Ticker

6/recent/ticker-posts

Kita Jaga Hubungan Dengan Allah,InshaAllah Di Permudahkan Soal Jodoh Kita

ehsan liyanafarok
Assalamualaikum

Seorang sahabat datang menghampiri ku, mukanya kelihat monyok tak ceria seperti selalu. 

Kenapa ini sahabat , tegurku.

Tak adalah acik, aku tengah sedih. Dia makin jauh dengan aku, ketika aku semakin sayang dia. Aku rasa seolah sesuatu menjauhkan aku dan dia. Kadang hal kecil kami bergaduh,balas man.


Lah pasal itu ke man, sabar ye man.Man perasaan tak kau, sekarang ini telefon bimbit kau tak lekang di tangan. Jarang dah kita baca tafsir al quran kan ? ,Kataku lagi.

Aah lah cik, aku makin jauh kerana soal perasaan. Setiap hari kalau tak dengar suara dia hidup aku tak lengkap. Aku mesti nak tahu tentang dia. Kalau boleh nak jumpa dia setiap hari. Tapi itulah aku tetap rindukan sesuatu,rasa kehilangan. Balas Man.

Semakin dekat kau kepada orang yang kau cinta, akan semakin jauh dirinya pada diri kau rasa kehilangan itu, kerana apa? Sesunggguhnya Allah cemburu pada hati hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya, namun masih mencintai manusia melebihi cinta kepada Allah. Kembali kepada Allah, buktikan keimanan dan kesetiaan kepada Allah dengan sungguh-sungguh. Jika ia "terbaik" untukmu, pasti Allah akan dekatkan dirinya padamu. Usah mengejar cinta manusia semata-semata kerana jodoh sudah berada dalam ketentuanNya balasku.

Ya Allah acik, aku makin jauh dengan Allah, solat selalu lewat. Apa nak jadi dengan aku. Terima kasih selalu ada dengan aku ,bagi nasihat pada aku. Kata man lagi.

InshaAllah Man, sesama kita baiki diri. Kita jaga hubungan dengan Allah inshaAllah dia permudahkan soal jodoh kita. Semoga Allah berikan ketetapan hati padaNya.


Allah berfirman yang maksud-Nya: Engkau jugalah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berikan rahmat kepada kami kerana Engkau jugalah sebaik-baik pemberi ampun. Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepada-Mu. (al-A’raf: 155-156)


Catat Ulasan

6 Ulasan

Syira Lokman berkata…
suka bacaaa kisah ni :)
Siti Yang Menaip berkata…
orang baik untuk yang baik manakala sebaliknya.. berusaha utk jadi baik dulu
mudah2an yang baik baik belaka myusul..
Along Misuari berkata…
Suka baca..Banyak pengajaran yang dapat..

Kita hhanya HAMBA kepada TUAN kita iaitu Dia..
Semoga tuan dapat terus memberi nasihat dan penganjaran kepada pembaca..

jangan lupa singgah blog AM..
AlongMisuari.com
usryabdullah berkata…
Perassaan tu saya pernah rasa masa saya bercinta dengan seorang anak mami tahun 1995 dulu. Saya sayang sangat-sangat. Kalau boleh setiap jam nak tunggu call dari dia (sebab di kolej tempat saya belajar, ada satu phone khas untuk terima call sahaja. Saya pula tak boleh buat call ke colej tempat dia belajar sebab undang2 kolej dia tak boleh terima call).
Saban hari si dia akan call dan kami akan bercinta cintun dalam talian. Sehari jika dia tidak call, rasa macam tak dapat nak hidup. Setiap saat rasa nak dengar suara dia je. Setiap kali solat selalu berdoa semoga dia jadi jodoh saya. Tapi semakin saya berdoa, semakin tak tenteram. Rasa seperti si dia semakin jauhh... Setiap hari, walaupun sidia meluahkan rasa cinta pada saya tapi rasa seperti tak yakin. Rupa-rupanya, memang itu satu petunjuk bahawa saya akan kehilangan dia. Dan memang benar, selepas 1 tahun kami bercinta, si dia berkawan dengan orang lain.
Unknown berkata…
Gmbar tu masjid kolej matrikulasi selangor kn?
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.