Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi pinjaman Allah ini, marilah kita ucap syukur kepadanya. Hari isnin buat acik lebih semangat . Telah banyak tangisan air mata yang yang dapat acik lihat dari mereka yang kecewa cinta. Entri ini acik terbitkan kerana atas permintaan 5 orang gadis yang kecewa cinta kerana cinta bertepuk sebelah tangan.
Acik di sini adalah sebagai pemberi nasihat yang sekadarnya sahaja selebihnya adalah diri kamu. Remaja mahupun orang dewasa tidak mampu lari dengan soal perasaan. Kerana setiap pekara dalam hidup kita ini lebih kepada soal perasaan dalam apa jua pekara yang lakukan. Jika di tanya siapa hatinya mudah tersentuh dengan kasih sayang ? jawapannya kamu tahu sendiri.
Seorang perempuan itu mempunyai perasaan yang lembut, sangat suka jika dirinya di beri perhatian, suka apabila dirinya di puji dan di ungkap kata-kata semangat kepadanya.
Lelaki mungkin tidak dia sedar, kadang kala dia melayan seorang perempuan itu lebih dari seorang kawan. Setiap hari mesej ,telefon kadang ajak tengok wayang dan macam-macam lagi. Tapi dia anggap perempuan itu hanya sebagai kawan biasa yang di jadikan teman ketika dia bersendirian.
Dan pernah juga terjadi si lelaki rapat dengan si A sebab nak kenal dan "crush" si B untuk mendapatkan maklumat tentang si B. Tetapi gunakan si A untuk mendapatkan segala maklumat dan secara tak langsung bila rapat dengan Si A, si A akan rapat dengan Si B kerana mereka merupakan kawan baik.
Kebanyakan perempuan yang acik tanya perempuan di luar sana : Apa yang kamu rasa bila lelaki itu rapat /ambil peduli tentang kamu walaupun dia kawan baik kau ?
Perempuan 1 : Mungkin dia dah mula ada hati kat aku
Perempuan 2 : Mungkin dia syok kat aku
Perempuan 3 : Kasih sayang seorang rakan ?
Jadi lelaki di luar sana sedarlah jangan melayan seseorang perempuan itu lebih dari seorang kawan ,kerana hati perempuan itu sesungguhnya mudah terusik dan mudah jatuh hati.Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan
wanita tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar
tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa
memiliki. Tidak kira pada si lelaki atau wanita atau kedua-duanya
sekali. Mesti ada kemungkinan walau pun pada kadar yang sedikit.
Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis.
Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar
sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai
yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal.
Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata
benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan bahagian yang
paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah
dikendali dengan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah
awal yang amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.
Bagaimana jika mahu berkawan dengan berlainan jantina ?
1. Jangan berdua-duaan
2. Jangan letakkan diri dalam keadaan yang mengundang fitnah
3. Jangan bertepuk tampar, bersentuh-sentuhan, berpegangan tangan
4. Jangan bermain soal hati
5. Jangan bergaul dengan lawan jantina, seperti bergaul sesama jantina
6. Jangan terlalu rapat sehingga semua benda boleh ‘open’
7. Jangan bersubahat dalam perkara maksiat
8. Dan banyak lagi ‘jangan’ yang lain.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui
kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang yang beriman serta
umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman-Nya:
“Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan
pandangan dan menjaga kehormatan. Itu lebih suci bagi mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan.
Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka menjaga
kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali
apa yang biasa lahir daripadanya…..” (an-Nur:31-32)
Akhir kata dari acik mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa.
Akhir kata dari acik mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa.
31 ulasan:
Insyaallah. . Mizi akan ikut nasihat acik..
Memang banyak dugaankan acik..
Menenangkan Hati Yang Kecewa
sy sebagai perempuan sngt setuju artikel ini.. sbb tu lah lelaki n perempuan x boleh jadik bespren.. kann ? :D
Assalammualaikum..achik,
bagus ingatan nie...
mselim3
Saya suka komen nie... Lelaki ngn pompuan nie memang x bleh jd besfriend. Friend ble.. Sbb apa, kita manusia biasa, kita x dapat melawan fitrah dik..
nice share..sesuai utk lelaki yg suka layan lbih2..but utk yg dh bpunya tu,bringat la sama yee..bcinta bia satu..bkwan bia ada btasnya
Betul3... Saaa juga dgn lelaki kn.. Tmbh2 bila dh berkhwin.. Nice entry acik..
Lelaki dan perempuan perlu ada batasan, sempadan dan limit dalam persahabatan. Jangan sesekali melintasinya...pasti akan buruk padahnya.
hehehe mcm nak setuju je, mcm nak setuju je... BTW Angah tu kakak Adik hehehe
so true..sy support pandangan acikk..um tapi sy lebih suka bkawan dgn laki hahaa tak tahu la kenapa but so far belum ada lagi kut perasaan yg pelik+ hehehehe
Assalamualaikum,
Sangat setuju,jagalah batas pergaulan,sama ambil iktibar...
New Entri: Bila Tertinggi Orang Cakap...
Nasihat yang baik...
perlu ada batasan di antara seorang lelaki dan wanita.. wanita hatinya cepat tersentuh..
In Sya Allah..terima kasih utk perkongsian yang sangat menarik..:)
Yuppp, saya wakil bagi pihak perempuan setuju sangat. Sebab orang perempuan hatinya lembut@cepat perasan. Kalau nak kawan buat macam biasa2 jer, bagi saya itu sudah memadai dalam persahabatan yang berlainan jantina.
betul kan acik, jgn layan seseorg tu lebih. takut timbul salah paham akibat layanan yg terlebih tu
saya rasa boleh laki dan perempuan jadi besfriend sbb saya n besfriend saya masih ok dan baik. walaupun masing-masing ada haluan masing-masing tapi perlu diingat batas itu pasti kena jaga.
tapi situasi syuk sampai nak jadi teman hidup :)
Btul tu.. Zara stuju.
Perkongsian yg sgt baik Acik.. semoga menjadi panduan & peringatan terutama kpd lelaki yg ramai peminat wanita tu.. :)
totally true,,,, agree 100% =)
setuju acik.. yup bestfrend mcm mana pun.. perasaan tertarik antara kedua2 jantina tidak boleh dielakkan.. :)
Akak suka dgn entri ni acik...meh sini nak habaq,org lelaki ni,kalau jenis gedik n suka layan perempuan lebih2,last sekali dia tk akan dpt penghormatan dr org perempuan sebaliknya org akan peleceh dia...
Kena ingat,kalau kita main2kan perasaan org,nnti Allah akan balas dgn berbagai cara,masa hati kita terasa,ingatlah masa tu hati siapa yg dh kita permainkan...org perempuan ni memang cpt perasan tp tidak pd akak,selagi org lelaki tu tak ckp dia syg n rindu akak,selagi tkde perkataan i love you..akak buat dono je..kalau suka,cakap,kalau pendam,nasib badan le...akak tak akan faham kalau org diam....hehehe....jadi akak blh bersaabat dgn org lelaki...akak tk kisah.....
Betul acik..sedikit sebanyak kita kan suka kalau seseorang tu melayan kita dengan baik..apatah lagi yang terlebih caring...so hati-hati semua..jangan permainkan perasaan orang..
berserderhanalah dalam setiap perbuatan..
batasan harus ada dalam pergaulan kita berlainan jantina..jgn sampai hanyut
salam acik..ada betul dan ada tidaknya tajuk di atas. akak ada seorng bff lelaki. persahabatan kami sudah melangkaui 13 tahun. alhamdulilah..hubungan kami hanya kawan baik, yang kami boleh berkongsi setiap masalah dan moment bersahabat. tapi alhamdulilah sebagai kawan kami menjaga batas batas pergaulan yang tetapkan. cuma kita perlu tahu membezakan yang dia hanyalah kawan, dan kita adalah kawan untuk dia. selagi perasaan saling hormat menghormati itu ada, insyallah allah permudahkan.
Ye..wanita mudah jatuh hati..lebih2 lg jika dirasakan lelaki tersebut amat serasi..
Haah...kadang2 tak perasan yang kita dah sentuh hatinya... apapun kembalilah kepada syariat dalam pergaulan..sama2 jaga ikhtilat..
jangan mengetuk pintu hati seorang wanita jika tiada niat untuk memperisterikan dia :)
enrty y bgs..kata2 y muda fhm..mohon share n copy ya :) terima kasih
Catat Ulasan