Pengikut

Khamis, 28 Julai 2016

Cukuplah Seseorang Itu Sedap Mata Memandang


Assalamualaikum

Kecantikan membuat pesona hingga ada yang gila kerananya. Ada sanggup buat apa sahaja demi capai kehendak  untuk dapat rupa paras yang elok. Kalau tanya mana-mana lelaki mahupun wanita. Jika di beri pilihan siapakah calon isteri atau suami menjadi pilihan?

Tentu sekali banyak nama artis, model yang cukup elok rupa parasnya dan penampilan. Tetapi kenyataan hidup tidak seindah apa yang kita mimpikan. Terimalah dia seseorang dalam hidupmu seadanya.

Pernah seorang sahabat marah dengan acik katanya :

Rupa paras penting tau acik, ianya bakal melibatkan keturunan dan kita akan hidup dengan dia seumur hidup.

Pada acik memang benar sekali tetapi Dari Abu Hurairah –rhadiyallahu anhu – dari Nabi Muhammad SAW
, beliau berkata: “Seorang perempuan dinikahi karena empat perkarakerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya, (atau) kerana agamanya.Pilihlah yang beragama, maka kau akan beruntung, (jika tidak, semoga kau) menjadi miskin”.

Pilihan itu ada, cuba kitalah yang menilainya.Manusia telah diciptakan dengan fitrah menyukai segala sesuatu yang indah, elok dan cantik. Sebaik-baik perempuan adalah yang membuat suaminya bergembira ketika memandangnya kerana keelokan dan pesona wajahnya.

Tidak mengapa seseorang menyukai seorang wanita kerana wanita tersebut cantik, yang tidak sepatutnya adalah menyukai seorang wanita hanya kerana kecantikannya. Dapat dibezakan? Jika yang pertama berarti kita menyukai wanita kerana memang wanita itu cantik, namun kita juga memandangnya dari sisi lain; apakah wanita tersebut baik perangai dan akhlaknya? 

Dan lain sebagainya, sehingga pertanyaan-pertanyaan ini boleh menjadi pertimbangan lain setelah kecantikan. Yang kedua, adalah ketika seseorang tidak mempertimbangkan sesuatu dari seorang wanita selain kecantikan, bila ada kecantikan pada parasnya, maka itu sempurna, tanpa perlu menimbang agama dan lain sebagainya. 
Kecantikan setiap memandang itu kan subjektif. Ada yang mengatakan badan gempal itu comel. Ada yang kata hitam manis itu menawan dan ada juga yang suka orang yang pendek.
Ianya terpulang pada masing-masing. Pada aciklah cukuplah seseorang itu sedap mata memandang di mata acik. Paling penting agamanya dan akhlaknya.
Kita pun bukan sesempurna mana untuk menilai seseorang jadi terimalah ketidaksempurnaan seseorang itu sebagai pelengkap diri kita.

Share This!


2 ulasan:

  1. GADIS YG CANTIK AGAMANYYA CANTIK PERIBADINYA PASTI CANTIK KESELURUHAN WAJAHNYA INSYAALLAH...PILIHAN JODOH TERBAIK

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails