Pengikut

Khamis, 11 Oktober 2012

Luahan Lelaki : Aku Lelaki Tak Guna, Aku Abaikan Dan Aku Sakiti Orang Yang Aku Sayang

Assalamualaikum

Hai semua, hari nie cik dapat masa jugak untuk meluangkan bersama blog acik yg sangat acik sayang. Sebenarnya sangat penat melayan kerenah manusia nie, memang penat rasanya. Kalau boleh kita mahukan yang terbaik untuk mereka dan baru sedar  bahawa kita mampu untuk berikan segalanya kerana diakhirnya kita yang kena sendiri. Beberapa lepas ada seorang bro nie email dengan acik kerana ini inginkan share sesuatu kepada kita semua, jom kita hayati kisahnya

Penghantar email : Assalamualaikum acik, ishh penat nak mencari email acik ,akhirnya jumpe jugak, aku amar antara pengikut setia blog akuppenghibur.com. Pada aku apa yang selami nie yang acik bawakan jenis cerita yang ringan tapi memberikan kesan kepada pembaca.Sebenarnya aku tak tahu nak mengadu kt siapa, bila nak mengadu dengan geng semuanya kata jangan nak meluahkan sangatlah!! stress giler , biarlah orang kata aku jenis dalam hati ada taman

Acik : Walaikumusalam... yeke maaflah acik terpakse hide kan email sebab dah bnyak hal terjadi. Manusia sekarang nie pelik sikit, suka buat pekara bukan-bukan. Tak apalah tak orang nak dengar blog acik akan jadi pengdengar setia untuk sesiapa saje.

Amar : Acik macam nie, untuk pengetahuan bro aku berusia 24 tahun, Aku sekarang belajar di UPM serdang.Aku ada minat dengan seorang awek cun nie .Bermacam cara  untuk aku dapatkan dia dan kenal dengan dia. Tapi aku tak thu kenapa di tak tertarik dengan segala apa yang aku lakukan. Tiap-tiap hari aku stalker facebook dia dan segalanya tentang dia. Aku betul-betul rasa tercabar kerana memang sangat susah untuk dapatkan dia. Dalam masa yang sama aku ada kawan baik iaitu lisa .Kebetulan lisa kenal budak yang aku minat tu namanya Aisyah.

Aku tak pernah putus asa ,aku terus mencuba. Dalam masa yang sama aku gunakan lisa sebagai bahan uji kaji setiap apa yang aku lakukan. Lisa kata nie mahu tolong aku.Dan akhirnya lisa aturkan pertemuan kami.

 Acik : ooo so macm mane pertemuan dengan Aisyah ?? reaction??

Amar : Akhirnya aku dapat bersua dan bersemuka dengan aisyah, hati aku kemain riang dan gembira. Lama kelamaan aku dengan aisyah semakin rapat  dan aku selalu gunakan lisa sebagai alat kami rapat. Aku rasa bahagia sebab aisyah mula terima aku dalam hidupnya.Aku cuba ubah diri aku menjadi seseorang yang lain. Aku selalu ingatkan dia waktu solat, berceritakan tentang pekara baik dan aku selalu share ilmu islamic di facebook .Padahal aku bukan macam tu, sebab aku rasa dengan cara tu saje aku dapat dekatkan diri aku dengan aisyah.Kami mula serasi dan aku makin rapat dengan aisyah dan lisa aku abaikan kerana aku anggap dia kawan biasa aku.



Selepas 4 bulan aku rapat dengan aisyah, aku rasa aku nie hipokrit sangat dengan apa yang aku lakukan . Aku cuba jadi orang sebaik mungkin di depan aisyah biar dia tertarik dengan aku. Dan akhirnya kami couple.Selepas 1 tahun kami couple, aisyah mendesak untuk kawin. Dia kata sampai bila kita nak macam gini. Dan dengan desakan dari aisyah dan family akhirnya aku berkahwin. Mula-mula memang semuanya indah dan aku cuba sembunyikan perangai aku pada aisyah. Selepas 3 bulan kami kawin aku rasa hidup aku kosong dan aku tertekan sebab ini bukan dunia aku, Dan akhirnya, aisyah tahu perangai sebenar aku. Aisyah rasa tertipu sangat dengan aku, Entahlah aku rasa bersalah sangat kerana aku terpaksa pukul dia, aku terpakse tengking dia dan aku terpakse maki dia. Aku tak tahan kerana dia selalu melawan cakap aku dalam masa yang sama aku tertekan dengan belajar lagi.. aku buntu!!!! aku nak jadi diri aku yang sebenar!!!

Aku cari perempuan lain untuk hilangkan tension, aku tak balik rumah dan aku rasa perempuan lain lebih faham lebih dari aisyah .. aku berfoya-foya dan aku lupakan tanggungjawab, Aku lelaki tak guna acik, aku abaikan orang yang aku sayang ... Ya ALLAH maafkan aku ..

Hampir tiap-tiap hari kami bergaduh dan aku tak dapat kawal emosi aku, aku rasa bersalah pernah tampar dan sepak dia. Acik ko tahu sekarang nie aisyah dalam hospital kerana perbuatan aku.. aku serba salah .. aku bukan orang yang baik .. Dan dalam masa yang sama aku dapat tahu aisyah keguguran di sebab aku .. aku sedih sangat acik


Nasihat aku pada korang yang bercinta, tolonglah aku merayu jangan kau nak jadi orang yang alim kononnya dan watak yang baik untuk memikat dia, Sedangkan kau tak macm tu, jadi diri kau yang sebanar, Jangan jadi macam aku, aku dah menyesal sekarang nie ..Doakan aisyah cepat sembuh dan dapat maafkan aku :( .sorry acik , acik nak ko sharekan pada mereka agar mereka jangan jadi macam aku acik..aku sangat menyesal.

Acik : Duhai lelaki Lakonan di pentas dunia cukup hebat. Tak dapat dibezakan antara lakonan dan realiti. Time couple semuanya nampak baik, romantis dan indah. Kenapa?
Sebab semuanya hanya lakonan. Semuanya cuba menonjolkan sisi baik diri sendiri dan pada masa yang sama sisi gelap cuba ditutup sebaik mungkin.Maka terpedayalah pasangan mereka. Saling memperdayakan dan menipu.

Bila tiba saatnya, semua terbongkar. Dan perasaan dikhianati menjengkelkan hati. Lantas pergaduhan tercetus dan membawa kehancuran kisah romantis yang terjalin sekian lama. Dalam sekelip mata boleh berlaku .. Apa pon doakan aisyah selamat. Untuk amar tolong hargai orang selalu ada untuk kita dan sayang kita.

Share This!


10 ulasan:

  1. da mc pakar motivasi cinta...

    BalasPadam
  2. aduhai...sebak plak bace cete ni.ditmbh dgn lagu acik ni..seyes..sedih..moga isteri beliau dpt terima beliau dan semoga beliau dpt ubah menjadi org yg lbh menghargai..

    BalasPadam
  3. Sedih nye dengar kisah ni..mcm mana la kalo acu ade di tempat aishah :(

    BalasPadam
  4. http://www.click4dollar.com/one85
    BERASASKAN IKLAN ONLINE, - HANYA DENGAN KLIK DAN MELIHAT IKLAN ANDA AKAN DIBAYAR KOMISEN ANTARA RM60~RM1100 SEBULAN WALAU TANPA MENAJA. ADA TESTIMONI MEMBER WSL YANG TELAH BERJAYA MEMECAH REKOD PENDAPATAN HARIAN KERANA TELAH BERJAYA MENCECAH PENDAPATAN MENARIK!! PELUANG SUKSES...

    BalasPadam
  5. http://live-radio-on9.blogspot.com

    jom link

    BalasPadam
  6. berterus-terang dah jadilah diri sendiri.

    BalasPadam
  7. menjadi diri sendiri lebih baik daripada kita menjadi diri org lain. biar lah org yg dicintai/mencintai kita dengn kenal perngai kita yg sebenr. lebih baik berterus terang,daripada dah dapat,baru tahu perangai kita yg sebenr :) Act aby terharu dengan kisah bro nie. aby doakan agar kak aisyah selamat. ALLAH MAHA PENGAMPUN. :)

    BalasPadam
  8. Menjadi diri sendiri lebih indah dari berpura pura menjadi diri sendiri. =)

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails