Pengikut

Isnin, 24 Jun 2013

Kelebihan/Hikmah Jerebu Yang Ramai Tak Tahu

jerebu

Assalamualaikum

Fuhh keadaan jerebu di shah Alam semakin memburuk , di catatkan hari nie di shah Alam 157, tapi alhamdulilah masih terkawal lagi. Tapi percayalah disebalik semua musibah ini pastinya ada kelebihan yang ramai tak tahu , asyik tahu menyalahkan jerebu saje.

Dan entri ini pemintaan kak kathy ,jadi acik tunaikan.Kita di Malaysia ini ,kita bersyukur kerana negera kita aman dan di uji sedikit saje tentang jerebu ,dah kecoh itu inilah, jom acik kongsikan kepada kamu semua kelebihan jerebu yang berlaku.

PERTAMA :

Yang ber "couple" tu , kalau tak jerebu mesti akan jalan-jalan tanpa arah tujuan, pulak jalan nak pegang pegang tangan saje, ahh bila tengok si TV,  baca surat kahbar bahawa jerebu teruk dah terpaksa postpone, kan kurang sikit maksiat.

KEDUA: 

Yang mat rempit tu , tiap tiap malam kerjanya berlumba dan keliling satu pekan, mungkin dengan jerebu nie kurang sikit aktiviti , mungkin asap jerebu tidak seharum asap motor, maka mereka pun tak keluar rumah.

KETIGA : 

 Yang suka berpeleseran sampai larut malam pun duduk di rumah tengok tv.

KEEMPAT : 

 Sebelum  ini satu keluarga susah nak jumpa , nak makan sama sama , yelah masing masing sibuk dengan aktiviti masing . Jadi bila jerebu nie, boleh la duk kumpul bersama satu keluarga

KELIMA :

Masa pasangannya yang kadang tak amik kisah tentang kesihatan suami / isteri nie, bila jerebu tahu masing masing caring antara satu sama lain .

KEENAM : 

Yang mana merokok tu, bila lihat udara di sekeliling tak sehat, maka di kurangkan hisap rokok tu , untuk jaga kebersihan udara 

Ahh tengok setiap apa yang berlaku ada hikmahnya jangan asyik tengok sudut yang negative saje, ada kebaikan yang tak pernah di ambil tahu . 

jerebu

 Dalam Surah Al-Baqarah, Allah SWT mengaitkan setiap apa yang manusia sangka baik, mungkin buruk manakala apa yang disangka buruk, adalah baik untuknya seperti firmanNya yang bermaksud :


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 216).


Share This!


48 ulasan:

  1. hehehe..ini dia..terbaik acik..kathy sokong sesangat entri ni...

    BalasPadam
  2. betul tu acik..
    kurang la perkara yang sia-sia..

    BalasPadam
  3. mmg btul tu.. mmg byk hikmah.. nk bykkn kita beribadah dan ingt Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu :) Allah nak kita dekatkan diri padanya

      Padam
  4. betul betul. aku sokong.

    p/s: Bro , jom exchange bloglist. http://bankami.net
    blog bro dh letak dlm blog.

    BalasPadam
  5. kemunculan Acik....secara mengejuttttt

    BalasPadam
  6. TEGURAN DR ALLAH INI SGT HALUS.iNSYAALLAH SETIAP KEJADIAN ADA HIKMAHNYA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaALLAH , semoga ada hikmah atas semua nie

      Padam
  7. hahaha...kan dah terkena..hihi...:)
    Ambik kau..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahhh kan kan :) jangan marah ye :)

      Padam
  8. hehehe, , best entri nieyh,,tergelak2 yana smbil baca entri acik,,stiap entri msti ada bnda yg bermanfaat, , tQ acik for sharing :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaALLAH akan berikan manfaat pada semua

      Padam
  9. stiap y berlaku ada hikmahnya... :) kita je suka merungut..huhu

    BalasPadam
  10. he3 btol2 :) stiap kejadian pasti ada hkmat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup :) ada himah yang kita kadang tak tahu

      Padam
  11. :D harap yang perokok berhenti membahayakan orang lain,, amiiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak suruh berhenti itu susah , at least kurangkan

      Padam
  12. akak setuju sangat hikmah ni acik..

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum, salam ziarah. Ya, betul tu. Tapi ada juga ambil kesempatan. Sudahlah berjerebu, pakai topeng ke hulu ke hilir. Bagi mereka, dah macam berfesyen pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumusalam :) heheehe nak buat guane , terima seadnya

      Padam
  14. hye acik..rasanya sepanjang bw hari ni baca pelbagai n3 jerebu..nilah entri terbaik hari ni he3...

    BalasPadam
  15. Malangnya, masih ada yg tak sensitif terhadap bencana ini. Masih ada yg membakar secara terbuka, merokok tak kira waktu dan tempat. Haduiii

    BalasPadam
  16. haha kalau dipikirkan mmg ada betulnya juga tu....time ni lah org akan malas nak lepak kat luar....

    BalasPadam
  17. Yang suka melepak kt rumah mcm saya ni pulak tak tahu pun kat luar ada jerebu...haha

    BalasPadam
  18. Positive thinking. Nice one, Acik: )

    BalasPadam
  19. betul tu acik...setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya kan..

    BalasPadam
  20. salam. iya tak iya jugak kan acik hihi ^^

    BalasPadam
  21. Yup ada hikmah disebalik semua ini.. Tp kena ingat harap bila keadaan dah ok nanti, maksiat tu tinggal terus macam time jerebu :)

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails