Ticker

6/recent/ticker-posts

Merayu Dalam Doa Semoga Dia Jodoh Kita ?



doa dia jodohku


Assalamualaikum

Mencintai seseorang itu fitrah manusia.Sebagai manusia kita mahu cinta sejati dengan orang yang kita harapkan dan orang yang kita suka .Jatuh cinta tidaklah terlarang selama tidak diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang ALLAH haramkan.
 

Boleh jadi, saat ini hati kita condong kepada seseorang.Sehingga kita menganggap dialah yang terbaik menjadi pasangan hidup kita suatu hari nanti.Namun hal ini jangan sampai membuat kita berlebihan dalam memanjatkan doa kepada-Nya.

Seperti berdoa, "Ya ALLAH, jadikanlah saya berjodoh dengan fulanah/fulan. tolong ya Allah aku merayu sangat sangat jadikanlah ia yang terbaik bagi diriku.
 
Atau berdoa, " Ya ALLAH jika dia bukan jodoh saya, tolonglah jadikanlah dia jodoh saya. please ya Allah "
 
Padahal Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, 

"Sungguh akan muncul kaum dari umat ini yang akan berbuat melampaui batas dalam berdoa dan bersuci. "(Shahih Sunan Abi Dawud, no. 87)

Mungkin saat ini kita menganggap dia yang terbaik, namun belum tentu dia lah yang terbaik menurut ALLAH..

ALLAH berfirman: "Boleh jadi, kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH yang paling mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah:216)
 

ALLAH lah yang mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk bagi kita. Termasuk dalam masalah jodoh.

Kita boleh berusaha sekuat tenaga meraih yang kita inginkan, namun kita harus bertawakal dan menyerahkan hasilnya kepada ALLAH.

Jodoh kita mungkin dia yang sekarang kita cintai, mungkin juga bukan. Namun pasti itulah yang terbaik bagi kita.

Yakinlah apa yang ALLAH berikan adalah yang terbaik bagi kita.

Maka cukupkanlah diri dengan berdoa: "Ya ALLAH karuniakanlah kepadaku seseorang yang terbaik bagiku, terbaik bagi akhirat dan duniaku."

Dan sudah konsekuensi mengharapkan jodoh yang baik berarti senantiasa berusaha memperbaiki diri menjadi lebih baik lagi.

Hidup ini kena belajar menerima takdir (qada & qadar ) dan berserah dengan ketentuannya , bahawa dia tahu yang terbaik untuk kita dan selayaknya untuk kita

Catat Ulasan

25 Ulasan

nora razalli berkata…
hidup penuh teka teki :)
BinMuhammad berkata…
Panduan dan peringatan yang bagus! Segala yg menjadi rahsia Allah...Hanya Allah yg tahu apa yg terbaik buat kita. Kita hanya boleh meminta petunjuk darinya.
Unknown berkata…
Menyayangi dan menyintai merupakan salah satu perkara yang berbeza...bergitu juga soal jodoh kita....jodoh memang azali milik Allah...cuma kita manusia mampu merancang...dan yang menghakiminya hanyalah DIA....
Unknown berkata…
Yang pasti...hidup ini kena menerima takdir..
Tanpa Nama berkata…
terima siapa pasangan kita seadanya dia...
Sayidah Napisah berkata…
semoga kita semua mndpt jodoh yag baik.amin :)
Lieza Nordin berkata…
:) kita sndiri xtau apa y terbaik utk kitaa.. >.<
Mizz Aiza berkata…
setuju sangat.. hanya Allah swt yang tahu apa yang terbaik untuk kita pada masa kini dan masa akan datang..
Akupenghibur.com berkata…
terima kasih kerana membaca :)
Akupenghibur.com berkata…
betul itu , baru seronokkan
Akupenghibur.com berkata…
betul BM, kita petunjuk darinya kerana dia tahu yang terbaik untuk kita :)
Akupenghibur.com berkata…
ALLAH dah aturkan yang terbaik untuk kita
Akupenghibur.com berkata…
betul tu :) terima takdir hidup :)
Akupenghibur.com berkata…
amin mudah mudahan :)
Akupenghibur.com berkata…
Allah tahu segalanya :)
Akupenghibur.com berkata…
betul tu kak, dia Maha mengethui segalanya
Unknown berkata…
yg penting kena redha dgn ketentuan yg bakal diterima tu....hehe
Tanpa Nama berkata…
ikhlas menerima takdir dari allah
Vee berkata…
Yea.. Tuhan akan memberikan apa yang setimpal dgn kita. Sudah memadai kita berdoa utk bakal suami/isteri yang baik. Kan :) Skrg mls fikir soal cinta. Biar dtg sendiri. Kekeke..
Unknown berkata…
Terima kasih diatas info yg di beri....sekurang2 saya sedar bahawa hidup ini adalah ketentuan Allah.kita harus percaya pada kadaq dan kadar..pertemuan sesorang dgn kia tidak bermakna bahawa dia adalah jodoh kita..ganya Alkah jua yang menentukanya
Unknown berkata…
Terima kasih diatas info yg di beri....sekurang2 saya sedar bahawa hidup ini adalah ketentuan Allah.kita harus percaya pada kadaq dan kadar..pertemuan sesorang dgn kia tidak bermakna bahawa dia adalah jodoh kita..ganya Alkah jua yang menentukanya
Unknown berkata…
Hahahahaha...terbaiklah...memang macamtu hidup kita...andai kalau diberikan saya jalan kanan dan kiri...saya akan pilih tengah...😊😊😊