solat jenazah |akupenghibur

Assalamualaikum

Alhamdululilah masih lagi bernafas di muka bumi pinjaman ALLAH ini, ucaplah syukur kepadaNya. Mati itu pasti dan mati itu juga rahsia Allah tersimpan rapi dari pengetahuan kita. Entah bila agaknya ,hari ini ?, esok ? atau lusa ? hanya Allah mengetahuinya.

Hari ini duduk bersendirian , muhasabah diri, pernah ke kamu terfikir , siapakah yang solatkan jenazahmu kelak ? 

Adakah sudah ada orang-orang tertentu yang akan memenuhi saf-saf untuk di belakang jenazahmu untuk di solatkan ? 

Mesti akan ada kata : ala rileks la mesti ada punya ahli masjid yang akan uruskan mayat aku nanti.

bakal jenazah

Sudikah orang mahu uruskan jenazah kita ,jika kita dengan orang menyombong, berlagak tak bertempat, kedekut dengan jiran dan tidak bergaul dengan mereka. Banyak sakitkan hati kawan-kawan, suka menipu orang sekeliling ,suka mengumpat dan sebagainya. 

Ye , memang akan ada orang akan uruskan tetapi mungkin di uruskan dengan pelbagai kata-kata yang kurang enak untuk di dengari. Bila memandikan kita nanti segala aib kita di canang , ketika itu kita tak mampu buat apa-apa lagi.

Janganlah kita pejamkan mata untuk sembunyi dari realiti dan pekakkan telinga untuk segala nasihat yang di berikan untuk kita. Nasihat itu memang menyakit untuk di terima tetapi ambillah ia sebagai penawar kehidupan.Biar kita sedar sekarang berbanding kita sedar di kiamat memuncak ketika itu tidak akan mungkin kita ulangi kehidupan di dunia ini. 

Fikirkanlah,

Siapa yang akan memandikan kamu ?
Siapa yang akan mengkafankanmu ?
Siapa yang akan mengangkat kerandamu ?
Siapa akan solatkan jenazahmu ?
Siapa yang akan meletakkanmu di liang lahad ?
Siapa yang akan mendoakanmu ? 

Siapa ?

Adakah mereka dia pembuat maksiat itu ? adakah dari dia orang yang tak mahu tunduk kepada ya Rab ? 

Siapakah yang akan menangis kerana pemergianmu yang akan di rindu ?

Adakah kamu mahu kawan-kawan yang berkata :

Ala aku dah tak geng nak mengumpat lagi , sedihnya
Bagus dah mampus pun kau, hidup menyusahkan orang saje 
Aduh aku hilang kawan baik untuk minum arak dan pergi kelab malam.
Cehh hutang aku masa main judi tak bayar lagi kau dah mati dulu

Ataupun ?

Ya Allah tempatkanlah dia di kalangan orang yang beriman dan mendapat keredhaanmu ya Allah
Ya Allah ampunilah dosa-dosa sahabatku ini
Dia seorang sahabat yang baik, aku sayang dia kerana  aku berubah
Dia anak yang baik, mudahkan urusan anakku 

Yang mana kamu akan pilih ?

Sekarang ini kita ada pilihan sebenarnya, kita di hidupkan di muka bumi ini bukan untuk meneruskan dosa semalam. Marilah kita bersama-sama sedar dan lihat orang sekelliling kita, ada tak kita dah sakitkan hati orang, buat tak baik dengan orang lain ? sudahkan cukup amalan kita ? acik menaip ini sambil air mata ini menitis mennginsafi diri ini juga yang banyak kelemahan. Sama-sama kita dekatkan diri kepada Allah,sollualannabi.