Ticker

6/recent/ticker-posts

Benarkah Lelaki Sekarang Tak Bertanggungjawab ??Duhai Lelaki Tahukah Anda Sebenarnya Memikul Tanggungjawab Yang Amat Besar !!


Assalamualaikum

Ketika ini perasaan hiba, sedih, dan duka menghimpit hati dan perasaan ini.Tak pernah terlekang olehku meniti hari nie, mata dan fikir sama bergerak aktif melihat manusia mula hilang kawalan. Manusia hilang pertimbangan sehingga aku rasakan semua ini adalah penipuan terhadap diri mereka sendiri  , sifat pentingkan diri dan terleka dengan duniawi.

Sebenarnya hari ini bermain di fikiran acik, malu tak terhingga kepada kaum sendiri.Cuma bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana segelintir mereka, habis satu kaum orang perkatakan. Lelaki sepatutnya seorang yang memimpin, seorang yang mendidik dan membentuk sesebuah keluarga. Maka kalau pincang ketuanya, bergoyahlah sesebuah institusi.Lelaki sepatutnya melindungi, menjaga , mengasihi dan macam-macam lagi , tapi kita lihatlah lelaki sekarang ,apa dah jadi kepada mereka ?? Segelintir mereka menjadi duri dalam daging.

Bila mereka mengatakan bahawa lelaki tak bertanggungjawab, lelaki ego tinggi, lelaki tu pentingkn diri dan macam-macam lagi .Semua lelaki marah !! semua bertempeliak  kerana lelaki itu pemimpin dan mesti dengar kata pemimpin . Tapi jika dirinya sendiri tak mampu di pimpin adakalah layak untuk di gelarkan ketua keluarga.? Bila segelintir lelaki itu sendiri berjudi, berzina,scandal, merompak, menipu dan lain-lain lagi. Ada yang cakap ala asyik nak salahkan lelaki saje padahal perempuan juga penyebabnya.. Tapi kena ingat aaah, ini adalah tugas lelaki. Mengapa seorang lelaki mesti dituntut untuk faham tentang keislaman dengan lebih mendalam dibanding wanita, sebab kelak dia akan jadi seorang suami dan imam di dalam keluarganya. Seorang suami mesti dan harus dapat membimbing isterinya dijalan Allah, jalan Islam dengan kesabaran dan kelembutan. Sebab sejatinya wanita tidak menyukai cara yang keras untuk menyadarkannya.


Kadang-kadang kesian bila lihat ada beberapa orang perempuan ceritakan tentang kisah hidupnya. ada yang di khianati, ada yang tingalkan begitu saje dan ada juga yang melakukan maksiat tapi tak mahu bertanggungjawab.Kalau si perempuan itu hamil, dia juga yang kena tanggung segalanya ,perut kian membesar ,di bawa ke hulu ke hilir ,kesian merka dan si lelaki tak mahu bertanggungjawab..Adakah ini lelaki sejati ?? dah berani buat berani tanggung.

 Bagi yang bergelar suami dan ayah pula, ramai wanita-wanita yang mengeluh dan mengatakan bahawa suami mereka makin kurang bertanggungjawab. Dari hal membantu menjaga anak hinggalah kepada urusan kewangan keluarga, wanita terpaksa berusaha lebih untuk membantu suami yg seolah-olah lebih pentingkan diri sendiri, masih mencari hiburan diluar rumah dan tidak menghiraukan masaalah2 rumahtangga yg sering dilepaskan kepada pihak isteri.

Duhai lelaki tahukah anda sebenarnya tanggungjawab anda adalah amat besar !!

Seorang lelaki bujang akan menanggung dosanya sendiri apabila dia sudah baligh manakala dosa seorang gadis bujang masih di tanggung oleh bapanya.Dosa seorang lelaki yang telah baligh tidak akan di tanggung oleh ibu bapa seperti semasa mereka masih belum baligh.Sebaliknya dosa-dosa yang mereka lakukan akan di tanggung diri sendiri kerana mereka telah matang dan boleh berfikir sendiri. Bagi lelaki yang sudah berkahwin terpakse tanggung dosa diri sendiri,dosa isteri dan anak perempuan yang belum berkahwin. Dosa ini di tanggung jika tidak menjalankan tanggungjawab memberi nasihat dan teguran kepada keluarga yang lain. Begitu berat dosa terpaksa di tanggung oleh bapa. Seorang anak lelaki kena bertangungjawab ke atas ibunya yang telah tua dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya itu maka dosa baginya terutama anak lelaki paling tua. Tanggungjawab suami adalah memberi nafkah kepada isteri tapi seorang isteri tidak wajib memberi nafkah kepada suami. Jika seorang suami tidak memberi nafkah kepada isteri dia akan mendapatkan dosa kerana memberi nafkah itu wajib bagi lelaki.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan
Duhai lelaki bangkitlah dari angan dan mimpimu ,jangan terleka terlalu lama, perjalanan kita masih jauh lagi. Acik menaip ini juga adalah untuk ingtkan diri sendiri.. Kepada perempuan sebelum cari calon suami tu pastikanlah agamanya yang paling penting , maaf kalau acik ada terkasar bahasa di entry ini ..


Catat Ulasan

1 Ulasan

ridoma berkata…
tiada jalan keluar bagi mereka yang telah terlanjur.. melainkan membaik-pulih semula.