cinta dalam diam | Aku Penghibur

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi pinjaman Allah ini, marilah kita ucap syukur kepadanya. Hari isnin buat acik lebih semangat . Telah banyak tangisan air mata yang yang dapat acik lihat dari mereka yang kecewa cinta. Entri ini acik terbitkan kerana atas permintaan 5 orang gadis yang kecewa cinta kerana cinta bertepuk sebelah tangan.

Acik di sini adalah sebagai pemberi nasihat yang sekadarnya sahaja selebihnya adalah diri kamu. Remaja mahupun orang dewasa tidak mampu lari dengan soal perasaan. Kerana setiap pekara dalam hidup kita ini lebih kepada soal perasaan dalam apa jua pekara yang lakukan. Jika di tanya siapa hatinya mudah tersentuh dengan kasih sayang ? jawapannya kamu tahu sendiri.

Seorang perempuan itu mempunyai perasaan yang lembut, sangat suka jika dirinya di beri perhatian, suka apabila dirinya di puji dan di ungkap kata-kata semangat kepadanya. 

Lelaki mungkin tidak dia sedar, kadang kala dia melayan seorang perempuan itu lebih dari seorang kawan. Setiap hari mesej ,telefon kadang ajak tengok wayang dan macam-macam lagi. Tapi dia anggap perempuan itu hanya sebagai kawan biasa yang di jadikan teman ketika dia bersendirian.

Dan pernah juga terjadi si lelaki rapat dengan si A sebab nak kenal dan "crush" si B untuk mendapatkan maklumat tentang si B. Tetapi gunakan si A untuk mendapatkan segala maklumat dan secara tak langsung bila rapat dengan Si A, si A akan rapat dengan Si B kerana mereka merupakan kawan baik. 

Kebanyakan perempuan yang acik tanya perempuan di luar sana : Apa yang kamu rasa bila lelaki itu rapat /ambil peduli tentang kamu walaupun dia kawan baik kau ?

Perempuan 1 : Mungkin dia dah mula ada hati kat aku
Perempuan 2 : Mungkin dia syok kat aku
Perempuan 3 :  Kasih sayang seorang rakan ?

Jadi lelaki di luar sana sedarlah jangan melayan seseorang perempuan itu lebih dari seorang kawan ,kerana hati perempuan itu sesungguhnya mudah terusik dan mudah jatuh hati.Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita  tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si lelaki atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walau pun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal.

Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan bahagian yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendali dengan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.

Bagaimana jika mahu berkawan dengan berlainan jantina ?

1. Jangan berdua-duaan
2. Jangan letakkan diri dalam keadaan yang mengundang fitnah
3. Jangan bertepuk tampar, bersentuh-sentuhan, berpegangan tangan
4. Jangan bermain soal hati
5. Jangan bergaul dengan lawan jantina, seperti bergaul sesama jantina
6. Jangan terlalu rapat sehingga semua benda boleh ‘open’
7. Jangan bersubahat dalam perkara maksiat
8. Dan banyak lagi ‘jangan’ yang lain.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang yang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman-Nya: “Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang biasa lahir daripadanya…..” (an-Nur:31-32)

 Akhir kata dari acik mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa.