suka memaki

Assalamulaikum 

Alhamdulilah dapat lagi kita bersama, mungkin kamu perasan blog acik sekarang dah lain sedikit bukan ? ini masih lagi dalam proses penambahbaikan dan mahu tukar sedikit demi sedikit. In sha Allah semangat baru untuk masuk ke tahun baru ini.

Sedar tak, kalau kamu semua perasaan masyarakat kita kini di hidangkan dengan sajian kata-kata yang kurang enak di dengar. Dari muda hinggalah ke tua perkataan yang keluar dari mulut itu suka mencarut, memaki dan sebagainya lagi-lagi ketika marah. Di facebook, twitter , blog kamu boleh lihat komen dan penulisan cacian dan makian pastinya tidak akan terlepas. Seolah-olah ia sudah menjadi kebiasaannya dan boleh di terima oleh masyarakat. 

Perkataan seperti bod*oh, s*al, fu*k, bang*ng, puk*m*k, sh*t , bab*  itu seperti hadaman dan makanan untuk kita ? kita boleh terima apabila orang cakap seperti itu dan kadang kala anggapnya sebagai gurauan. 

Paling sedih adalah orang islam sendiri yang mengeluarkan kata-kata kotor tersebut, kata hinaan dan kata cacian. Adakah itu cara orang islam ? tentu sekali tidak , kalau sedang marah ada cara untuk mengatasinya  dengan Tip kawal kemarahan seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW;

1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
 
2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.
 
Dan tentu sekali, tahukah kamu orang suka mencarut, memaki, mencaci dan menghina ini tidak di sukai Allah dan Rasullulah.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Waspadalah kamu dari kata-kata yang kotor, kerana sesungguhnya Allah Ta’ala tiada suka kepada kata-kata yang kotor dan perilaku yang cabul.” 

Nabi SAW bersabda maksudnya : " Bukanlah beriman orang yang suka mencela, mengutuk, mengeji dan bercakap kotor".

Nabi SAW berpesan kepada Sayidina Ali k.wj. maksudnya :

"Wahai Ali ! Janganlah engkau mencaci-maki orang Islam atau mencaci-maki binatang kerana cacian itu akan kembali dirimu sendiri.

Wahai Ali ! Kuasailah lisanmu dan biasakanlah dia mengucapkan yang baik, kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat yang melebihi ketajaman lisannya.

Wahai Ali ! Jauhilah tukang caci-maki kerana ia suka membuka aib orang dan ia tidak akan masuk syurga."

Jadi mari renungkan seketika, apa yang kita katakan setiap hari ? adakah pekara yang baik atau sebaliknya ? 

Kalau pekara itu mampu buat kamu mencarut, apa kata kamu jangan tengok apa yang boleh buatkan kamu marah tu. Mudahkankan ? Jadikan contoh terbaik dalam diri kita kerana secara tak langsung kita adalah "role model " kepada anak-anak kita,  kepada adik-adik kita dan kepada masyarakat. 

Acik menaip ini juga untuk mengingatkan diri ini juga untuk menjaga bertutur pekara yang baik. Sama-sama kita baiki diri dan menjadi muslim yang sejati, kita mulakan perubahan bermula dari hari ini dan sekarang . Ianya di kira kita berjihad melawan godaan syaitan dari bertutur pekara yang tak elok. Sollualanabi.