Ticker

6/recent/ticker-posts

Cerita Di Sebalik Remaja Bermasalah

remaja sosial

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ,ucapkan syukur ke hadratnya. Ingat lagi tak acik ceritakan kisah sebelum ini, tentang isu remaja kalau belum baca (click disini ). Hari ini adalah part 2 dan merupakan kesinambungan entri tersebut. Selepas temubual lelaki A acik juga sempat berbual-bual dengan beberapa orang remaja lain yang berada di situ melepak bersama rakan-rakan. 

Acik & Azman : Assalamualaikum adik, ada masa sikit tak kami nak tanya soalan sedikit untuk pada adik semua boleh ?
Budak A : alamak bagi salam pulak
Budak B : soalan pulak apa bro ? kami duk sini tak kacau orang.
Budak C : tak de hallah bro, tapi nak tanya pun bayar r.

Azman : nak ini ada RM  untuk kamu semua, harap bolehlah tanya beberapa soalan
Acik : kami nie nak tanya beberapa soalan saje, soalan mudah.

Budak A,B,C dah bayar boleh jer bang.

Azman :  adik semua umur berapa ? mak ayah tak marah keluar malam-malam ?

Budak A : kteorang umur 16 tahun, ala mak bapak aku pun tak kisah kenapa bro yang  sibuk ?

Acik : bukan sibuk,kami cuma bertanya sahaja.
Azman : ermm adik pandai baca al fatihah ? boleh baca ?

Budak A : alamak bro lupa r 
budak B :  ohh senangnya (sambil membacanya)
Budak C : ala malas r nak baca-baca nie

Azman : alhamdulilah masih ingat lagi, ermm lafaz solat subuh tahu tak?

Budak A : aku tak ingatlah bro, (sambil ketawa) lagipun jarang bangun subuh

Azman : Mak ayah tak kejutkan untuk solat ?

Budak A : ala mak bapak aku tak pernah tengok dyeorang solat, cakap pasal solat pun tak pernah. Aku pun tak pernah di ajar nak solat,aku tak tahu macam mana anak solat?. Dari kecik aku tahu apa yang aku lihat dari mak bapak aku, main judi ,minum arak itu "makanan " harian dyeorang jadi jangan tanyalah tentang puasa dan yang lain-lain.

Selepas bertanya pelbagai soalan , tanpa disedari waktu saat itu dah larut malam. Dan kami minta izin untuk beredar setelah panjangan lebar perbualan kami. Acik menaip di sini bukanlah untuk bertujuan menyalahkan sesiapa tetapi untuk memberikan kesedar tentang remaja kita dan betullah ada habis berbunyi : 

hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi  (riwayat Bukhari dan Muslim)

 Ibu bapa memain peranan penting dalam pembangunan sahsiah anak-anak,mereka yang mencorakkan hidup mereka dan didiklah mereka sejak dari kecil . Orang kata melentur buluh biar dari rebungnya. Kalau sudah jadi buluh susah nak lenturkan.Berat tanggungjawab ibu bapa, tetapi In sha Allah, mampu digalas dan dipikul selagi mana ibu bapa itu sedar anak-anak merupakan mad’u yang paling hampir dan paling terpengaruh dalam kehidupan ibu bapa.

Ramai ibu bapa yang memberi alasan bahawa mereka terlalu sibuk dengan kerja masing-masing dan tidak mempunyai masa untuk memerhatikan setiap gerak geri anak. Ada pula yang berpendapat bahawa anak mereka sudah besar dan matang, jadi, mereka tidak perlu diawasi dan dijaga seperti budak kecil. Tanggapan ini salah sama sekali dan perkara inilah yang membuat anak-anak memilih jalan yang salah dalam hidup mereka. Bagi ibu bapa yang sibuk pula, penting sangatkah pekerjaan itu sehingga sanggup mengabaikan anak sendiri, amanah daripada Tuhan dan lebih berharga dari wang ringgit? Adakah mereka lebih sanggup melihat anak mereka meringkuk dalam penjara baru nak sedar? 

Ibu bapa haruslah membimbing dan menjadi tauladan untuk setiap pekara. Jadilah penasihat yang baik untuk anak-anak dan jadilah kawan yang baik kepada anak-anak. ‘Jangan mudah berputus asa’. Itulah hakikat dalam mendidik "anugerah ilahi" kamu menuju syurga. Untuk menulis dan bertuturnya mungkin agak senang tetapi, untuk merealisasinya dan mendarah daging dalam kehidupan kita sebagai ibu bapa terutamanya amatlah sukar.

Acik ini bukan penghukum mana-mana pihak,tetapi tujuan untuk memberikan mereka nasihat yang semampunya sahaja.Marilah bersama-sama menangani bersama-sama dan semua pihak ambil peranan masing-masing untuk menangani isu ini.

Catat Ulasan

29 Ulasan

Jejari Menaip berkata…
eeemmm...ibu bapa ptut jadi role model yang terbaik dalam mendidik anak2...sedih bila baca semua ni..
Tetamu Istimewa berkata…
Sama-samalah kita mendoakan mereka ini kembali ke pangkal jalan. Sama-samalah juga kita dekatkan diri dengan Allah SWT. Tidak guna juga nak tuding jari salahkan pihak itu pihak inikan.
Wafi Remli berkata…
Ya Allah, sebegini sekali umat akhir zaman, anak dibiarkan tanpa didikan agama... Semoga semua yang terlibat dapat bertaubat sebelum semuanya terlambat...
Aku pengembara berkata…
Dalam menangani masalah ini, semua pihak harus memainkan peranan masing2.. daripada pihak atasan, ibu bapa seterusnya diri remaja itu sendiri... masing2 mempunyai peranan masing2
Kak iman berkata…
mcm mana kuih nya mcm tu la acuan nya..
doa untuk kebaikan mereka..insyallah.
Asha Lya berkata…
sependapat dgn acik..kekadang mereka lebih mengejarkan kekayaan drpd mengejar kebahagian anak2.
Syira Lokman berkata…
etul tu, ibu bapa mmg mainkan peranan yg penting..tpe, doakan yg terbaikk
Arman berkata…
Remaja perlukan perhatian, tapi berbeza cara pendekatannya.. Ibubapa perlu memainkan peranan yang sewajarnya, dekati mereka seperti seorang sahabat bukan kawan.Jangan kerana terlalu mengejar keduniaan hubungan keakraban bersama anak semakin luput. Jangan salahkan anak bila segala masalah atau musibah muncul dikemudian hari...
fragmenbiru berkata…
Allahu Rabbi..sama2 doakan mereka.. Hidayah milik Allah.. ^__________^
Remaja yg bermasalah mmg mtahap membimbangkang skarang ni...perkara cam ni berlaku disebabkan ibu bapa yang tidak berikan didikan agama yang sempurna dan mrmbiarkan anak bebas tanpa ambil peduli kerana mereka sibuk bekerja terlupa tanggungjawab pada anak2...anak2 terabai kesannya mereka kurang kasih sayang dr ibu bapa..
Blog Santai berkata…
So true Acik..rasanya kebanyakan kita mengikut acuan yang dibentuk oleh our parents kan..of course ada yang tak sama. tapi mostly camtu..So its the parents responsibility untuk tunjukkan contoh yang baik untuk anak-anak mereka ..kalau tak memang jadi macam nilah...
Tanpa Nama berkata…
Peranan ibu bapa sangat penting untuk membentuk akhlak anak2.
randomlyally berkata…
Paling penting di sini ialah Kepimpinan Melalui Teladan.. dari kecil, anak2 lebih mudah terpengaruh atau mencontohi sikap ibu bapa berbanding kata2. Sebab kalau kata2n bole jadi masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. saya sendiri risau..sebab ada anak yg sedang membesar..moga kita semua sentiasa diberi hidayah oleh Allah.. amiinn..
Mizz Aiza berkata…
yang paling membimbangkan apabila ibu bapa sendiri tidak melaksanakan tuntutan agama.. bagaimana seekor ketam hendak mengajar anaknya berjalan lurus jika dia sendiri berjalan senget..
BinMuhammad berkata…
Hanya doa buat anak2 remaja masa kini, semoga beroleh hidayah dan kembali ke jalan Allah...amiin
anamizu berkata…
mudah2an bdk2 tu semua dpt hidayah..
Maria Firdz berkata…
Hmm.. Itulah realitinya acik.. Klu dok kat sekolah ni.. Huhu.. Rasa nak nangis tau dgn anak remaja skg... Huhu.
Shahrul Yusof berkata…
Walaupun terdapat sesetengah parent yang patut dipersalahkan dalam hal ni, namun dalam konteks yang lebih luas, sistem kita sendiri dalam bermasyarakat lebih banyak celaru dari membantu. Hakikatnya, life di zaman ini menuntut ibu bapa cenderung mengejar kekayaan material berbanding kekayaan akhlak.

Sekarang jarang sekali orang bertepuk dada tanya iman, sebaliknya lebih kepada tepuk wallet tanya RM.
Tanpa Nama berkata…
nice entry...insyallah tak lalai dalam mendidik anak walaupun dalam kesibukan. tq acik for sharing dan mengingati.
Tanpa Nama berkata…
pokok pangkalnyer mesti bermula dari rumah... ibu bapa kena pantau lah walau sememangnya bila anak diluar byk benda2 lain yng boleh mempengruhi anak2 !
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum acik. nice sharing... semoga Allah permudahkan urusan kita untuk mengajar anak-anak. in shaa Allah. Berdebar nak jadi ibubapa.... (",)
Unknown berkata…
lalai mgejar harta dunia hgga mgabaikn tggjwb thadap kluarga.. moga kita di jauhkn dr sikap mcm ni.. nahuzubillahminzalik.. ~.~
Azlan Strider berkata…
betul tu..pada pendapat sy ibu bapa menjadi tunjang utama bagi membentuk remaja..tapi bukan semua ibu bapa mempunyai kemampuan untuk membentuk anak mereka atas beberapa faktor..

Regards,
-Strider-
Khir Khalid berkata…
Punca utama kerosakan akhlak, permasalahan sosial & segala yg buruk dlm msykt sememangnya berpunca drp longgarnya ikatan institusi kekeluargaan.. sbg ibu bapa kita perlulah sentiasa beringat ttg ni.. t kasih Acik atas perkongsian ini... :)
anak anugerah dari allah swt..
terima kasih insyaallah akan diperbaiki lagi..
TelingaBulat berkata…
ermmb budak2 skggg teruk..
fragmenbiru berkata…
Aduhai remaja...macam2 halnya.. Didikan yg plu diutamakan