . acik , kita belum jadi artis .. cuba fkir artis lg takot acik .. takpa lek lu

Aku Penghibur berkata...

:) insyaALLAH nil

plain83 berkata...

manusia kan, mcm2 ada... yg penting teruskan berbuat kebaikan sementara nyawa masih melekat kat badan ni, solat jgn tggl, rajin bersedekah rajin senyum, ajak org berbuat kebaikan, kongsi ilmu yg baik, baca doa pelindung... insyaAllah semua selamat, yakin pada Allah S.W.T :)

Shiqin Sunshine berkata...

takpe achik abaikan je org nak cakap ape ye... hehe, yang penting kita jaga hati orng dan tak sakitkan hati org...yng pnting hablul minAllah wa hablul minannas =)

Cik Itah@RRP berkata...

salam. teruskan niat baik acik..pedulikan yg berhati busuk nak ugut apa semua tu acik..agaknya orang tu sakit kut..huu

Scdha Sein (SS) berkata...

Blogwalking sini nampak entry ni... Huh! Berat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails