Pengikut

Jumaat, 8 November 2013

Boleh Jika Mahu Memberikan Kritikan Tetapi Jangan Sampai Menghina


Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi dapat bernyawa di muka pinjaman Allah ini, ucaplah syukur kepada Allah. Alhamdulilah blog ini sudah 5 tahun usianya dan banyak kenangan yang acik lalui bersama blog ini. Untuk pengetahuan semua segmentasi blog acik ini lebih kepada remaja, cinta dan keislaman . Dan sangat bersyukur kerana setiap hari ada sahaja yang berkunjung ke blog acik.

Ye acik akui blog acik banyak lagi kelemahan yang perlu di perbaiki, begitu juga soal penulisan yang yang kadang kala ayatnya kurang di fahami dan salah ejaan.Minta maaf sangat kerana harap semua dapat faham kadang kala entri tersebut di taip dengan kelam kabut dengan kelas setiap hari yang padat dan untuk memenuhi kehidupan seorang pelajar.  Acik menjadi seorang blogger ini bukanlah untuk mendapatkan duit mahupun populariti tetapi lebih kepada perkongsiaan hidup ini. 

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

“ Sampaikan ajaran agama daripadaku walaupun sepotong ayat”

Apa yang acik taip di blog ini kebanyakkan adalah berdasarkan pengalaman diri sendiri, rakan-rakan dan orang yang berada di sekeliling acik serta berdasarkan pemerhatian acik.  Secara jujurnya, banyak pekara baru yang acik belajar dari kamu semua.

Tapi satu pekara yang buat acik kecewa sangat hari ini, ia adalah kata-kata kesat. Tak kiralah kamu blogger baru ke, blog dah senior dan kamu blogger famous sehinggakan 1 Malaysia dah kenal kamu tapi tolong jaga apa yang kamu pertuturkan dan apa yang kamu tulis. 

Ye acik tahu kamu semua blogger di kenali ramai , menggunakan platform yang berbayar mahal bukan macam acik ini tapi itu bukanlah alasan untuk nak hina orang lain.

Hari ini ada 2 orang blogger yang menghantar di whatsApp acik dan di mengkritik tentang keseluruhan blog acik, alhamdulilah  kerana ada yang sudi menegur tetapi bukan dengan kata  hina blog acik dan kata cacian . Antaranya 

Aku rasa blogger macam kau ni tak sesuai wujud kat dunia ni, blog macam sampah, loading macam siput babi dan kononnya nak beri perubahan dalam hidup orang lain,konon nak jadi seperti malaikat padahal kau macam syaitan. 

Ini adalah sedikit dari whatsapp yang dia hantar , sampai sekarang acik masih lagi terfikir , kenapa ada orang yang sakit hati dengan blog acik ? acik tak pernah ganggu hidup orang dan acik tak pernah kacau blog orang lain.

Sekali lagi acik minta maaf sangat untuk entri-entri yang acik tapi di blog ini jika ada yang kamu tak senangi dan tak selesa. Siapa yang hantar itu ? biarlah yang tahu antara acik dan Allah.  Akhir kata dari acik, acik pun manusia yang banyak buat kesalahan ,jika benar acik ada buat kesalahan tegurlah dengan cara yang berhemah bukan cacian.

Share This!


44 ulasan:

  1. Astagfirullah.. bersabarlah Acik, setiap dugaan pasti ada hikmahnya.. Cara mcm tu mmg x baik.. semoga Acik ttp tabah & terus semangat berblogging.. Salam Jumaat :)

    BalasPadam
  2. salam acik..biarkan sajala mereka acik..yang penting kita tahu apa yg kita buat.bukan ada kacau orang pun kan.kalau tak suka buat apa mereka nak komplen itu ini kan mengenai blog acik...teruskan perjuangan acik..we support blog aku penghibur

    BalasPadam
  3. Itu ayat bukannya kritik untuk membina. Itu langsung tidak boleh dianggap kritikan, sebaliknya menghina. Kan ke dia boleh gunakan bahasa yang lebih elok sikit jika ingin sampaikan pandangan sekalipun. Hmmm...

    BalasPadam
  4. Smile, for God knows the best. Biar apa orang kata, janji kita ikhlas dan jujur :)

    BalasPadam
  5. Kalau nak menghina itu, niat dah tak betul.

    BalasPadam
  6. xpelah acik...be strong...biar orang buat kita...jangan kita buat orang...jom senyum bersama aku penghibur...hihihi

    BalasPadam
  7. betul tu, kalau nak kritik pun tak perlu la sampai hina bagai..ish-3 sbar ye acik..:)

    BalasPadam
  8. ingatlah dik...kerana kutukan kita bangkit...bukan untuk melemahkan...
    prinsip cik akak satu je...orang kutuk makin cik akak buat..hahaha...yang penting semangat kena kuat...

    BalasPadam
  9. kutukan membina pemangkin semangat. :)

    BalasPadam
  10. Salam acik....

    Sedih plak akak baca entry yg ini....tambahan dgn kutukan utk acik tu...hanya acik yg tau perasaan acik ketika membaca mesej yg acik terima di whasap tu....moga acik tabah dan terus menulis...ini bukan sampah...di blog ni ada ilmu...in sya Allah akak akan terus ke sini selagi ada talian intenet.....

    BalasPadam
  11. kito dok diam x usik org , tetiba ada org serang kita ... tu perkara biasa . ucap lah alhamdulillah sbb dia sudi beri pahalanya pada acik ...

    BalasPadam
  12. Buat derk jer acik. Jdkan itu sbg peransang utk acik terus berkarya. Kipidap bro

    BalasPadam
  13. Assalammualaikum...achik,

    sebenarnya orang itu dengki akan kejayaan achik. Percayalah achik anggaplah semua ini satu cabaran utk achik maju dan maju terus ke hadapan. Anggaplah penghinaan itu satu pemangkin utk berjaya.
    Percaya ini achik... jika orang itu benci achik.. itu adalah orang pertama yg benci achik.. tetapi kami blogger di sini sentiasa sokong achik... satu benci achik tapi 1000 sayang kat dan suka kat achik....k.

    mselim3

    pls: cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah, cinta kepada Allah akan kekal abadi-Ustad azhar idrus

    BalasPadam
  14. salam..
    nak kritik pun biar la berpada2..
    aq pun dulu masa mula2 buat blog ke sound gak..
    tapi dari hari ke hari.. kita blajar dri pglaman..
    bkan smua org sempur na!!

    BalasPadam
  15. nape nak baca kalau tak minat?harap2 diorang ni dapat hidayah..huhuhu..

    BalasPadam
  16. Hmmm..ada jugak yang macam ni ya..Dugaan tu achik..Sabar k..all the best to you....

    BalasPadam
  17. Kenapa dia cakap macam tu?? Hairan betul Kak Erin.. Sabarlah Acik, dalam pada kita memnyampaikan kebaikan, ada yang tidak senangi kita.. bersabarlah dengan ujian ini.. teruskan menulis perkara yang baik.. Semoga Acik terus maju.. :-)

    BalasPadam
  18. acik ucapkan Alhamdulillah...jangan dilayan orang yang rendah IQ dan juga EQ... kalau dilayan kita yang sengsara...jangan patah semangat dan jangan putus asa untuk berblog. Personally akak suka baca blog acik... jadikan itu cabaran untuk jadi lebih baik...

    BalasPadam
  19. Singgah sekejap sebelum tido...moga acik lena dan lupakan kepahitan hari ini...moga esok kita lebih baik....

    BalasPadam
  20. Satu jari menuding empat jari kearah sendiri...
    Acik, ucapkanlah Alhamdulillah... yang negatif pun boleh menjadi positif :)

    BalasPadam
  21. sabarlah acik .. manusia sememangnya begitu ..

    BalasPadam
  22. we are in the same shoes acik. i feel you.. org gini jelez sbb blog dorang tak hebat cam blog acik.. tu je.. keep blogging acik. jadi blogger kena kental katanya.. huhuu

    mujadafewa.my

    BalasPadam
  23. Astaghfirullahal'azim... Sabar banyak2 ya acik... Itu sebenarnya nak menjatuhkan semangat acik utk berblogging je... anggapkan kritikan dan kejian sebagai penguat semangat utk terus berblogging. www.ieta-myblog.blogspot.com

    BalasPadam
  24. sabar ye acik..ignore je...teruskan berblogging~

    BalasPadam
  25. masyaAllah, orang macam tu pun ada ke? acik jangan layan laa text yang nak menjatuhkan acik macam tu, mungkin dia iri hati dengan acik kut, biasa laa, manusia ni ramaii yang susah buang sifat hasad dengki dengan kelebihan orang lain, sabar banyak2 je acik. Acik kena kuat, kalau dorang tengok acik lemah, acik kalah, dorang bersorak menang. Mesti acik tak nak camtu kan? Be strong, bloggers dan readers lain ramai yang menyokong acik dalam dunia blogging ni :) have faith in Allah~

    BalasPadam
  26. xpelah Acik.. ambil mana yg baik je lah... yg negative tu tolak tepi.. yg penting Acik maafkan mereka walaupun agak sukar menelan kata2 mereka yg sgt pedih tu... Acik kan berdakwah? maka inilah salah satu dugaan n cabaran berdakwah.. Nabi dulu pun kene lebih teruk.. :) so stay strong & ingat kami2 ni yg sentiasa menyokong usaha dakwah yg Acik lakukan...

    BalasPadam
  27. Saya tgk blog ni ok je..x de pun mcm yg dia ckp tu..mgkin irihati tu x leh nk kawal..akhirnya timbul sifat dengki.mmg sakit mbacanya tp pedulikn selagi kita yakin apa yg kita buat x de salahnya.

    BalasPadam
  28. Takkan ada sampai bila2 pon semua org akan suka kita. Rambut sama hitam hati lain2. Ni pon kira dugaan dari Allah gak. Nak tengok cemana kita respon.

    BalasPadam
  29. saya tgk blog acik ok je, cuma dri segi loading jelah. apa dia ingat dia blogger terkenal boleh nk hina blog orang lain ke? nama je blogger terkenal padahal adab tk reti jaga, dia tu yg tk layak wujud dalam dunia blogger sepatutnya -.- sabar ye acik, dia jeles tu. wlaupun kritikan tu pahit, tapi boleh membina

    BalasPadam
  30. betul tu acik.. elok tegur secara berhemah, bukannya secara mencaci maki seperti itu.. pada pandangan akak blog acik sudah ok dan perkongsian pun sangat bermanfaat.. cuma loading tu saja.. sabar sajalah acik, jadikan ia pembakar semangat untuk acik terus maju..

    BalasPadam
  31. kritikan dan makian itu suatu yg jauh berbeza

    BalasPadam
  32. masyaAllah..tidak mengapa..jadikan ianya satu suntikan semangat untuk merubah diri ke arah yang lebih..lebih dan lebih baik sentiasa..jangan risau orang tak suka kita..kerana Allah sentiasa bersama kita..Allah datangkan ujian dalam pelbagai bentuk..dan salah satunya apa yang acik laluinya kini..tak rugi bersabar kerana sabar itu sifat Rasulullah..moga bertabah hati selalu..

    BalasPadam
  33. satu benci, 100 kasihi. biasalah tu. saya faham sebab saya sendiri pernah dapat mesej yang menjatuhkan semangat. anggaplah insan itu sekadar ujian yang melintas dalam hidup achik. jadikan jambatan untuk membina semula kekuatan berdakwah. moga dipermudahkan.

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum Acik, kembali kepada niat kerana Allah.. dugaan dan ujian datang menyinggah untuk mendekatkan diri kepada Allah...manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan,doakanlah agar sidia yang melontar fitnah sedemikian mendapat hidayah kelak..Amin ya Rabb... Acik!!! Dugaan membuatkan kita kuat,kental dan pastinya perjuangan menyampaikan islam mendapat pelbagai halangan terutamanya mereka yang hasad dan dengki...Nauzubillahi min zalik.. Namun,sejujurnya mengikut pendapat Abak,perlu juga kita muhasabah sejenak,apakan penyebabnya ada yang hasad dan dengki dengan kita,kadangkala kita tidak sedar.. Abak pernah alami situasi sperti Acik dan Abak berundur seketika mencari asbabnya,Alhamdulillah... paling peting,niat dan Allah tempat pergantungan kita...

    BalasPadam
  35. isyh... mohon acik terus tabah. biasalah manusia ni kadang2 kan dia jeles... cuba bayangkan kalau org ckp mcm tu kat dia. apa perasaan dia......

    BalasPadam
  36. Wah, hebat sangat ke orang tu. Kita harus sedar yang manusia ni tak sempurna. Kalau ada tersalah boleh tegur cara elok.

    BalasPadam
  37. sabar ya acik..dugaan acik ni.. jgn sdh, semua org suka blog acik ni..zaza pun.. :) teruskan usaha acik..jgn putus asa..

    BalasPadam
  38. lama tak singgah sini juga.. wah dh 5 tahun usia blog acik ya. tahniah :)
    sampai begitu sekali org xpuas hati dgn acik.. sabar byk2 tau

    BalasPadam
  39. bertabahlah wahai Acik...semoga penghantar WA tu menerima hidayah daripada Allah :-)

    BalasPadam
  40. Kemungkinan mesej itu adalah dari syaitan..haha..sakit hati jugak saya membacanya..ada ke keji org macam tu..tak semena-mena..pelikss..dengki le tuu Acikk kan?

    BalasPadam
  41. Tahniah sbb kita dikritik.. Kerana itu bermkna penyampaian kita smp pd penerimanya cuma penerima tu terasa dan ego utk berubah... Senyum aje jika dapat kritikan begitu...

    BalasPadam
  42. Aduhai... ucap alhamdulillah... pahala dapat kat awak. Kenapalah nak cakap dgn bahasa kesat? Tegur baik-baik tak boleh ke? Makan cili banyak sgt tu... sentap dengan pengisian entry acik... maknanya awk dah berjaya!

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails