Pengikut

Jumaat, 13 Disember 2013

Antara Orang Yang Paling Sombong Di Dunia



Assalamualikum 

Alhamdulilah dapat lagi bersama setelah dua hari acik tak kemas kini entri terbaru. Sangat sibuk kerana ada "shooting" , kena buat news dan persiapan untuk berita yang bakal di siarkan.  Memang setiap hari tidak leka dari menghadapi masalah dan kadang kala ada sahaja yang tak kena Acik percaya satu hal bahawa Allah sentiasa menguji kita dengan pelbagai jenis dugaan. Orang yang bersabar dan ikhlas menerimanya, orang itu lah yang Allah paling sayang

Dalam setiap keluh yang kita rasa dan hadapi, jadikanlah setiap nafas ini sebagai permulaan hari baru, setiap pandangan menjadi lebih baik, setiap pendengaran adalah kebaikan, jadikan segalanya kebaikan hanya untukmu Ya ALLAH.Dan ketika kekhilafan menyapu sedikit demi sedikit kebaikan itu, jangan biarkan diri kita terus terlena dan menyalahkan takdir. Ayat yang selalu katakan : 


Aku dah berusaha macam nak gila tapi tak dapat apa yang aku mahukan
Aku buat kerja dengna ikhlas tetapi akhirnya aku di tubuh tak buat kerja dengan bagus
aku cuba jadi isteri yang baik tetapi akhirnya suami aku curang

Dan banyak lagi, jika dengar satu persatu jadi geleng kepala . Semua yang berlaku dalam dunia ini bersebab dan alasan yang tidak pun tak tahu tetapi pastinya akan ada hikmah walaupun lambat penjelasaannya.

Jika berduka, jika hiba dan lemah tak berdaya jangan biarkan diri membawa haluannya sendiri, jangan biarkan terlalu ikut emosi dan terbawa oleh perasaan. Bila kecewa ? apa yang biasa kita lakukan ? hanya update di facebook (meluahkan segala yang rasa di hati), hanya luahkan pada kawan-kawan ? 

 Dan bila dah berjaya ?  
Kejayaan aku hari ini adalah hasil usaha aku sorang jer !!!
Jangan jadikan tangan ini hampa, tiada yang dapat di bawa sebagai pemberat amal kebaikan nanti. Jangan jadi manusia yang sombong di dunia ini. Seharusnya ketika duka dan gembira itulah saat kita sentiasa bersamaNya dan bermohon padaNya.

Sebagian manusia terlalu sombong, tidak mau berdoa, seakan ia dapat menghasilkan sesuatu tanpa pertolongan dari Allah Ta’ala.Sebagian manusia terlalu sombong, tidak mau berdoa, seakan ia dapat beribadah tanpa pertolongan dari Allah Ta’ala. 

Sebagian manusia terlalu sombong, jarang berdoa, seakan kekuatan manusialah yang dapat mewujudkan segala pekara di dunia tanpa pertolongan dari Allah Ta’ala.Cuba perhatikan hal-hal berikut, niscaya kita akan semangat selalu berdoa kepada Allah Ta’ala atas keperluan dunia dan akhirat kita.
  
Seorang yang tidak berdoa adalah orang sombong


{وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ} [غافر: 60]


Dan Rabbmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.” (QS. Al Mukmin: 60).

Ya Allah hanya Engkau yang Maha Hidup dan pemilik hidup. Jadikan hidup hamba penuh makna dengan limpahan kasih sayang-Mu. Ingatkan segera atas kekhilafan.Doa adalah senjata orang islam, jangan anggap ia sebagai pekara yang kecil dan boleh di abaikan. Mari kita muhasabah diri dan baiki diri.

Share This!


23 ulasan:

Wirda Amir berkata...

Salam acik..

Takutnya kalau tergolong dlm golongan yg sombong ini...minta dijauhkan....segala2 krn Allah semata2....

aisya berkata...

perkongsian yg sangat bagus. terima kasih. mudahan kita dijauhkan dari sifat yg sedemikian. huhu

Kathy R'bain berkata...

susah dan senang sentiasa dekatkan diri padaNya kerana kesusahan dan kesenangan itu adalah ujian daripadaNya.

paridah berkata...

berkeluhkesah, mengadu kepada Allah sambil berdoa bersungguh-sungguh mohon apa aja....in sya Allah.

Bin Muhammad berkata...

Doa itu senjata paling kuat umat muslimin. Lagi banyak berdoa dan meminta lagi disukai Allah...tapi sebalik sesama manusia, selalu kita meminta mesti tidak disukai.

ika zulkefli berkata...

subhanallah, takutnya klau tergolong dlm kalangan ni..:)

fatin wawa berkata...

semoga tidak tergolong didalam golongan ini..

anamizu berkata...

tu la takot tergolong dlm yg jns cmtu..
smoga kita dijauhkan la.. aminnn

Mazni Munawar berkata...

bak kata orang sombong2 tak kemana pun. nanti mati masuk kubur juga. moga dijauhi dari sifat sebegni :)

Raudzah Z berkata...

Mintak diajuhkan acik..dunia ni bukan milik kita pun kan.,so tak guna menyombong diri...

Khir Khalid berkata...

Semoga kita semua dijauhkan dari tergolong dikalangan mereka2 yg sombong.. aamiin. T kasih Acik diatas perkongsian ini.

Razi ten berkata...

Yeah, when we need helps always remember that He is always there for us. But when we succeed in anything don't forget to be grateful and say Alhamdulillah ^^ Thanks for sharing

anne hanim berkata...

moga dijauhkan dari tergolong dalam golongan itu

Kisah Si Dairy berkata...

jangan mudah lupa diri..

Haslinda Hassan Ali berkata...

mudah-mudahan akak tidak tergolong didlm golongan ini....
selalunya takut-takut jer....manalah tahukan,kita nie mudah lalai
dan terlupa...

Affy Afiqah berkata...

wahhhh blog acik dah lain :)

memang betul jangan kita jadi orang yang sombong di dunia...nak ingat Allah bukan masa susah je, masa senang juga...ingat Dia di setiap perbuatan kita, setiap masa, orang yang tak nak berdoa memang orang yang sombong...

terima kasih atas perkongsian ni acik :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

semoga kita tak tergolong dalam golongan orang yang sombong.. bersyukurlah diberikan pelbagai nikmat oleh Allah, namun jangan sesekali besar diri..
p.s: cantik template baru blog acik.. loading masuk pun ringan saja.. :D

Azlan Strider berkata...

ramai orang yang lupa diri selepas mereka berjaya,,tapi mereka lupa yang jika tiada orang yang menolak mereka ke atas pasti mereka masih ditempat yang sama...

Regards,
-Strider-

Maria Firdz berkata...

berusaha tanpa berdoa itu sombong dan berdoa tanpa usaha itu bohong..

Cik Yaya berkata...

mohon agar dapat dijauhkan dri sifat2 yg tidak ptut ade bg seorang hamba yang hina lagi kerdil dihadapan penciptaNYA,..

Amanina Mads berkata...

walau setinggi mana pon kita minta2 dijauhkan sifat sombong itu.. kdang2 perempuan cantik mesti ada sifat sombong tu.. huhu

Syazana Zainn berkata...

cuba ajar diri jangan mudah bangga diri
kena ada sikap merendah diri dalam diri

Tetamu Istimewa berkata...

Kita harus sedar siapa diri kita. Seharusnya kita merendahkan diri dan menghambakan diri dengan penuh tawaduk kepada Allah SWT. Mohonlah perlindungan dan keberkatan kepada-Nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails