Pengikut

Sabtu, 16 Jun 2012

Luahan Hati Seorang Perempuan : Aku Benci Lelaki




 Assalamualaikum

Hai semua, wah rasa lamenya tak update blog, rasa rindu yang mendalam pada blog nie . Di kejauhan hati , ingin sekali bermadah riangan tapi hanya ungkapan sendu hati mampu di ukir. Cewah berpujangga pulak Saje untuk suka-suka , Alhamdulilah acik dapat lalui hari-hari yang penuh kejutan di uitm nie. Memang dasyat dan bermacam dugaan dan suka, duka yang di lalui. Final pon nak dekat dah nie.. tapi acik nak sangat siarkan cerita yang acik interview nie .

Pada mulanya acik pergi ke Bukit bintang untuk mencari bahan assignment tapi apa yang acik dapatkan adalah lain,. Acik pergi bertiga dengan kawan-kawan. Dan kawan acik nie kenalkan acik dengan seorang perempuan yang bernama Lina. Dia nie memang seorang gadis yang masih muda dan cantik. Entahlah tak tahu kenapa bila orang tengok muka acik agaknya mereka mudah ceritakan masalah mereka. Lina tanya acik, Acik percaya pada cinta ?? Dan acik jawab mestilah percaya..

Lina : Cinta ..hahahha apa yang acik nakkan dari cinta seorang perempuan ?? Kepuasan seks ?? Kasih sayang ??
acik :cukuplah kalau acik dapat seorang wanita dan keluarga yang menjadi pendamping acik semata-mata kerana ALLAH..

Lina : Kerana ALLAH ??? jangan munafiklah..
Acik : Lina itu bukan soal munafik atau tidak ... ini soal pegangan hidup jangan nilai kerana rupa dan penampilan .


Lina : Sumpah acik , lina tak sangka acik nie tak macam apa yang lina jangkakan... Bila orang lihat lina apa yang mereka mahukan adalah adalah kepuasan seks dan mereka di layan .. acik tak tertarik dengan lina ??

Lina : Acik datang sini bukan tujuan untuk ini, acik sebenarnya sebelum sampai di sini acik dah niatkan bahawa acik ke sini bertujuan untuk mencari maklumat.Itu saje..


Lina : Acik tahu tak, tiap-tiap malam lina layan ramai lelaki . ramai sangat , sebab lina rasa nak balas dendam pada semua lelaki kerana mereka bodoh!!!  mereka semua tak tanggungjawab dan tak guna!!!! apa yang fikirkan adalah semuanya untuk kepentingan mereka sendiri.. Fikir kepuasan celaka mereka !!Pandai mengunakan ayat untuk menipu kita kaum yang lemah..acik tahu lina sayang sangat dia, Lina tak boleh hidup tanpa dia, Lina korbankan seluruh hidup lina untuk dia, Wang ringgit dan semuanya untuk dia. dia janji nak kawin dengan lina!!!!! lelaki penipu !!

Acik: MasyaALLAH ermm apa yg lelaki tu tipu lina ???

Lina : Dia janji dengan lina dia akan kawin dengan lina, dia kata dia tak boleh tanpa lina, dia janji dia akan ada selalu untuk lina dan semua janji itu palsu.Setelah dia hancurkan hidup lina, dia rosakkan lina dan kehormatan lina. Lina lalui kehidupan yang berliku , lina behenti sekolah sebab dia, lina tipu mak ayah demi dia dan lina terpakse gugur anak yang lina kandung kerana dia.. Dia janji nak kawin denga lina!!!!
Acik tahu tak sakitnya dan pedihnya apa yang lina rasa !!!  lelaki ada rasa apa yang perempuan rasa ???

Acik tahu tak... lina dulu penah bercita-cita nak jadi doktor tapi semuanya hancur sebab kebodohan lina percaya lelaki. Lelaki tak guna tu hancurkan kehidupan lina. Hati ini sangat sakit acik ... lelaki yang penting nafsu dia jer .. kenapa ini semua jadi pada lina ??? lina terpaksa lari dari family sebab lina tak mahu malukan mereka lagi. Mak ayah orang baik-baik , kenapalah lina bodoh percaya dia ??? kenapa ??

Acik hanya menasihatinya apa yang mampu , kerana hatinya telah penuh dengan dendam dengan lelaki .Yup memang acik akui semua nie terlalu perit untuk di hadapi. wahai kaum adam , tolonglah jangan kamu hanya ingin permainkan mereka. Kamu sepatutnya beri pertunjuk padanya bukan merosakknnya, rasa sedih sangat apabila hal macam gini terjadi . Jadilah lelaki yang berguna dan membimbing mereka ,kerana tugas kita sebagai khlifah di muka bumi ini belum berakhir. Fikirlah sedalam-dalamnya ermmm :( Marilah kita doakan lina semoga mendapat petunjukan keberkatan dari ALLAH .Semoga hatinya terbuka untuk kebenaran

acik minta maaf sangat bukan tujuan acik buat entry nie agar semua perempuan harus membenci lelaki dan jangan percaya pada lelaki. Tetapi apa yang acik nak beritahu fikir dulu sebelum melakukan tindakan.. cerita ini bukan pengajaran berguna kerana Lina tidak kembali kepadaNya. Tolong faham acik hanya ingin tunjukkan reality kehidupan masa kini. Dan andai anda fikir terlalu negative maka entry ini akan di delete .Terima kasih 




Share This!


16 ulasan:

  1. untung la klu semua lelaki berfikir seperti kamu..minta sy dijauhkan daripada lelaki yg diceritakan oleh kamu...

    BalasPadam
  2. kalau lah semua lelaki berfikiran mcm acik,alangkah bagus... :)

    BalasPadam
  3. memang macam-macam ada di Bukit Bintang..
    Ary pun penah gak pi bukit bintang..
    Ni hasilnya..

    arisyalee.blogspot.com/2012/04/sesatnya-seorang-mualaf.html

    BalasPadam
  4. achik,abby tabik dengn acik,aby selalu baca blog achik.semuanya mmberi semngt untuk aby .yg pasal kak lina tu,dia trlalu trpngaruh dngn dunia luar sehingga lupa apa yg baik :)dia terllu kecewa dengn perhungn dia shngga perasaan dendm hdir dlm diri nya :) sekdar mmberi pendapat :)

    BalasPadam
  5. kesian dia . minta dijauhkan . amin ,

    BalasPadam
  6. huu sedih bca kehdpan lina..semoga kehdupan dia akan lebih cerah dr glap..hm..

    BalasPadam
  7. tersentuh juak la baca kisah lina ni . minta dijauhkan . . aminnnn ~

    BalasPadam
  8. Kesian kat lina...Semoga dia mendapat petunjuk & hidayah dr Allah utk kmbali ke pngkl jln...Pntu taubat sentiasa tbuaka...

    BalasPadam
  9. Kesianlah dkt Lina ni :(

    tapi itulah kan? sebabkan satu kesilapan kaum Adam, semua kaum Adam yg lain dibencinya.

    bila dah dipemainkan mmg ssh nak percaya semule

    BalasPadam
  10. Sedih baca cerita pasal Lina ni. Semoga dia mendapat hidayah dari Ilahi. Aminnn :')

    BalasPadam
  11. alangkah indahnya jika cinta berlandaskan cinta Ilahi.. kata-kata cinta sehingga menyerahkan segalanya sebelum halal bagi suatu hubungan kita boleh fikir dengan mata akal dan hati siapa setia siapa jujur dalam berhubungan.. kenangan, pengalaman masing2 lebih merasainya tapi meminta petunjuk dari Allah lebih segala2nya.. tidak kiralah kaum hawa ataupun adam.. tidak kiralah siapa salah atau pun betul.tapi kita sebagai seorang manusia yang diberi akal, banyak cara yang baik yang boleh diterima akal daripada berbohong sehingga berzina dan sebagainya.. kalau kita betul2 letakkan niat yang baik insyaallah kebaikan itu sentiasa ada buat kita.. semoga acik lebih banyak menerapkan kisah2 cinta yang penuh tawaduk kerana Allah ye.. boleh dijadikan pedoman dan pengajaran :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih ... nie adalah sebahgiaan kehidupan kita... dan jgn risau acik akan bnykkan kisah cinta kerana ALLAH ... sila-sila la tengok entry yg lepas ,..bnyk pengajaran yg lain ..jgn judge yg nie jer :)

      Padam
  12. she met a wrong guy. sumtymes, people used to do some mistakes n learn from it. Hope Lina bjumpa dgn lelaki yg betul2 ikhlas. amin~ neway, nice sharing.

    BalasPadam
  13. pengajarannya....
    cinta bkan menghalalkan yg haram , sekiranya lelaki itu benar-benar nekad untuk mengahwini bukan cara seorang wanita itu memberikan kehormatan kepada lelaki tersebut...

    BalasPadam
  14. Setiap org ade pandangan dan kesimpulan masing2...
    Dan tiada satu pon manusia di dunia ni yang sempurna ..
    Harus juga di ketahui, bukan hawa sahaja yg mgalami maslah sbegini..
    Masih ada kaum adam diluar sana turut mengalami perkara yang sama.
    Ini menunjukkan kite sebagai manusia mmg tiada yang sempurna selain baginda rasulullah s.a.w.

    Saudara ku .. Sekiranya kite bertemu dengan jalan yang buntu .. Atau merasa satu perkara yang was2..
    Jgn kite mngikut kata hati buta2..
    Istighfar dan minta petunjuk dari Dia yang diatas.
    InsyaAllah .. InsyaAllah ..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails