Pengikut

Selasa, 12 November 2013

Siapakah Yang Akan Solatkan Jenazahmu Ketika Kematianmu ?


solat jenazah |akupenghibur

Assalamualaikum

Alhamdululilah masih lagi bernafas di muka bumi pinjaman ALLAH ini, ucaplah syukur kepadaNya. Mati itu pasti dan mati itu juga rahsia Allah tersimpan rapi dari pengetahuan kita. Entah bila agaknya ,hari ini ?, esok ? atau lusa ? hanya Allah mengetahuinya.

Hari ini duduk bersendirian , muhasabah diri, pernah ke kamu terfikir , siapakah yang solatkan jenazahmu kelak ? 

Adakah sudah ada orang-orang tertentu yang akan memenuhi saf-saf untuk di belakang jenazahmu untuk di solatkan ? 

Mesti akan ada kata : ala rileks la mesti ada punya ahli masjid yang akan uruskan mayat aku nanti.

bakal jenazah

Sudikah orang mahu uruskan jenazah kita ,jika kita dengan orang menyombong, berlagak tak bertempat, kedekut dengan jiran dan tidak bergaul dengan mereka. Banyak sakitkan hati kawan-kawan, suka menipu orang sekeliling ,suka mengumpat dan sebagainya. 

Ye , memang akan ada orang akan uruskan tetapi mungkin di uruskan dengan pelbagai kata-kata yang kurang enak untuk di dengari. Bila memandikan kita nanti segala aib kita di canang , ketika itu kita tak mampu buat apa-apa lagi.

Janganlah kita pejamkan mata untuk sembunyi dari realiti dan pekakkan telinga untuk segala nasihat yang di berikan untuk kita. Nasihat itu memang menyakit untuk di terima tetapi ambillah ia sebagai penawar kehidupan.Biar kita sedar sekarang berbanding kita sedar di kiamat memuncak ketika itu tidak akan mungkin kita ulangi kehidupan di dunia ini. 

Fikirkanlah,

Siapa yang akan memandikan kamu ?
Siapa yang akan mengkafankanmu ?
Siapa yang akan mengangkat kerandamu ?
Siapa akan solatkan jenazahmu ?
Siapa yang akan meletakkanmu di liang lahad ?
Siapa yang akan mendoakanmu ? 

Siapa ?

Adakah mereka dia pembuat maksiat itu ? adakah dari dia orang yang tak mahu tunduk kepada ya Rab ? 

Siapakah yang akan menangis kerana pemergianmu yang akan di rindu ?

Adakah kamu mahu kawan-kawan yang berkata :

Ala aku dah tak geng nak mengumpat lagi , sedihnya
Bagus dah mampus pun kau, hidup menyusahkan orang saje 
Aduh aku hilang kawan baik untuk minum arak dan pergi kelab malam.
Cehh hutang aku masa main judi tak bayar lagi kau dah mati dulu

Ataupun ?

Ya Allah tempatkanlah dia di kalangan orang yang beriman dan mendapat keredhaanmu ya Allah
Ya Allah ampunilah dosa-dosa sahabatku ini
Dia seorang sahabat yang baik, aku sayang dia kerana  aku berubah
Dia anak yang baik, mudahkan urusan anakku 

Yang mana kamu akan pilih ?

Sekarang ini kita ada pilihan sebenarnya, kita di hidupkan di muka bumi ini bukan untuk meneruskan dosa semalam. Marilah kita bersama-sama sedar dan lihat orang sekelliling kita, ada tak kita dah sakitkan hati orang, buat tak baik dengan orang lain ? sudahkan cukup amalan kita ? acik menaip ini sambil air mata ini menitis mennginsafi diri ini juga yang banyak kelemahan. Sama-sama kita dekatkan diri kepada Allah,sollualannabi.

Share This!


35 ulasan:

  1. Hidup ni tidak perlu untuk kita angkuh dan besar diri. Sebagai anggota masyarakat, nescaya kita akan memerlukan bantuan dan sokongan dari orang sekeliling kita suatu ketika nanti.

    BalasPadam
  2. Thankz atas perkongsian Acik.. (sedang berusaha memperbaiki diri)

    BalasPadam
  3. Muhasabah diri..achik..doakan yang terbaik untuk kita semua!!!

    BalasPadam
  4. setuju sangat acik..:) moga ini menjadi tauladan buat semua..:)

    BalasPadam
  5. Salam acik...

    Terkedu akak...siapakah....??adakah ianya bergantung kpd sikap kita sesama manusia atau amalan kita selama di dunia....pastinya kita kena jaga hubungan kita sesama manusia dn hubungan kita dgn yg Mencipta.....

    BalasPadam
  6. Yup setuju la acik..kadangkala kita melebihkan dunia..kita menangis mendengar kata cacian orang pada kita..kita rasa ralat bila nak sesuatu tak dapatkan..tapi kita terlupa..di dunia ni sementara..jarang sekali kita menangis kerana takut neraka Allah..takut azab Allah..jarang sekali..alhamdulillah nice sharing acik..untuk kita semua..

    BalasPadam
  7. n3 ni betul2 menginsafkanlah.. sayu je baca !

    BalasPadam
  8. muhasabah diri...sally pernah terbaca, jgn sombong sgt melainkan boleh bergolek masuk dlm kubur tu sendiri...sunhaALLAH..thanks acik ingatkan :D

    BalasPadam
  9. Maka kita perlu bermasyarakat, dan berbaik sangka dengan masyarakat sekeliling.

    BalasPadam
  10. Assalammualaikum...achik.

    Terima kasih ingatan nie... bagus entry yg penuh kesedaran bahawa "kematian itu pasti"...

    mselim3

    pls: siapa orang yang paling bijak iaitu orang yang bersiap sedia utk menghadapi kematian...

    BalasPadam
  11. siapa?
    ternyata shark masih belum bersedia untk semua itu:(

    BalasPadam
  12. thanks atas perkongsian ni acik
    peringatan buat diri yumida

    BalasPadam
  13. Tidak akan ada yang mati mengebumikan diri sendiri... Hidup perlu bermasyarakat dan berkhariah. Sebab itu orang lelaki di suruh berjemaah di masjid dari sembahyang di rumah.

    BalasPadam
  14. Muhasabah diri yang terbaik. Terima kasih atas perkongsiannya Acik.

    BalasPadam
  15. insaf membaca entri ni..rasa ngeri juga ada

    BalasPadam
  16. terbaik bro..ingatan unutk diri ini membaiki kekurangan yg ada

    BalasPadam
  17. Allahuakbar.. perkongsian yg penuh dgn kesedaran.. semoga bersama kita bermuhasabah diri...

    BalasPadam
  18. entri abg acik hari ini hari ini menjadi titik tolak :)

    BalasPadam
  19. peringatan untuk diri akak juga.. jaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia..

    BalasPadam
  20. thanks for sharing Acik.. sedih la plak membacanya

    BalasPadam
  21. muhasabah diri. mengingatkan mati, adalah satu kewajipan.

    BalasPadam
  22. Tabahkan hati Mr.K di atas pemergianku nanti.. Sedihnyaa

    BalasPadam
  23. Sama-sama kita muhasabah diri dan menginsafi diri..

    BalasPadam
  24. sedihnya kalau kena berpisah dengan tersayang.

    BalasPadam
  25. perbanyakkan amalan2 baik di dunia sbgai bekalan di akhirat nanti..

    BalasPadam
  26. Terkesan betul di hati baca entri Acik ni.. Terima kasih atas peringatan ni.. Marilah sama2 kita bermuhasabah diri.. T_T
    http://miezashaklee.blogspot.com

    BalasPadam
  27. assalamualaikum AP...perkongsian info yg baik...:)

    BalasPadam
  28. semoga kita sentiasa beringat dan muhasabah diri, insaf :)

    BalasPadam
  29. Allahu Allah . sedikit sebanyak menyentuh suatu sudut hati ini . susah kalau kita tak ingat MATI . berani kata "aku belum nak mati pun" ..

    BalasPadam
  30. kadang-kadang terfikir juga,
    siapa yg akan bacakan Yasin...
    ketika Mati...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails