Pengikut

Selasa, 18 Februari 2014

Split Personality Disorder

penyebab split personality disorder


Assalamualaikum

Tadi berbual-bual dengan seorang rakan lama dan merupakan seorang counselor . Acik ini memang meminati dalam bidang kauseling tapi tak kesampaian cita-cita itu, banyak pekara yang kami bualkan dari soal psychology dan permasalah isu remaja. Tiba-tiba terkeluar pasal isu "split personality disorder " ataupun pemecahan kecelaruan personaliti dan tak sangka rupanya di malaysia ramai menghadapi masalah ini.

"Split personality disorder" merupakan penyakit mental di mana penyakit mempunyai lebih dari satu personaliti di dalam dirinya sehingga menyebabkan kepincangan memori ,emosi ,sosial dan psikologi tersebut. Setahu acik, split personality disorder juga dikenali "dissociative identity disorder" merupakan penyakit mental yang di alami di sebabkan trauma,penderaan emosi , fizikal dan seksual yang berulang  di zaman kanak-kanak mereka.

Ahh kebanyakan antara kita mempunyai kebolehan menghadapi mild dissociation di mana kita mampu terlibat di dalam alam fantasi seperti daydreaming semasa berbuat sesuatu. Sebagai contoh, sedang memotong daging untuk memasak , sambil itu tengok cerita ariana rose, tiba-tiba fikiran melayang terbayang heronya sedang depan kamu dan membantu kamu memotong daging,sedangkan kamu sedang memotong daging sedangkan tak mengalami sebarang kecederaan sambil mengelamun tentang pekara yang berbeza pada waktu yang sama. 

Selain itu juga terdapat kes yang mempunyai gandaan personaliti ataupun "multy personality" di mana pewatakan itu lebih dari satu. Ada pesakit itu boleh menjadi keanak-anakan, boleh jadi orang yang tua, boleh jadi seperti pembunuh dan sebagainya . Pernah acik tengok cerita tentang seorang wanita mempunyai 7 personaliti yang berbeza, tetapi tak ingat pula tajuknya apa. Dan kes yang paling popular seperti kes DR . Jekyll dan Mr Hide. 

Seperti yang di perkatakan tadi, penyakit ini muncul daripada penderaan yang melampau berulang kali dari segi emosi, fizikal ,seksual dan psikologi yang extreme. Selain itu juga boleh berlaku kerana tekanan yang terlampau, rasa kecewa yang luar biasa dan pelbagai lagi. Kebiasaannya  personaliti ini terbentuk kerana melindungi pesakit dari mengetahuinya. Bahkan ada yang sanggup mencederakan tubuh penyakit itu dari tahu mengetahuinya, ada juga mampu membahagiakan orang lain. 

Setiap personaliti memiliki beberapa sikap, tingkahlaku yang berbeza dengan personaliti yang sebenar. Perubahan dari satu personaliti kepada yang lain dikenali sebagai "switching".  Switching boleh berlaku dalam jangka masa minit kepada jam bergantung kepada keadaan penyakit pesakit tersebut. Dengan menggunakan hipnosis, terapist boleh berkomunikasi dengan personaliti-personaliti yang ada kepada pesakit untuk menjalankan siasatan mengenai kejadian trauma yang dialami pesakit.

Itulah serba sedikit maklumat tentang penyakit ini dan kebetulan dulu pun acik pun pernah ambil subjek psikologi dan tahulah serba sedikit tentang. Kuatkan diri dan bentengi diri dengan agama yang kukuh, jika ada ahli keluarga yang menghadapinya berikanlah sokongan moral terhadap mereka. 

Share This!


74 ulasan:

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum acik.. nice entri... belum pernah nampak in realiti la. biasa nampak dalam berita atau drama-drama kat tv. risau gak kalau nak hadap dengan orang yang sebegini Y____Y

Kisah Si Dairy berkata...

bagus juga info nie acik..akak tak pernah lagi berjumpa dengan mereka yang ada masalah macam nie..

Asha Lya berkata...

salam acik..baru kita taw ada plak penyakit mcm nie kan..kalau acik tak kupas samapi bila pun kita tak akan tau

adk dayah berkata...

ohh..memang ada ek in realiti?thank yer for nice entry..dapat ilmu baru :)

Hafiza AizZawa berkata...

Biar betul samapai boleh menggelamun mcm tu yer.. mmg tak pernah jumpe lg tp nie boleh dikategori berpenyakit mental ek..

Fizi Zaidi berkata...

ia sama x dgn ' x der pendirian tetap'? kejap begini,,kejap g begitu..hurmm,,,

Aku Penghibur berkata...

mengelamun tu biasa.. tetapi sampai boleh create fantasi sendiri untuk dirinya..

Aku Penghibur berkata...

tak sama... itu mungkin hilang keyakinan diri... ^_^ kuatkan semangat yer

Zara Nurhaidah berkata...

besa tgk dlm movie, xpena jumpa d alam realiti. jarang zara dgr isu ni di kupaskn secara mendalam kat Malaysia. mungkin zara sdiri xalert kot ? mungkin..

Lonely Scorpio Girl berkata...

Pernah jumpa dengan mereka yang mengalami kepincangan sebegini sepanjang pengalaman saya beri kaunseling kepada remaja, orang dewasa pun ada sama. Rata-rata yang mengalaminya wanita berusia pertengahan 20-an ke atas. Mungkin disebabkan tekanan perasaan atau trauma daripada penderaan.

Kucing Hitam berkata...

Heheh kh pun kadang ada gak simtom nie

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

bahaya juga jika ada split personality ni.. di sebalik kebaikan ada kejahatan.. contohnya seseorang yang bekerja sebagai doktor pakar bedah.. dalam masa yang sama dia juga menjadi seorang pembunuh.. bagaimana untuk mengubati penyakit ini acik?

Wafi Remli berkata...

Psikologi, antara benda yang saya minat dulu..

Aku Penghibur berkata...

tentulah berjumpa pakar sakit mental... mendapatkan rawatan dan ubatan

Aku Penghibur berkata...

samalah ^_^

Khir Khalid berkata...

Mmg betul tu Acik.. masalah ini ada juga berlaku dikalangan org2 biasa spt kita malah ada yg mempunyai kerja yg baik.. cuma tak sampai kpd tahap yg menakutkan walaupun kecelaruan tu boleh dilihat & diketahui oleh rakan2 sekerja yg dah lama bekerja bersama2.. wallahualam. Apa yg merisaukan tu bila tahapnya hingga boleh merbahayakan org lain & membolehkan berlakunya kejadian2 yg tak diingini.. nauzubillah.. t kasih diatas perkongsian ini Acik.. semoga tercapai jua apa yg Acik minati & hajati nanti... aamiin.. :)

jamian sarif berkata...

terima kasih atas info yang berguna ni yer...

NuissMa berkata...

wah....menarik ! :)

Engku Muzahadin berkata...

stakat ni prnah nmpk dalam tv or baca dlm buku jer, mnuia jenis mcm ni

Sobri Yaacob berkata...

spit persnality..pnah tgok dlm drama amarah batisha..tv 9..agaknya situasi lebih kurang la ye acik ...

sYiRa LoKMaN berkata...

psikologi kann..ade tp jarang2 jumpe org cm ni

aisya berkata...

Teringat satu novel Ramlee Awang Murshid. Rahsia Perindu, berkenaan split personality ni. :)

RDZ Z berkata...

Bila dalam situasi macam tu mesti tuan empunya diri cepat penat coz mood dia switching every second mungkin..susah nak baca fikiran dia orang ni...

Bin Muhammad berkata...

Saya pun ada 2 personaliti berbeza...Satu BM, tuan punya blog Relaks Minda dan satu lagi....saya dialam realiti. Itu pun dikira split personality disorder?

Maria Firdz berkata...

Nice info acik.. Kna kukuhkan bhgian dlmn dan rohani...

Nour Eyza berkata...

sy rasa sy ada kawan split identiti mcm ni. tp tak teruk. cuma dia suka berangan dan berangan mcm berlakon jdi keadaan mcm kacau bila dia buat perangai. pada sisi lain dia baik, pada sisi lain dia mcm psycho. baik ada makna. benci tanpa sebab. macam tu la. hihi. topik yg sangat menarik bagi sy. =D

Puteri Kasih berkata...

setakat ni kak puteri lom pernah kenal dengan orang yang ada split personality tapi selalunya tengok kat drama atau baca dari buku je :)

Anizz Annisa berkata...

aduhh takotnyee..kdg2 anis pon suke mengelamun.. hukhuk..

Nao Mei berkata...

Tekanan emosi memang faktor utama nie kan dik.
Tu pasal jangan terlampau ikut perasaan.
Silap 2 huhu mental dibuatnya.

TelingaBulat berkata...

gaya acik ckp ni mcm acik pon ade talent utk berkecimpung dlm bidang kaunseling ;)

Kesuma Angsana berkata...

serius KA pernah kenal seseorang yang macam ni... seram & takut bila kenang2 kan balik !

Ija Rased berkata...

student akak ada sorang split personalty. memang agak sukar untuk handle sb ada a few perkara yang kita susah nak jangka. moga dia dapat kawal diri dia. insyallah.

Abak Lorong Cinta berkata...

Perkara sebgini mmang terjadi... kadang2 hilang kawalan,orang disekeliling boleh jadi mangsanya..hihi

ain diyana berkata...

split personaliti ni menakutkan.. mcm psycho je kan.. sama ke tu.. heh

Kathy R'bain berkata...

Ni mcm watak zonan dalam seksyen 302..

Mademoiselle Irdina berkata...

Good share.... :)

Shark Kay berkata...

realiti masih belum jumpa..
kalau fantasi mmg slalu jumpa dalam drama.
mmg bahaya simptom nie.

Fizalinolie berkata...

Tak jumpa lagi org macam ni. Dalam movie ada jugak tengok ^_^.

ANIM berkata...

cetek pula rasanya ilmu yg ada. kat sekolah biasa berdepan dengan budak2 sek rendah saja. perangai di rumah dan di sekolah bagai langit dengan bumi. kak kena tambah ilmu..

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

wah...menarik..

Gee Lion berkata...

Mintak jauhlah..
Penyakit mcm ni susah ubat dia.. :(

Yumida Huda berkata...

selalu tengok dlm tv..x pernah lg jumpa yg mcm ni..agak menakutkan jugak, coz mereka blh bertukar2 personaliti. hope kita sentiasa membantu org seperti mereka.

Mohd Selim Zainal berkata...

Assalammualaikum...achik,

wah.. penyakit ini berbahaya rupanyer .. dulu ada tgk drama kat tv pasal penyakit nie.. tp x faham sangat sebab bila tgk kekadang baik3 tiba berupa jadi jahat pulak.. baca entry nie baru faham.. kecelaruan identiti ini adalah sejenis penyakit mental yg berbahaya.. boleh menyerang sesiapa sahaja , tgk macam normal.. tp sakit mental. Dahulu dekat kempas tpt mselim3 ada kes.. warga emas kena tetak ketika tidur..

mselim3

Cheq Eem berkata...

pernah ada member cerita pasal split personality... siang jadi lelaki.. malam jadi perempuan sebab nak cari duit lebih... kes macam nie lagi bahaya kan..? huhu....

syuk shusuke berkata...

ni kira masalah kecenderungan sesuatu yang mengakibatkan emosi kurang stabil kan abg acik ?

Azlan Halim berkata...

penah jumpa tak individu ada masalah ni?

Liza Licha berkata...

yang ni tak sama dengan bipolar kan?

Tetamu Istimewa berkata...

Satu ilmu baru yang saya dapat dalam entri ni. Terima kasih Acik.

acik idah berkata...

Dalam filem dan drama2 banyak ketengahkan kisah tentang orang2 yang split personality disorder nie... tapi dalam kehidupan seharian susah kita nak kenal pasti...

Azlan Strider berkata...

kekadang aku tak tahu aku nie ada split personality disorder tak..kekadang aku rasa aku nie macam diri sendiri..tapi kekadang kawan kata aku dan macam Aaron Aziz..hahahaha

Regards,
-Strider-

aswadz berkata...

nice sharing. aku x pernah jumpa ngan org yg ada split personality setakat nih.

zahratunnur berkata...

acik..saya pernah jumpa seseorang yang ada penyakit kecelaruan identiti ni..lama juga sebenarnya dia nak sihat daripada penyakit ni tapi dia seorang yang kuat semangat. Kadang-kadang penyakit ini terjadi kerana tekanan perasaan. Bila bersahabat dengan seseorang yang ada kecelaruan identiti ni, kita rasa seperti ada 2 orang teman yang berbeza. Sekejap dia jadi diri dia yang sebenar, sekejap dia jadi orang lain.

Piotelly berkata...

sy mengalami split identity..sy kalau dgn org, sy jd rndah diri,sy xmelawan dgn org jika kene maki..tp bila balik rumah jer mak ayah tegur perangai sy,sy akan hempuk pinggan mangkuk..sy xleh kene tegur sb rasa org yg tegur sy tu mcm hina dan fitnah sy ni jahat..sy dgn org lain(bukan ahli keluarga) sy jd baik sgt2 hinggakn org xtaw perangai sy sebenarny kat rumah..punca sb sy anak cikgu tp sy xbagus dlm pelajran..msa kecik sy selalu kene buli dgn kwn2..bahkn kata2 kesat mereka kerna fizikal sy yg agak hitam dan hodoh...sy jd rendah diri..sy selalu menangis belakang rumah..kddg ckp sorang dgna anak patung, bahkn suka benda2 cantik..berangan nk jd puteri.sy xsuka kwn dgn org sb org suka ambik kesempatan atas kebaikan sy..misalnya suruh sy jd kuli..sy jjuga pernah ditampar muka oleh kwn sy..pernah disekat kaki..padahal sy xtaw napa dia benci sy..sy rasa sb sy anak cikgu...org anti mak ayah sy..sy bila kat sek..matematik sy paling rendah,sy pernah dihina cikgu dan dipukul belakang, setiap darjah sy dihina guru matematik...xlama tu sy sakit buah pinggang..rupa sy sgt2 hodoh..sy xde kwn sgt..org yg kwn dgn suma kaki perasaan, siap perli2 sy hodoh hitamm...sejak tu sy rasa rendah diri...bila zmn universiti lak,,kwn2 lain kata sy ni mcm budak tadika,budak kg..memandangkn mak ayah sy jenis xsuka sy pakai lawa2..nak taw baju sy kebykkkn t-shirt sek ja..bila sy buat silap ramai2 kwn2 sy hina sy..mereka mengumpat sy..hingga sekarang sy jd sensitive dan xsuka muka sy..sy benci tgk rupa sy dan cermin sy xpernah pandang..utk pengetahuan semua dah 2tahun sy xpernah ambil gambar dan tgk cermin,fb sy diactive sy sb sakit hati bila sy ambil gamabr dgn kwn2 sy org laki puji kwn2 sy je sb dorang puith dan cantik...sy cuba bangkit dgn mendengar motivasi dan ceramah..tp gagal..mak ayah sy pula kerap bergaduh dan rumah hari2 kotor sy la yg tukang bersih..mak ayah suka maki sy bila sy wat salah..kalau gaduh semua masuk belah adik2/kakak/abg2 sy..sy msikin xde brg snediri..hp pun hitam putih jer..laptop pun pinjam kakak pny...sy jjd fobia nak kawn dgn org mmdngkn sudah 25 tahun sy kene pandang rendah..ssy pernah beberapa kali murtad..sb benci dgn Allah..

Piotelly berkata...

pastu sy raasa rendah diri bila ade jer laki nak kat sy..sy xpernah ceta dekat org bila ade org nakkn sy..hinggakn kwn sy pernah kata kt sy,,,ko ni kalau putih mesti laki nak kt ko..korang laki aku nak tny adakah skrg kornag suka eprempuan putih2 dan muka fake..

Aku Penghibur berkata...

sebenarya lelaki tidak kisah soal warna kulit yang penting adalah hati...

Shakeee berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Shakeee berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ana Syuzana berkata...

Boleh ke sesorang tu ada 2personality disorder dalam 1orang? Ok la nak startkan cerita aku selau fikir negative dari 16thn lagi. Dari depress masa sebelum tidur sampai sekarang aku boleh jadi depress/ paranoid dekat luar/dgn orng lain. Orang yang aku kisah dalam hidup aku cuma parents,adik beradik dgn best friend(yang aku dah kenal selama berbelas tahun) orang lain? Sorry to say even kalau nenek/saudara aku mati depan mata aku pun mungkin aku takkan rasa sedih sangat( menangis pun sebab aku fikirkan kematian aku sendiri) rasa cinta? Tak pernah aku simpan dalam diri aku. Aku akan hancurkan dgn rasa risau tu sampai rasa suka tu hilang( aku tak kisah kalau orang yang aku suka lari dari hidup aku kadang2 aku yang menjauhkan diri sampai diorang blah). Kalau dgn ex aku dulu biasanya aku jadi pendiam,kuat gelak,sarcastic,cold dan menjauh.aku tak pernah bagitahu apa yang aku rasa sebab nampak lemah so aku just akan buat casual conversation dan gelak(sebab tu apa yang society nak kan?so aku paparkan) tapi lepas aku ada sugar daddy ni aku jadi submissive dan extra sarcastic,penggoda dan kalau dia kutuk aku kaw kaw sampai aku sentap pun aku akan gelak kuat kuat. Maybe sebab aku nak gunakan dia sebagai social experiment aku kut(aku ubah perangai aku untk tengok reaction dia) dan walaupun dia gunakan aku aku tak pernah merungut walaupun aku rasa macam nak jerit dekat muka dia aku diam dan hina diri aku sendiri sebab aku nakkan something tanpa buat dia rasa aku ni mcm nak gunakan dia( sebab aku selalu risau/takut apa yang orang fikir pasal aku). Personality aku dgn kawan/family diorang selalu kata aku normal(HAHAHAHA),cute?(cute personality ke? Begap),tak mudah dijangka,agak pendiam,kelakar,baik, dan kuat gelak(even tengah nervous/takut/menangis aku akan gelak) aku pernah terbaca yang orang ppd selalu rasa society macam musuh tapi untuk aku, aku rasa semua orang tak boleh dipercayai dan selalu buat baik sebab nakkan something(walaupun orang tu tak sedar). Untuk orang 'normal' dekat luar sana yang takut dgn orang macam aku,tak perlu kut sebab category macam aku ni tak kacau orang selain rosakkan diri aku sendiri.

Ana Syuzana berkata...

Bila saya fikir negative,kawan baik/adik saya akan suruh saya bukakan minda&hati saya.tapi selalu saya akan bergolek balik ke fasa pertama. Kenapa nak kena berusaha untuk positivity tapi negative tu datang bergolek? Kita kan dibuang dari syurga ke bumi kenapa nak kena promote positivity bila semua tak jadi macam apa yang kita harapkan? Kenapa nak tipu diri sendiri untuk rasa bahagia? Tapi apa apa pun saya try jauhkan diri dari substance abuse dan so far okay. Dan tolong jangan suggest pergi jumpa psychiatric diorang tak boleh tolong apa apa pun selain kaut duit dan malukan saya depan parents&family(bocorkan apa yang saya pendam/fikirkan selama ni,tunjukkan yang saya ni over sensitive dan lemah)

Aku Penghibur berkata...

sudah tentu boleh terjadi... Maksud adik/kawan baik kamu itu positif dari tingkah laku dan perbuatannya. Maksudnya dekatkan diri pada maha pencipta.Penyakit yang ada datangnnya darinya, dan dia juga maha penyembuh segala menyakit. Hilangkan rasa suka dan cinta itu pilihan kita. Tetapi jangan sampai kita hilang syhadah dalam hati.Setiap manusia di uji dengan berbeza-beza. Dekati agamamu iaitu islam dan bermohonlah padanya agar kamu temui jalan keluarnya.

Hanisah Elsa berkata...

kill me heal me

Hanisah Elsa berkata...

kill me heal me

humanlife berkata...

Saya pun ada benda ni..tapi aku tak kisah yang penting aku enjoy my life

Amir Sallehuddin Ithnin berkata...

Maaf yg tu bukan disorder, itu lebih kepada masalah sikap

Amir Sallehuddin Ithnin berkata...

melalui penerangan adik, itu bukan masalah Dissociative Identity Disorder... jgn salah faham antara masalah diri dengan Disorder, masalah adik ialah terlalu menyalahkan keadaan.. balik pada agama, jgn rasa rendah diri, dekatkan diri dgn Allah... kuatkan semangat, syukur banyak2 masih diberikan nafas, masih cukup sempurna sifat.. ade org yg lagi susah dari kita tapi masih mampu bersyukur banyak pada Allah

Amir Sallehuddin Ithnin berkata...

Dik ni pun bukan masalah psikologi, x perlu jumpa pakar psikologi pun, ni lebih kepada masalah sikap adik, balikla semula pada agama, minta petunjuk dari Allah banyak2, Allah takkan sia2kan permintaan hambaNya yg dlm kesusahan, setiap kesusahan pasti ade kesenangan yg Allah nak bagi nanti.. syukur banyak2 dik, dlm hidup ni kadang2 kite terlupa banyaknya nikmat Allah bagi pada kita, bila xde rasa syukur dalam hati, kite akan rasa jauh dgn Allah.. balikla pada agama dik

Orange Orchid berkata...

Testing masuk ke tak

Orange Orchid berkata...

Saya ni ada split personality ke.saya tak bergaul dgn kawan2 sangat masa zaman sekolah rendah dan sering menundukkan wajah bila datang ke sekolah agama taknak pandang muka kawan2..saya suka menganggap mereka tak wujud dari bercampur gaul..saya kacau pengawas lelaki tingkatan 6 menerusi sms/call masa saya form 1 dan saya rasa itu bukan gangguan biasa2 sebab ramai yg marah dengan kelakuan saya..sayang terlalu lama jadi saya tak ingat.masa form 3 saya fokus pada pelajaran tapi saya gagal ke kelas sains,saya rasa saya ada buat tindakan melampau sampai saya akhirnya dapat juga masuk..tapi saya tak ingat apa saya buat..dulu saya lemah selalu kena buli dgn kawan2 sejak tingkatan 1..tapi saya tahu kadar tekanannya tidak mempengaruhi mental saya..ada perkara lain lagi..

Orange Orchid berkata...

Saya terlalu tertanya apa kurang diri saya sampai susah dapat kawan di ipt..hingga akhirnya impian saya tercapai dgn melarikan diri dari rumah keluarga saya setuju untuk saya menukar ipt dan study tentang business subjek yg saya minat..dari situ saya dapat kawan2 tapi ianya tak kekal lama..ada benda yg privacy saya tak boleh cakap melainkan ada orang berjaya hipnosis apa yg ada difikiran saya..saya bercita2 tinggi suka ganggu orang dalam sms tanpa rasa bersalah kebanyakannya semua lelaki2 yg berpelajaran dan berkedudukan tinggi..tapi semuanya suami orang..gangguan tu bukan biasa2..sampai orang marah dan saya tak ingat apa yg saya sms!! Saya rasa seronok mempermainkan lecturer di ipt sebelumnya dan akhirnya jatuh cinta..bila jumpa kawan2 lama zaman sekolah difb mereka sangka saya dah bukan wanita antisosial lagi dan mula respect saya kerana tahu saya belajar di ipt terkenal dikl..tapi akhirnya keburukan saya terserlah difb..saya masih mengganggu lecturer ipt lama saya dgn mencuri pic anak2 dia dan pic dia berbaju melayu dan mengaku dgn bekas kawan2 sekolah dia adalah bakal suami saya dan juga tunang saya..saya ada persepsi nak menunjuk2 bakal suami saya lecturer..beria2 saya yakinkan dan mereka sangat2 percaya!!

Orange Orchid berkata...

Akhirnya salah seorang bekas kawan sekolah saya pergi tanya dgn lecturer tu sendiri dan akhirnya terbongkar..mereka kata saya pengganggu suami orang dan raja drama siap ada naikvideo lagu meet uncle hussein untuk sindir2 saya..rahsia lain terungkai kerana mereka penyibuk..saya dikatakan ambil dadah sedangkan saya ambil ubat antidepressant diklinik swasta!..sampai bila2 saya takkan maafkan pemfitnah tu..mungkin saya pandai mereka cerita tapi saya tak menjatuhkan maruah dan memfitnah orang lain mcm yg mereka buat kat saya..

Orange Orchid berkata...

Di ipt terkenal tu sayq ada kawan baru setelah disingkirkan dari jadi kawan satu groupni kerana saya memaki hamun kawan mereka didalam sms bila mereka meminta saya menjelaskan bayaran yg saya tak ingat untuk tujuan apa...saya memang takde duit waktu tu..kawan saya ni kaki belajar dan ada agama jugalah dari kawan2 ipt yg lain..tapi bila penyakit saya switch saya tak ingat langsung kebaikan dia kat saya yg saya nampak cuma keburukan sahaja! Saya tuduh dia tarik perhatian lelaki yg saya suka sedangkan saya syok sendiri maki hamun dalam sms sedangkan itubukan diri saya yg langsung tak logik!! Saya penyanyang baik hati tapi perangai saya teruk..saya serang dia di sebuah rumah pangsapuri tapi dia takde..kawan2 serumah dia tahu masalah saya tapi takde yg support dgn kata2 positif sebaliknya marah dan tak suka saya datang..naik lenguh tangan saya ketuk pintu tapi takde yg bukak..akhirnya dia pukul saya bila saya datang lagi nak jumpa dia katanya saya pengganggu perosak hidup dia dan taknak tengok muka saya lagi..kata air mata saya palsu..sedangkan waktu tu kalau personality kedua saya switch saya pasti balasbalik 2 kali ganda perbuatan dia tapi waktu tu 'dia'taknak muncul untuk tolong saya..saya mula berdendam dan tak percaya perempuan yg solat lagi..mereka ni takberguna perasan bagus dan menyingkirkan orang tak ubah mcm sampah bukan menerima kekurangan seadanya kawan beragama jenis apa tu..langsung takde kata2 positif diberikan sebaliknya hinaan,cacian dan mengatakan saya gila,megah cakap lecturer pun anggap saya gila tu ke perangai wanita ygkononnya beriman dan solat tak tinggal.eh blahla..aku taknampak kau jadibiara santos untuk selamatkan aku! Kalaukau bukan munafik kau perempuan hipokrit..itu je..

Orange Orchid berkata...

Saya anti dgn semua orang sentiasa curiga bimbang dikhianati,tak suka disakiti oleh saudara sendiri atau sape2pun atau mampus saya kejekan..pernah saya menjerit2 dekat saudara sebelah rumah saya sebab diaorang menyibuk nak ambil tahu hal saya tanpa perlu rasa malu yg penting hati saya puas..saya jerit anak kau sendiri lagi teruk perangai mengandung anak luar nikah.saya memang sangat pendendam kalau orang sakiti saya.saya siap sms jugak dgn mencari no hp dalam hp ibu saya supaya jgn sibuk hal saya lagi..

Unknows berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknows berkata...

Saya ada sorang kawan.. Waktu siang perangai dia panas baran dan sentiasa serius tapi bila malam je perangai dia terus berubah jadi seorang yg ceria dan baik.. Tapi 2 minggu kemudian, saya dengar orang kata dia dah pindah bila saya dapat rau yg dia ada personaliti gandaan. Hubungan kami terputus selama 3 tahun... Sekarang pun kami masih tak berhubung..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails